BERTERUS TERANG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Semalam nak update sesuatu berkenaan kehidupan, namun blogger buat hal lax.. So, tunda ke hari ini. Sebelum ke Papar untuk program Ging Bubut nak update dulu pasal Terus Terang. Ahh.. tetiba perut senak la pulak.. Sejak dari semalam lagik..

Berterus terang. Sesuatu perlakuan yang ada pro dan kontranya. Kalau di lihat ia memang sesuatu yang murni. Berterus terang. Tiada yang disembunyikan. Semua pun diluahkan. Tapi, kadang kala, boleh dikaitkan pula dengan peribahasa seperti membuka pekung di dada. Hurmm.. Susah kan?? Kata pujangga juga ada menyatakan mengenai berterus terang ini. "Berkata benarlah kamu walau ia menyakitkan".. Namun, bersediakah anda untuk menghadapi kesedihan hanya kerana satu kebenaran??

Kalau bercakap mengenai diri aku.. Jawapan ku adalah IYA! Aku memang sentiasa menantikan kebenaran. Aku lebih suka dengan orang yang berterus terang. Khususnya mengenai tafsiran mata, telinga, hati dan deria yang lain mengenai aku. Walau kadang-kadang ia menyakitkan, namun, itu adalah kenyataan yang perlu di terima. Kita tidak boleh melihat belakang kita, tanpa bantuan cermin. Dan begitu juga dengan kesempurnaan diri sendiri. Tak boleh melihatnya dengan jelas melainkan menerima saranan atau pandangan dari orang lain. Pastinya orang itu adalah mereka yang rapat dengan kita. Kalau yang jarang-jarang berjumpa, maaf, peluang itu bukan untuk mereka.

Aku cuma mau anda berterus terang. Tak baik menipu.. Semua dah besar, tak perlu diterangkan panjang lebar apa hukuman untuk mereka yang menipu. Rasa sayang tidak akan dapat disampaikan dengan lebih telus dan terang jika anda tidak berterus terang. Jadi, berusahalah untuk berterus terang, walaupun kenyataannya anda berdepan dengan risiko serangan kebencian atau mungkin penyakit psikologi yang lain.. My Name Is SAAT :)

No comments: