KENYATAAN YANG SUNGGUH MEMEDIHKAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kehidupan kadang-kadang menguji dengan sesuatu yang tidak pernah diharapkan oleh pelakunya. Dan hari ini, ketabahan ku diuji sebaik membuka blog seorang teman yang jauh di mata. Begitu aku sedih membaca entry yang dikhabarkan kepada semua penggemar blognya. Dan sudah pasti, entry itu berkaitan dengan aku. Hati yang tenang kembali berkocak. Jiwa yang belajar untuk melupakan kembali mengimbau dan menyimpul rapi segala yang telah dileraikan.

Rasa bersalah kembali membaluti diri. Makian yang ditujukan untuk dirinya rasanya tidak layak diberikan kepada empunya diri. Aku yang layak menerima kutukan dan cemuhan itu. Yang pasti, cemuhan itu datang daripada seorang yang menyayangi diri ini. Dan aku sangat yakin, kalau cemuhan dan kutukan itu hadir disebabkan perlakuan ku yang keanak-anakan ini. Penyesalan sememangnya tidak berguna pada saat ini. Kerana semuanya telah berlaku hampir 5 hari. Dan kini, aku hanya mampu meminta maaf dengan penuh ikhlas. Walaupun aku terkadang merasakan, kemaafan bukan untuk aku kini.

Air mata ini hampir menitis tatkala membaca dialog yang digambarkan. Berlangsung di hadapan orang. Memang kepiluan yang dirasakan berbeza sekali. Apatah lagi, kutukan itu datang daripada seseorang yang sangat di sayangi. Yang pasti, menerusi penulisan itu, dapat ku tangkap betapa penulis kesal dengan tindakan pelaku. Aku mohon maaf.. Meskipun ku tahu, kenyataan maafku tidak mampu untuk mengembalikan kembali rasa sayang yang pernah berselubung dalam hubungan mereka.

Aku sendiri bingung.. Hilang arah.. Dan apabila itu berlaku, sikap kurang waras ku akan kembali berkuasa. Nasib baik aku sedar ada seseorang sedang memerhatikan aku dari jauh. Terus ku capai kaca mata hitam ku. Ku pakai bagi mengelakkan dia tahu, air jernih itu kini bergenang di kelopak mata. Aku sms penulis. Cuba untuk meyakinkan bahawa si kazen masih menyayangi beliau. Namun, aku tidak boleh memaksa dia untuk melakukan sesuatu. Kerana dia ada hak untuk memutuskan perihal kehidupannya sendiri.

Nak dijadikan cerita, masalah ini bermula apabila aku melihat wallpost di laman sosial facebook. Satu kenyataan yang tidak sesuai ditujukan kepada seorang yang juga aku sayang. Kerana bagi aku, rakan ku itu hanya ingin menunjukkan signal kepada aku, bahawa aku sedang melalui jalan yang salah. Aku menjelaskan dengan cara berhemah. Umpama menarik rambut pada tepung. Keadaan itu akhirnya selesai apabila aku mengaku, yang aku sudah tiada hubungan dengan si Kazen. Meskipun aku mula jatuh cinta dan mula merasakan kehebatannya.

Rentetan keadaan itu, rakan ku yang juga sepupu kepada si Kazen melenting. Begitu juga dengan si Kazen yang dimaksudkan. Aku cuba menjelaskan dan akhirnya dia terima. Namun, sepupu kepada si Kazen cuba untuk memusuhi kawan ku. Hanya kerana sifatnya yang memburuk-burukkan Kazennya. Sekali lagi aku cuba untuk menjelaskan. Walau bagaimanapun, percubaan ku tidak berjaya.. Kerana rakan yang dimaksudkan cuba untuk melindungi si Kazen. Aku cuba untuk meletakkan diriku pada posisi yang selamat. Kerana aku tahu, keadaan ini berlangsung disebabkan oleh perasaan sayang.

Dan akhirnya, kejadian yang tidak diingini berlaku apabila aku memulakan dengan menghantar sms kepada si Kazen. Sejujurnya aku cukup sedih pada ketika itu. Kawan ku yang berada di Tawau, tidak mengetahu bahawa dirinya sedang dicemuh.. Hanya kerana dia juga ingin melindungi aku. Dan aku pula, mengkhianati dia dengan menipu bahawa aku dengan si Kazen kini tiada apa-apa. Dan ketika itulah kawanku yang juga penulis blog itu di maki oleh si Kazen yang pada ketika itu sungguh baran dan cuba melindungi aku. Juga disebabkan rasa sayangnya kepada aku.

Lihatlah kejadiannya.. Semua pun kerana sayang. Aku rasa beruntung sangat, kerana aku memiliki mereka yang menyayangi aku di sekeliling ku. Namun aku?? APa yang aku berikan kepada mereka?? Kerana aku, kawan ku di Tawau dibenci. Kerana aku, kawan ku yang juga sepupu si Kazen di maki oleh kazennya sendiri. Ahhhhh... Aku rasa tidak puas untuk menyalahkan diri. Kalaulah membunuh diri itu di halalkan oleh agama, jalan pintas untuk menyelesaikan masalah ini akan ku lakukan.

Namun, aku masih memikirkan mereka yang aku sayang. Dan aku berazam untuk memulihkan segalanya. Kedengaran agak mustahil, kerana si Kazen dan sepupunya itu tinggal jauh di seberang laut sana. Aku hanya mampu berdoa.. Semoga, kasih sayang yang mencutuskan perbalahan akan membawa perdamaian. Dan semoga aku, sepupu si kazen dan si Kazen akan ditemukan dalam satu suasana yang menggembirakan. Walaupun sekarang ini aku mati langkah.. Kerana kini, apa yang mampu aku lakukan hanyalah mengungkapkan kata MAAF.. My Name Is SAAT :-|

No comments: