SINAR SEMANGAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ni masuk ofice lambat. Ingatkan nak amik off. Tapi, tetiba teringat arahan untuk menghadiri taklimat konti rakaman untuk lakonan atau ceramah. Jadi, sedar ja dari tidur, trep2 awal lagi. Padahal, jam di dinding sudah tunjuk angka 10. Ahh.. Malasnya nak bagun.. keluhku dalam hati. Segala kesedihan masih tersimpan dengan rapi. tiada apa pun yang 'hilang'. Malah, semakin bertambah..

Semalam, untuk kali kedua, aku melakukan perkara bodoh dalam hidup ku. Aku masih ada sifat malu untuk mendapatkan benda itu. Namun, bila syaitan menguasai diri.. Semuanya akhirnya direalisasi semalam. Meskipun aku pernah berjanji untuk tidak melakukannya untuk kali kedua. Dan hari ini, aku merasakan penyesalan yang teramat pedih. Dan penyesalan ini memang tidak berguna lagi...

Semalam juga, aku telah menghantar sms pengakhiran daripada sebuah permulaan yang cukup membahagiakan. Tahu tak, hari ni aku rasa sungguh menyesal. Dan aku rasa aku tidak boleh meneruskan hidup tanpanya di sini. Aku telah 'merujuk' kembali dengan dia. Aku tak tahu, apakah tindakan aku ini betul atau tidak. Namun yang pasti, aku telah menghukum dia sekali hanya disebabkan keangkuhan dan kebodohan aku dalam menyelesaikan masalah..

Aku cuba memujuk dan menjelaskan semua. Aku berterima kasih kepada yang di atas, kerana dia pertemukan aku dengan seorang insan yang begitu memahami. Cinta jarak jauh.. Huh!! Dugaan yang begitu payah. Dia terlalu baik dengan aku. Dia insan yang paling aku idamkan. Dan aku harap dia pun begitu jua. Tapi, setelah aku kecundangkan dia dengan tingkah aku, kamu rasa layakkah aku untuk menerima sesuatu yang lebih?? Owh.. Aku tidak mengharapkan apa2 melainkan keikhlasan daripadanya..

Cerita pasal hari ini.. Aku keluar dengan kawan2 aku. Nak kurangkan stress. Terima kasih sangat2 kerana memahami aku. Meskipun berjalan dalam keadaan monyok yang sungguh memalukan.. Hahaha.. Malam ini, akan bermain badminton. Untuk kali kedua setelah berada lebih 4 bulan di pejabat baru ni. Dan mudah2an, aku akan terus ceria dan mampu melawan kesepian dengan lebih berhemah.. My Name Is SAAT :)

No comments: