SUNYI...

Assalamualaikum dam Salam 1 Malaysia...

Terima kenyataan bahawa kadang kala kita merasakan satu keadaan kosong meskipun dalam hati kita penuh dengan masalah. Terima kenyataan, kadang kala kita merasakan kesunyian yang sungguh dasyat walaupun kenyataannya kita sedang bergembira dengan teman-teman.

Semalam, aku jenjalan di Centre Point. Terlihat dengan seorang budak yang baru saja add aku di FB. Aku kenal sangat, sebab dia juga baru add aku di Tagged. Tapi seperti biasa, aku masih tetap dengan perasaan malu aku. Bingkas melajukan langkah. Sangat laajuuu.. Masa tu aku sendirian ja berjalan di Centre Point. Entah apa yang aku cari di sana.. Cuma yang pasti, aku sedang sunyi..

Semalam, aku begitu sunyi tanpa ada sebarang sms daripada dia. Mungkin kerana dia sibuk.. Ahh.. Aku cuba menidakkan perasaan jahat yang mula menidakkan segala fikiran positif yang cuba ku bangunkan dalam diri. Balik dari Centre Point, ku singgah pulak di Servay Hyper Mall. Entah apa lagi aku buat di situ. Saja.. Berjalan tanpa arah tuju. Semuanya kerana kesunyian. Adakah ini petanda bahawa aku memerlukan seseorang dalam hidupku?? Isteri?? Ahaa.. What say you?? Sebenarnya aku belum bersedia. Kerana aku baru mula membahgiakan keluarga aku plus bajet baru RM 200.. Kakakakaa..

Hah!! Aku jumpa Softlan, Telur, Cili Padi, Mee Kuning dan Buah! Semuanya ku angkut untuk bawa balik rumah. Dalam kereta, aku tidak bermaya. Sungguh!! Aku rasa, ndak pernah ku bawa kereta sambil bersandar seolah2 berbaring. Kelajuan berada pada 60kmj. Selalu standard ja 90 kmj.. Patuh pada had laju itu perlu.. Semua kenderaan memotong aku. Rasa sangat aku tertinggal jauh. Seolah semua ingin cepat sampai ke rumah bergembira bersama keluarga. Tapi aku?.. Tatkala kesunyian semakin menebal, tetiba Dj Taizo (Suria.fm) memutarkn lagu Alyah >> Kisah Hati. Ahh!! Hati tersentak. Betapa lembutnya hati seorang yang bernama saat ni. Menyanyi lah aku dengan penuh perasaan sehingga tak sedar, perasaan rindu kepadanya datang membuak-buak. Hatiku berteriak.. "Oiii Handfone!!! Kenapa kau bisu?? Mana 'kicauan' mu!!"

Sunyi!! Sangat sunyi. Seperti kuburan yang menanti penghuni. Gambaran yang cuba aku ciptakan tatkala aku menghulurkan salam kepada 'penghuni' rumah ku. Setelah semuanya selesai. Aku merebahkan diri di hadapan TV, mencapai Handfone dengan satu hrapan.. Mudah2an ada sms.. Namun, hambar! Aku mau juga sms, tapi ntah.. Perasaan malu sungguh menebal dalam diri. Nak sms sepupunya. Tapi.. Ermmm..

Tak sangka. Aku tertidur di hadapan TV. Tak habis ku nonton Cerekarama "Sejadah Ka'abah" arahan Bade Hj Azmi. Sedar2 ja, jam sudah menunjukkan waktu 4.55. Laungan azan begitu syahdu.. Aku melihat Handfone lagi.. Yaa!!!! SMS!!! "Cygggggg...u da tdo kew..." Masanya 12:45 am.. Ahhh!!! Aku tidur dengan perasaan rindu yang teramat sangat.. Aku tersenyum. Dan memulakan pagi aku seperti biasa.. Yang pasti "sunyi" itu telah dirawat dengan sempurna pagi ini... My Name Is SAAT :)

No comments: