SELAMAT HARI GURU!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Aku benci bila hati sudah sayang. Aku benci bila rindu itu sering datang. Keadaan itu akan mencetuskan kesedihan kepada aku. Ehh.. Blog aku ni kan, asyik cerita pasal yang sedih2 jer kan?? Hahaha.. Apa bulih buat.. Sebab tuan punya diri ni sering di landa kesedihan bha.. Ada ka yang sudi merawat kesedihan di dada?? Pliss.. Sila daftar diri anda ukuiiii...

Untuk pertemuan kali ini, aku nak citer pasal hari guru lax.. Maklum lah, hari ini kan hari Guru.. So, mana kita nak mula?? Hehehhee.. Aku dulu tak pegi tadika. Dolu-dolu kan tempat aku mana ada tadika. Jauh terperosok di luar bandar.. Amik mase lebih 1 jam untuk ke Bandar Tawau. Itu belum tambah waktu tunggu bas lagi tuh.. Hihihihi...



Mula melangkah ke tahun 1 pada tahun 1991.. Sekolah Kebangsaan Bukit Quoin adalah tempat ku mengenal huruf. Guru kelas ku adalah Cikgu Aisyah Tansi. Jahat!! Sangat jahat.. Tapi dia juga cikgu yang paling aku sayang sampai sekarang. Dia suka pukul tangan pakai pemadam papan hitam. Masa tu masih pakai kapur lagi. Ndak macam sekarang ni kan. Kawan ku masa tu namanya si Surianshah. Dia kawan ku yang pertama. Skung ni, ntah di mana sudah dia. Tapi, kalau ku jumpa, kompom ku kenal muka dia.. Ehehehe..

Guru tahun dua?? Juliyana Yahya. Pun salah seorang cikgu yang cukup baik dengan aku. Kamu pernah di bawa pigi rumah cikgu?? Naa.. Aku pernah.. Pernah cikgu perempuan kamu ajak kamu main Bola Jaring?? Naaa.. Aku pernah.. Hahaha.. Pengalaman yang cukup best!! Aku jadi (C) Centre hari tuh.. Masih lagi ku ingat.. Kawan2 ku, si Adriani, si Siti Muliana, si Sumiati.. Ehh.. Pompuan semua kan?? Hahaha..

Tahun tiga, Cikgu Jamaluddin Pitrus pula menjadi cikgu kami. Dia ajar subjek Bahasa Melayu di kelas kami. Aku pernah di denda olehnya sebab aku paling bising di kelas.. Pembecok kan.. Mulut murai gitu.. Perangai aku masih sama sampai sekarang.. Tapi, kalau dah pendiam tu, maksudnya ada 'somthing' la tuh.. Hihihihi..

Tahun empat, kami diperkenalkan kepada Cikgu Rosnani Menang. Dia jadi guru kelas kami di salah sebuah block kelas yang buruk. Blok kayu yang terletak di hujung padang. Bangunan itu merupakan bangunan lama yang juga merupakan bangunan pertama di bina untuk menampung keperluan pendidikan anak bangsa di kawasan kami.

Tahun lima, seorang guru yang cukup garang.. Sering bergerak dengan rotan di tangan. Cikgu Mohd. Salamat Yade. Dia cikgu matematik. Dan aku sering di denda oleh beliau sebab ndak hafal sifir. Sampai sekarang pun, aku masih ndak hafal sifir tau.. Hahahhaa.. Nasib baek bulih masuk U jugak. Thatz why, aku sungguh gagal dalam subjek ni. Tapi, dalam peperiksaan besar macam UPSR, PMR dan SPM.. Ndak pula aku gagal.. Malar lulus.. Hihihihi

Tahun enam, Cikgu Mohd Daud Ma'an. Seorang yang tinggi lampai, hendsome, rambut belah tengah.. Hahaha.. Masih ku ingat lagi.. Dia pernah denda aku sebab aku 'geletek' kawan aku di koridor.. Kawan pompuan.. Nama dia Sherly.. Hahaha.. Tapi, aku dan dia memang kawan baek punya. Selalu main 'Getah' sama2.. Namun, perlakuan itu memang tidak baik kan.. Lelaki yang mau baligh (masa tu belum lagi 'mimpi') bergurau senda dengan seorang pelajar pompuan di skolah.. No manners betul kan.. Kalau di ingat.. Hahahaha...

Memori masa sekolah rendah?? Owhh.. Sangat banyak.. Aku penah jadi peserta pertandingan Boneka.. Puppet show. Masa tu aku diberi kepercayaan untuk membawa dua watak. Watak ayam dan watak Gajah.. Hihihihi.. Comel lor aku masa skulah dulu.. Nanti ku cuba cari ku punya gambar dolu2 arr.. Kalau ada lah.. Tapi rasanya, macam TIADA.. Ngeee.. Lepas tu, aku juga bergiat aktif dalam bidang tarian. Kalau ada sambutan apa-apa, memang aku menjadi antara penari. Duru badan aku ni sungguh lentur. Tapi skung ni.. Kerass dah semua. Ahakzz.. Masa skula rendah juga aku pernah jadi model Ratu Fesyen. Waaa.. Bajet ensem lah kan.. Tapi, bukan aku yang sibuk mencalonkan diri okey. Cikgu yang pilih.. Masa perhimpunan skolah plak, aku pernah jadi conducter untuk nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Air Ku dan lagu sekolah.. Hihihihi.. Pencapaian yang paling best?? Aku jadi penyanyi.. Pernah jadi pemenang tempat ke-2 dan sudah tentu aku jadi Johan.. Membawa lagu Berjuta Batu (Naib Johan) dan lagu Ah! Rindu lagi (Amelina) yang sampai sekarang kalau ku dengar lagu tuh, terus ku teringat dengan kegamatan dewan masa ku menyanyi tuh.. Hahahahaha :P



Bakat boleh menyanyi tuh tidak berkubur di situ saja. Aku terus bawa ke sekolah menengah di SMK Balung, Tawau. Ingat lagi, aku pernah di suruh menyanyi di depan kelas oleh Cikgu Mad Solah Mad Hassan. Dia suh aku nyanyi lagu CINDAI by Siti Nurhaliza dan SEDALAM MANA CINTAMU by Safura.. Itu pasal aku bising telampau di kelas. Bising menyanyi.. Lagu tu kan tengah tip top pada masa tuh.. Hahahaha.. Cuba bayangkan?? Suaraku yang merduu ni nyanyi lagu tuh?? Tidakkah gamat kelas aku bikin?? Hahaha

Apapun, Sekolah adalah tempat aku mula mengenal 'DUNIA' yang sebenar. Semua kenangan masih terpahat indah.. I mizz ol my teacher.. Especially.. Seorang.. Cikgu Abidin Ali.. Ntah mana dia pigi.. My Name Is SAAT :)

No comments: