AKU BERSALAH LAGI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mood yang sungguh tidak bermaya.. Aku bosan!! Sebab asyik menyakitkan hati dia jak nih.. Argghh.. Kekadang, aku terfikir yang aku dengan dia memang tak ditakdirkan untuk menikmati cinta.. Aku selalu ja memulakan sesuatu tanpa berfikir panjang.. Hanya memikirkan soal hati ku yang terasa pedih dengan semua perbuatannya tanpa memikirkan kembali hatinya yang sangat aku sayang..

Semalam, semua berlangsung ok saja. Sehinggalah satu detik dia bercerita mengenai sesuatu yang menjengkelkan aku.. Aku try untuk cool.. Tak nak marah.. Yes, aku berjaya untuk tidak marah.. Sebab aku layan semua permintaan dia.. Dan sepanjang itu juga aku merasakan sekali lagi hirisan di hati yang cukup pilu.. Walaupun pada dasarnya dia menyatakan, itu adalah gurauan.. Dia menginginkan nombor 10 digit.. Aku memang takder nombor tuh.. So, aku try tanya kawan aku.. Tapi dia tak reply sms lax.. I janji, siap bersumpah.. Akan hantar nombor tuh seawal yang mungkin.. Seperti yang di janjikan, sampai opiz terus aku cari nombor itu.. Dan dengan yakin aku tekan "send".

Satu sms masuk. Ternyata dia marah dan rasa terhina dengan sms itu. AKu cuba menjelaskan, tapi aku gagal.. Dia sangat marah. Dah masuk 6 bulan, tapi katanya aku masih belum kenal siapa dia. Mulutku kaku, jari jemari seolah terkunci untuk menaip kata2.. Dan hanya mampu meminta maaf.. Untuk kesekian kalinya.. Aduhh!! Aku terlalu emosi dengan setiap perkara. Aku terlalu jujur untuk menyintai dia.. Aku terlalu takut untuk kehilangan dia.. Tapi, apa yang aku lakukan kini seolah2 aku menolak dia pergi jauh.. Tidak!! Bukan!! Aku sayang sama ko.. Mungkin aku terlalu obses dengan cinta pertama ini.. Disamping pengalaman yang sekelumit cuma.. Owh.. Kemana aku nak cari resepi cinta yang hakiki?? 

Aku melukai hati ku sendiri T_T

Aku tau, maaf aku ni dah tak berguna untuk kamu.. Sebab dah banyak kali aku melakukan kesilapan.. Kalau disini adalah permulaan untuk kita menjadi sahabat, aku redho.. Cuma yang perlu kamu tau, aku tidak ingin kehilangan kamu.. Kerana aku sangat mencintai kamu.. My Name Is SAAT :(

No comments: