AKU DAN SI JIRAN YANG NAKAL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hey.. Rajin lax aku mengupdate entry kali ni kan.. Walaupun sedey, takder mood.. tapi aku dah janji kat korang kan.. Nak upload gambar masa aku kat tv-i hari tuh.. So, here it is.. Sambil2 tuh, aku juga nak cerita pasal jiran aku.. si Sofea yang nakal ini.. Hihihihihi..

Sofea>Saat>Easter Clement Tubong ^_^

Gambar ni baru jer aku amik dari Sofea.. Maklumlah, cuti dua hari, so tak dapat nak upload sebab aku lupa Bluetooth pada hari kejadia.. Ngeee.. U olz nak tau tak.. Sofea ni lahir pada 3 Oktober 1983 di Melakaw.. Dia memang pure orang Melakaw.. Dia berhijrah ke Tawau mengikut ayahnyer yang dipindahkan untuk bertugas sebagai Pegawai Penerangan. Dia ni memang cepat membiasakan diri dengan keadaan. Dalam masa yang singkat, dia dah bolot banyak kawan dan boprend di Tawau.. Hihihihi.. Dia dah tau rombengan, pantolan dan gado2 yang paling sedap pernah lidah ku rasa.. Hihihihihi.. Dan dia sangat teruja dengan keadaan hidup di Tawau yang sungguh jauh beza dengan di kotaraya asalnya.. Walau bagaimanapun, dia sangat teruja dengan harga yang cukup murah.. Bayangkan, sehelai baju boleh dapat harga RM 2 di rombengan.. Semangkuk Bakso pada harga RM 2 jugak.. Tapi, pahamlah kan keadaan tempat makannya yang sedikit tidak menyelesakan bagi mereka yang high standard.. 

Semua kawan takut bawak dia pegi makan di lokasi yang kotor pada pandangan mata ni.. Tapi, dia buat biasa jak.. Dia cakap, dia ok.. Dan bermulalah kehidupan dia sebagai seorang yang 'semberonoh' tapi berotak..


Orang Bugis dan Orang Melakaw pakai baju Kadazandusun ^_^

Aku mula kenal dia setelah aku dipindahkan ke unit Sabah.fm dari Tawau. Dia yang tegur aku dulu.. Hihihih.. Aku ni pemalu.. Tapi, aku ndakkan buat orang menyesal tegur aku.. Sebab aku akan balas teguran dorang tuh dengan pelbagai soalan dan senyuman yang paling manis.. Hihihihihi... Aku duduk di sebelah dia.. Dan sebab itu aku panggil dia 'Jiran'. Dia ni memang seorang yang sangat sempoi.. Ndak suka merungut, banyak idea tapi susah mau buat.. Kah Kah Kah.. Tapi satu yang aku respect dengan dia ni, memang sangat BECOK dan PANDAI TAMBAH SKRIP DALAM LAKONAN supaya nampak lagi REAL.. Huh.. Ko boleh?? Aku surrender.. Huhuhuhuhu..

Bulan Mei, kami dijadualkan bertugas bersama pada bulan April.. Memang tak kering gusi kami dua ni.. Ialah, bila si tumpis bertembung dengan si tumpis.. Main lagu pun kami bercerita jugak.. Sampai dia cakap, dia paling penat kalu bertugas dengan aku.. Sebab dia tiada masa untuk berehat.. Hihihihi.. Jahat kan dia ni?? Salahkan aku lax.. Yang pasti, dia memang seorang kawan yang baik.. Sebahagian masalah aku, ada dengan dia.. Walau ndak banyak, namun dia mudah untuk mengerti.. Mungkin kerana dia kini telah berkahwin dengan seorang jejaka dari Tawau dan dikurniakan dua orang cahaya mata.. Menjadikan dia lebih matang.. Tidak macam aku.. Hihihihi.. Love You Jiran.. My Name Is SAAT :)

No comments: