MALAM YANG PANJANG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Aku ndak tau apa yang aku buat skung ni betul atau tidak. Tapi yang pasti, aku ndak boleh fokus dengan setiap perlakuan aku!! Aku rasa bagai dibunuh secara senyap.. Jantung dan hatiku umpama dihiris dengan belatih.. Setiap kali itu juga aku akan cuba untuk menahan diri dari terus menangis...

Semalam, aku pergi ke tepi laut. Menyaksikan pemandangan laut yang begitu indah dengan pancaran lampu bandaraya Kota Kinabalu.. Lama ndak ke sana.. Dan tiap kali aku ke sana, aku pasti akan meluah dengan laut.. Sebab di sini aku ndak tau mau meluah dengan siapa kan?? Huhuhuhu.. Orang kenal aku sebagai seorang yang sungguh talkative, sangat gilaa.. Tapi bermula beberapa minggu yang lalu, aku rasa susah untuk aku maintain gembira.. Masalah datang bertimpa2 pada aku.. AKu ndak tau di mana silapnya.. Tapi yang pasti, semua itu membuat aku sungguh tak rela untuk meneruskan idop.. Seperti ungkapan aku sebelum ini, Kalaulah mati itu datang pada aku, aku redho.. Walaupun aku belum bersedia.. Namun, aku harap usiaku akan panjang, kerana masih banyak lagi cita-cita yang belum aku kecapi..

Aku balik lewat sangat semalam.. Aku biarkan angin malam menerobos ke setiap tubuh ku.. Aku rasa aku sungguh penat. Penat memikirkan segala macam hal.. Dan aku sepenuhnya dikuasai oley perasaan sedih yang sangat memuncak.. Rasanya aku ingin berteriak. Namun, perasaan malu kepada pengunjung lain yang berada berdekatan mematikan hajatku.. Lebih kurang jam 12.45 malam. Aku bergerak pulang.. Sekali lagi aku menagis semahunya di dalam tubuh si Chomel.. Kesengsaraan yang aku tanggung ku lepaskan semuanya.. Aku sungguh tidak kuat melaluinya sendiri.. Di mana harus aku berpaut?? Ya Allah.. Berilah aku kekuatan iman agar hamba-Mu mampu melalui ujian ini.. Suara lunak Maher Zain mencairkan segalanya!! Sekali lagi aku kalah dengan emosi..

Sampai di rumah, aku terus merebahkan tubuhku pada tilam yang sedang menanti.. Sebak rasanya di dada.. Aku sudah terlalu jauh bergerak.. Dan aku sudah tidak mampu untuk berundur.. Aku mula memikirkan pelbagai perkara negatif.. Aku mula meletakkan diri aku di posisi yang menakutkan.. Sehingga satu tahap, aku sudah tidak sedar aku menampar diriku berulang kali.. Menangis lagi.. Esakan aku tahan supaya ndak terlalu kuat sehingga menimbulkan kecurigaan.. Entah bila dan jam berapa, mata aku kalah dengan malam.. Aku tertidur...

Dan sebaik aku sedar, masalah sama datang menerpa.. Aku sukar untuk memberi fokus pada setiap yang aku lakukan.. Kerana aku manusia yang lemah.. My Name Is SAAT

No comments: