PENGGODAM TEMBOK JANJI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tett Tett Tett Tett.. Tidur aku dikejutkan dengan kebingitan bunyi jam loceng.. Aku bingkas bangun dan mematikan suaranya yang agak nyaring.. Akhirnya, aku sekali lagi dapat menikmati keheningan dan kedamaian subuh.. Masih terlalu awal untuk aku mendengarkan kicauan burung.. Masih terlalu awal untuk aku merasakan kehangatan mentari.. Aku baring di atas tilam ku kembali.. 

Tetiba fikiran ku merewang membawa aku kepada si dia.. Tiada siapa yang paksa.. Semalam, aku tidur dengan air mata.. Sekali lagi, tiada siapa yang paksa.. Huh!! Cengeng.. Aku telah merobohkan sendiri janji yang telah aku cipta.. Aku janji tak akan sedey.. Begitu juga dengan "Aku Janji" aku.. Semuanya telah ku robohkan sendiri..

Jam 10 malam semalam.. Aku dah sampai rumah.. Mandi dan tengok TV.. Tetiba terdetik hati untuk mengupdate blog.. Aku bukak lappy aku.. Dan semuanya aku tulis dengan tajuk Terima Kasih. Aku terpandang Kad, dan sekali lagi aku terfikir pasal dia.. Aku sms dan balasannya ringkas.. Dan aku terus menanti balasan.. Namun, hampa.. Sebelum tidor, aku nak sangat kirim sms lagik.. Tapi aku tak kuat.. Perasaan malu itu mendahului segala perasaan yang ada.. Aku cuba memaksa namun, yang ada cuma air mata.. Tidur sambil menagis.. Hebat!!!

Walaupun tidak berkerja awal pagi, namun semangat untuk aku meninggalkan rumah lebih awal itu ada. Jam 5.45 aku dah mula memandu menuju ke pejabat. Tetiba tanganku memutar kemudi menuju ke jalan Istana.. Di sana ada Bukit Bendera.. Pemandangannya indah sekali.. Terasa nak lihat pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu di waktu pagi.. Apa yang aku dapat??




Tiga keping gambar yang aku amik pada awal pagi.. Sebenarnya ada satu lagi gambar.. Tapi, tak bulih nak upload.. Huhuhuhu.. Bandar yang akan mula sibuk sebentar lagi.. Semuanya kelihatan kaku dan tetap bersemangat untuk berdiri megah.. Tiada siapa yang suruh.. Tapi aku yakin, kalau kemegahan mereka disokong dengan cerucuk yang kukuh dan sentiasa bersemangat.. Dan semoga semangat itu juga akan ada pada aku suatu hari nanti...

Ntah lah.. Aku terlalu emosi lah.. Cepat sangat aku melatah bila ada perkara yang datang.. Walaupun sebenarnya aku sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Namun, aku masih perlu banyak sokongan.. Semalam, aku ajukan soalan kepada jiran aku.. Menerusi post "Monday Blues" aku katakan padanya.. "Uhuhuhu.. Jangan risua lah.. Aku ndak gila lagi ni.. Tapi macam mau dekat2 sudah ni.. Ko rasa ko mau kawan aku ka lagik kalu aku gila??" Dan jawapan dari si Jiran berbunyik "seorang kawan akan menerima seorang kawan walau apapun keadaanya...menerima setiap baik dan buruk,suka dan duka,tawa dan airmata...dan...aku berusaha untuk menjadi kawan seperti itu..." OMG!! Lajunya air itu mengalir!!! Aku seolah-olah terpukul dengan jawapan itu..

Dan pagi ini, kami berdua serta beberapa orang kawan sepejabat akan menghadirkan diri ke Program Wacana Pengukuhan Integriti Penjawat Awam di Auditorium Jabatan Arkib Negara Cawangan Sabah.. Dan pagi ini juga aku sedar kalau aku sedang di serang Teusday Blues yang amat sempurna.. My Name Is SAAT : |

No comments: