AKU BUDAK KAMPUNG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

AKU BUDAK KAMPUNG.. Uhuu.. ENtah kenapa otak ni exited sangat nak tulis pasal tajuk ni.. Yeah.. Betul seperti apa yang tertulis.. Aku budak kampung yang sangat out dated dengan minda yang sungguh terkurung dengan suasana kampung.. Hurmm..

Aku budak kampung yang sungguh lurus.. Aku bukan lurus suka2.. Aku cuma ndak suka menipu.. Aku suka cakap semua benda yang berlaku di sekitar aku.. Kalau aku makan nasik di tepi jalan, betul lah tu.. Kalau aku makan bakso bawah jejantas, betul lah tu aku.. Kalau aku makan kat restoran.. Betul lah tuh.. Kalau aku makan kat hotel tuh.. Pun betul jugak.. Tapi sah2 salah kalau aku pergi bersediri.. Mesti sebab event, jemputan atau terdesak.. Tempat aku bukan di situ.. Penuh dengan protokol dan undang2 etiket.. Huh!! Bunyi garfu sket, ayam terloncat dari pinggan.. Semua orang pandang dengan senyuman sinis.. Budak kampung masuk otel.. 

Owh..Aku sangat budak kampung.. Aku suka berenang.. Sebab aku dah diperkenal dengan dunia sungai sejak aku kecik.. Balik sekolah, tak terus balik umah.. Lepas sungai sampai mak atau bapak datang bawak kayu.. Lepas tuh, confirm kaki biru.. Punggung ijau kene libas pakai pelepah sawit, batang ubi atau pelepah pisang.. Pediss.. Kekadang tali pinggang pun lekat kat badan.. Itu kalau dah sampai umah lah.. Hahaha.. Of coz aku suka berenang.. Tapi, agak canggung berendam di kolam, jakuzi atau spa2.. Sekali pun aku ndak pernah masuk tempat macam begitu.. Bukan sebab malu.. Cuma kurang mampu.. Melainkan Kolam Renang.. Kerana aku sungguh gerigitan kalau jumpa kolam air.. Bukan Lopak Air yeaa.. Tapi, kalau mandi di kolam ni ndak berapa siuk.. Sebab air dia penuh dengan klorin.. Badan akan sedikit tak selesa.. Tapi air dia jernih.. Tak macam sungai, air dia kuning.. Jarang sungguh jernih.. Sebab kalau dah reramai masuk dalam sungai tuh, confirm akan berkabut lah.. 

Aku tidak suka bandar.. Hurmm.. Sangat tidak suka dengan keadaan yang panass.. Bukan bermakna aku suka dengan aircond.. Tapi, hawa di banda ni laen.. Ndak sama dengan di kampung.. Hawa di bandar, dia akan tetap terasa panas walau angin bertiup dan kamu sedang berada di tempat yang teduh.. Kalau di kampung, angin dia tetap sejuk walaupun mentari sungguh terik.. Itu akan terjadi bila anda berteduh lor.. Kalau kitorang kat kampung, tempat yang paling sejuk masa tengahari adalah, bawah kolong dan bawah katil.. Tempat ni sejuk.. Sebab itu, masa aku kecik dulu, aku selalu tido bawah katil mak bapak aku.. Huhuhu.. Aku penah pergi KL.. Aku cukup rimas duduk kat KL.. Kalau orang senang, memang siuk duduk KL.. Pertama sampai, aku memang sungguh teruja.. Selepas semalam dua, aku rasa KL sungguh semak.. Semak dengan manusia, dengan kereta, dengan hiruk pikuk kota, semak dengan bangunan pencakar semesta.. Owh.. Cuba bayangkan, di antara dua bangunan tinggi, tedapat sebuah lagi bangunan di tengah yang sedang dibina.. Sungguh sesak Bandaraya Metropolitan itu.. Tapi, aku masih suka kampung.. Jiwa aku di kampung...


Hurmm.. Kenapa aku berbicara sebegini?? Owh.. Aku sedang merendah diri.. Yeah.. Aku memang merendah diri.. Entiti ini juga yang menghalang keyakinan aku untuk berkembang di khalayak.. Aku mau berjumpa si polan, aku malu.. Sebab kehidupan dia yang sungguh urban, namun aku? Hanya budak kampung.. Aku mau pergi ke satu tempat? Namun aku takut.. Takut sen tak cukup.. Mana mo cari?? Takkan mo pinjam?? Aku lebih selesa dengan apa yang aku ada sekarang.. Namun, aku takut, apa yang aku ada, membuatkan orang tidak selesa dengan aku.. Segelintir yang menyeru.. Berbangga dengan kehidupan kamu.. Tapi ramai yang plastik.. Aku cuma perlu yakinkan diri aku.. Dan keluarga aku.. Tak kisah kita pakai apa, makan apa, tidur di mana, yang penting, kita bahagia.. Senyum tak pernah lekang di wajah.. Dan yang paling penting, kita sedar, di atas kita langit, di bawah kita bumi.. Semuanya bukan milik kita.. Termasuklah hati dan jantung kita.. Bersyukurlah... My Name Is SAAT

No comments: