ESOK 1 RAMADAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Fuh!! Tarik nafas panjang dan hembusss~~~ Hurmm.. Esok dah mula nak puasa.. Aku masih lagi di pejabat menghabiskan kerja2 aku yang terakhir sebelum meninggalkan opiz untuk tempoh dua minggu.. Berikan aku kekuatan ya Tuhan..

Hari ini aku bangun awal.. Sebab semalam aku tido sangat awal.. Ntah bila aku terlelap.. Aku paksa mata aku untuk tidor.. Namun, tidak terlalu sukar untuk aku kerana badan yang terlalu penat dengan tugasan yang sungguh padat hingga ke malam semalam.. Bermula pagi, rakaman rancangan raya, lepas tuh buat rakaman dan proses compiling waktu imsak dan berbuka, jam 5, aku dah nak rest2.. Tetiba dapat arahan serta merta bertugas menggantikan Hafrina yang sakit tekak menyebabkan suara dia tidak sesuai untuk siaran.. Tanpa banyak soal, aku mengiyakan saja.. Bertugas dari jam 6 hingga jam 9 malam.. Lepas tuh, terus drive balik rumah dan tidor.. Mandi pun tidak.. Sadis sungguh.. Nagis ja kerja..

Hari ni pulak duty pagi, lepas tuh lepak kat opiz menghabiskan sisa2 tugas sebelum berkonvoi ke seluruh negeri Sabah.. Petang tadi plak aku ke Balai Cerap Tanjung Dumpil, Putatan untuk melihat dan membuat laporan berkenaan Anak Bulan Ramadan.. Dari awal lagi aku tau esok dah puasa.. Namun, itu keputusan tidak rasmi.. Mood biasa saja.. Bila mendengar sendiri pengumuman puasa di radio, tetiba aku sungguh sebak.. Uhh.. Cengeng telampau!!! Dan mood untuk menulis tiba2 hilang.. My Name Is SAAT

No comments: