EXAM DAN AKU LUPA!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Olz.. Alhamdulillah.. Ari ni aku menjawab soalan exam perkhidmatan dengan penuh dedikasi sekali.. Walaupun tangan aku menggigil kerana terpaksa menaip esai sehingga 9 muka surat depan dan belakang.. Aiyarkk.. Ketaq tangan aku jadinya.. Antara soalannya adalah berkaitan dengan Konsep 1 Malaysia, Isu Human Interest dalam penyiaran rancangan TV, Jenis2 Iklan radio, Persediaan seseorang Dj sebelum, semasa dan selepas keudara  serta beberapa soalan lain yang aku dah lupa.. Maklumlah, pokcik dah kertu.. Ingatan dah tak kuat.. Masa muda mudi dulu selalu sangat TERmakan semut.. Ohohohoho

Hari ini, aku bangun macam biasa.. Mandi dan terus mengenakan pakaian batik aku.. Ari ini kan ari khamis.. Hihihihi.. Lepas semuanya selesai, aku bergerak ke opiz.. dalam jam 6.20 dan sampai ke opiz dalam jam 7.40.. Jalan jamp lor.. Plus, umah aku jauh di hujung kota... Cuaca hari ini ok ja.. Ndak juga hujan, ndak juga mendung.. Maksudnya cerah la tu kan.. Hihihihi... Sampai opiz, terus makan nasi lemak.. Sedap lax nasi lemak tuh.. Dah beberapa ari aku asyik hantam nasi lemak jak.. Takut gak kang lemak mula membusut especially di perut aku yang comel ni.. Hohoho.. Comel kah??

Dalam jam 8.30 aku bergerak ke Dewan Peperiksaan yang terletak di belakang bangunan opiz aku (wisma Penyiar). Sampai ja, semua kawan2 aku dah menanti kertas soalan.. Muka semua konfiden nih.. Aku ja yang sedikit resah.. Sebelum bergerak, sempat lagi singgah menengok Misi dan Visi jabatan.. Hohoho.. Hafal beb.. Kang di tanya, abis aku.. Dan akhirnya, soalan itu langsung teda masuk.. Chess.. tapi aku guna untuk memantapkan esei aku.. Memudahan lulus lor.. Dalam ujian ni, setiap orang ada 3 kali peluang.. Kalu kesemua peluang gagal, of coz kene pecat!! Cuma seorang ja kawan ku yang teda.. Diq Za Aza.. Sebab dia  dah sarat mengandung.. Dia kerja di Tawau.. Nek bas pun ndak bulih.. Apa lagi naik Flight.. Huhuhu 8 Bulan dah jo....

Peperiksaan abis jam 12.45.. Tapi aku dalam jam 12.10 dah kluar.. Dah siap lor.. Malas mau semak2 lagi.. Yakin2 ja ni.. Hihihihi.. Lepas tuh kawan aku cakap, kami akan ada induksi pada bulan 9.. Means selepas raya.. Dan aku sangat berharap kalu kami induksi di luar negeri Sabah.. DI Sarawak kah.. Di Keyhel kah.. Hohoho.. Kompom best gilaxxx... Mau jugak rasa duit kerajaan kan.. Ohohohoho... Lepas abis exam tuh aku balik umah.. Stay di opiz untuk beberapa ketika sebelum turun ke Kantin untuk makan.. Kawan aku belanja.. Aku lom kasi kluar duit lagi. Dalam wallet aku penuh duit syiling jak.. Hohohoho.. Kawan aku sempat lagik marah.. DIa cakap, ndak baik biarkan wallet kosong.. Masalahnya aku malas letak duit banyak2 di wallet.. Sebab aku jenis yang boross.. Sangat!!!

Dalam kami duduk di Kantin tuh tetiba si Adi datang menyapa.. Huhuhu.. Ingat lax dulu2 dia ajak aku joint in KK Fm.. Tapi, aku tolak sebab taraf jawatannya tu kontrak gak.. Baik aku di Tawau, dekat ngan famly.. Nasib baik sangat.. Sebab selepas tuh aku di tawarkan jawatan tetap lax sampailah hari ini.. Dia bersama dua orang lagi kawannya.. Seorang tuh si Felix Agus dan seorang lagik Junior aku masa di UMS duluh.. Diorang sume dah kerja di KK Fm.. Bersyukur dengan rezeki.. Dia belanja kami makan hari ini.. Hihihihi.. Dan kalau dia datang, dia memang selalu membelanja.. Sebab dulu dia kerja sini jugak sebelum berpindah ke Muzik Fm.. SO, memang banyak la kawan-kawannya di sini...

AIyarkk~~ Kawan aku masuk opiz jap tadi.. Katanya aku lupa baca berita jam 7.30 malam... Sekali aku tengok jadual.. Yeah!! Aku memang LUPA!! Abis lahhh... Confirm kena denda buat Playlist Automasi 12-6 selama sebulan.. Ahahaha.. Aku bencik!!! Aku skung tengah memikir, apakah alasan yang perlu aku kasi sama bos.. Huwahuwahuwa!! Im sorikk bos... Memang tak bulih menipu.. Rumah bos aku di setiap sudut ada radio.. Ohohohoho.. Matai~~ Terkiok aku kali ini.. Uhuhuhu..

Dan sekarang, perut aku meronta ronta mintak nasi.. Arghh.. Lapar!! My Name Is SAAT

No comments: