TOUCHING

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini jiwa aku diruntun sedikit hiba dan rasa terpegun sikit bila dua orang yang sangat rapat dengan aku melakukan sesuatu yang di luar fikiran aku.. Yes!! Aku tahu kalau mereka berdua ni terlibat secara langsung dengan dunia sukarelawan dengan berkhidmat di rumah warga tua.. Tapi aku tidak pernah terfikir kalau mereka begitu ikhlas dengan semua orang tua yang ada di sana.. Kan bagus kalau semua orang mempunyai sifat begitu dengan orang tua mereka... Aman dunia..

Kalau aku bandingkan dengan hati aku.. OMG!! Siyes.. Aku tidak sanggup.. Sebab aku dengan dua orang tua aku pun rasanya aku belum dapat bahagiakan mereka.. So, bagaimana mungkin aku nak bahagiakan orang lain?? Hidop aku pun kadang2 tidak bahagia.. Tidak gembira.. Bagaimana mungkin aku ingin membebankan mereka dengan semua benda yang aku ada?? Aku sungguh speachless.. ENtah apa lagi yang aku mo cakap untuk menyatakan betapa aku sungguh touching dengan tindakan mereka berdua..

Seorang makcik dari rumah orang tua itu dimasukkan ke hospital.. Dan mereka berdua sangat buat aku terharu kerana datang melawat ke hospital dan membacakan Yassin untuk makcik itu.. Walaupun tidak berada dalam keadaan nazak, namun siapa tahu dengan mukjizat yang ada pada Surah Yaasin kan?? Apapun, semoga makcik tu cepat sembuh dan kembali gembira ke sedia kala.. Aku sangat bangga, berterima kasih danbersyukur kerana aku diperkenalkan dengan mereka.. Semoga aku bisa untuk menjadi seperti mereka.. Aku bangga menjadi teman baik anda!! Im Speachless lor.. My Name Is SAAT

No comments: