JUMAAT YANG KELAM KABUT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hye sayang.. Sihat ker?? Mudah2an lah kan.. Lewat i lawat u hari ini.. Bizi sangat dengan kerja bah.. Hohohohoo.. Sangat gembira sebab esok ada misi penting yang perlu disiapkan dalam tempoh masa dua hari.. Yeah.. For the first tyme.. Aku mengikuti Konvoi MyVi Lagi Best 2011 di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau.. Tidak seperti selalu, konvoi ni di buat sehingga ke Tawau.. Arghh!! Benci.. Macam tau2 ja aku mau ikot kan.. Dan malam ni aku tido hotel.. Sebab, pihak produa dah provide bilik untuk kami.. Rugi lor kalu tak stay kan.. First tyme dok kat Hotel Promenade Kota Kinabalu.. Selalu lalu lalang ja depan dia kan.. Tapi agak tidak best, sebab bilik aku bukan berhadapan dengan laut.. Chess...

Hari ini, aku bangun awal untuk pegi office.. Sebab aku kerja pagi hari ini. Setelah sekian lama tidak keudara bersama si Jiran, hari ini terubat rindu.. Masuk dua minggu kami tidak keudara bersama.. Dan yang pasti dia sangat merindui putera dan puterinya yang terpaksa di hantar ke Melaka sebab teda yang jaga diorang kat sini.. Kesian jiran aku.. Tabah sungguh dia.. Seperti biasa, kami berduty dengan penuh kepoh dan ketawa tak hengat dunia.. Jam 10 pagi, tugas ditamatkan dengan sempurna.. Masuk ke ofice, letak lappy dan terus ke ruang belakang untuk sambung makan mee goreng yang aku beli bersama si jiran di Kantin masa news break jam 7 pagi... Lepas tuh, aku tido jap. Kikikiki~~

Jam 11.50, hp aku berbunyik.. Abg Man call.. Dia dah menunggu kat Kantin.. So, aku bergegas mencapai beg dan turun untuk bergerak ke Masjid Negeri bagi menunaikan sembahyang Jumaat. Si Lai dan Bos aku tumpang sekali.. So, si Chomel agak penuh hari ini.. Hihihi.. Selesai sembahyang terus ja balik sebab si Lai ada mesyuarat jam 2. Tak dapat lah makan Cendol seperti selalu.. Urghh~~ Dah dua minggu tak makan cendol.. Minggu lepas Abg Mann lax BZ.. Minggu ni Lai lax ader mesyuarat.. So, hopfly minggu depan boleh ar menikmati kelazatan itu cendol.. Rindu lax dengan muka makcik tuh.. Hihihihi

Balik jer dari smayang jumaat, mata aku sangat kalah dengan keadaan.. AKu tidoo lagi.. Hahaha.. Kali ni bos aku nampak aku tido.. Tapi dia tak marah.. Sebab, kalu ikut peraturan aku dah boley balik jam 2 tuh.. Tapi, malas nak balik.. So, stay di opiz jer.. Jam 6 menjelang.. Kawan aku si Esna lax mengadu lapar dan nak makan kacang.. So, kami bawa lah dia ke Tanjung Aru.. Sebab dia kan mengandung.. Sensitip sangat org mengandung nih.. Hohoho...

Lepas tuh kami lepak kat Restoran Pak Din di Sinsuran lax.. Kali ni makan Ikan Bakar.. Si Lai yang belanja.. Hahaha.. Alhamdulillah.. Rezekii betul.. Thankz Lai.. Makan tengahari aku pun di taja oleh si Honey.. Owh!! Best sangat.. Kebetulan aku lom withdrawl lagik.. Huhuhu.. Dalam jam 7.30 kami gerak pulang.. Belum pun aku naik ke opiz.. Si Akho lax call.. Katanya dia sedang menuggu aku di Kereta Ging Bubut sebab nak bawa aku pegi meeting ngan team Produa.. Okiess.. Jalan lagik.. Kali ni kami ke sebuah restoran steamboat seafood di Beach 3 Tanjung Aru.. Makan lagik?? OMG!! Aku minum Carrot Juice jer.. Dah tak sanggup nak makan lagik.. Huhuhu.. Malu dowh.. Nasib baek ader sorang aku kenal.. Si Sharil.. Dia lah yang merekomenkan Encik Chomel dengan aku.. Huhuhu.. Lama ndak jumpa beliau.. Tapi, aku tak rapat sangat dengan dia.. Just salam dan senyum2 jer.. Lepas tuh aku fokus bercerita ngan Akho..

Dalam jam 9.45 aku sampai opiz.. Dah menanti si Hendria.. Dia mintak tolong petang tadi untuk hantar dia pulang.. Sebab si Andy (sepupu dia) dah balik keningau atas arahan tunang terchenta.. Huhuhu.. So, aku hantar Hendria pulang umah.. Lepas tuh, aku balik umah untuk bersiap.. Mandi dan kemas pakaian.. Lepas semuanya siap, aku bertolak ke hotel.. Tingkat 6 bilik 607.. Dan malam ini, aku nak nikmati mimpi di hotel nih.. Wow!! Jarang tido hotel.. Ekon dah di matikan.. Sebab aku tak suker ekon.. Sejukk sangat.. Dah jam 1.30.. Masa untuk tutup mata.. Tapi.. Cerita kat tv ni.. "Drag Me To Hell" aku nak abiskan.. Sebab filem ini lah yang aku tengok di Panggong Wayang bersama Aziyan Gie dan Cik Pit hari tuh tetiba mati karan.. Di saat2 akhir lax tuh.. As usual.. Di belanja.. Hahaha.. Hepi saja malam ni meskipun petang tadi aku di landa kesedihan tiba-tiba.. Entah mengapa.. Aku sendiri buntu mencari puncanya.. My Name Is SAAT :)

No comments: