HATI YANG MENDUNG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari ini aku menerima perkhabaran yang membuatkan aku rasa tidak begitu tenteram. Dua perkara yang membebankan aku.. Plus tindakan sahabat aku yang tiba2 menghilangkan jejak di FB.. Ntah kenapa agaknya dengan dia.. Aku?? Arghh.. Tension sorang2 sini.. Biarlah.. Nanti lama2 ok lah tu.. Tapi, aku mau minta maaf jugak kalau aku sudah menambah beban dalam diri ko ya sahabat.. Aku ndak bermaksud begitu.. Aku cuma rasa tidak adil untuk diri aku.. Sebab, kamu boleh memaksa aku untuk mengetahui masalah aku. Aku ikhlas kasi tau.. Tapi kenapa bila kamu ada masalah, ndak pula mau share sama aku?? Heran bah.. Sebagai seorang yang ko anggap kawan, aku rasa terkilan.. Sangat.. Tapi, mungkin ko ndak mau kasi tau aku sebab ko rasa aku ndak mampu tolong ko kan?? Bah.. Ndak pa lah.. Aku malas nak mendesak2 ni.. Kalau dah orang tak nak, kenapa perlu ada paksaan kan??

Semalam tido awal.. Hari ini bangun lewat lax.. Tak, sebenarnya aku bangun awal.. Cuma aku agak malas untuk ke pejabat awal.. So, aku sambung balik tidor.. Claim rasa penat semalam.. Jam 9.00 pagi baru aku bergerak pegi tandas.. Pokcik aku masih ada di rumah.. AKu pun heran dengan diorang ni.. Semalam aku balik awal diorang tiada di rumah.. Dan aku sangat tak sedar bila masa mereka balik.. Ah.. Biarlah.. Janji ndak kacau aku sudah loor.. Sesudah mandi, aku pegi jemur baju yang semalam aku cuci.. First tyme aku tengok jiran aku.. Hihihihi.. Senyum2 jugak lah.. Lepas siap jemur baju, aku bersiap lak ke opiz.. Setelah semuanya selesai.. Gerakkkk~~ Di pertengahan jalan.. Aku tensen sendiri bila aku perasan kalau jam tangan aku ndak pakai.. Arghhhh!!! Kenapa dengan hari aku ni??

Sampai di opiz dalam jam 10.30 pagi.. Seperti yang dah di janji, kawan2 aku semua dah menanti ketibaan aku.. Hari ni nak pegi umah si Niza makan tengahari.. Semalam dah beli ketam kan.. So, diorang nak makan ketam lagik.. Ini merupakan kali kedua kami pergi makan kat rumah dia.. Huh!! Jam 11.00 pagi baru aku gerak.. Memandu dengan berhati2 sebab aku bawa anak bini orang.. Cuba untuk fokus. Aku membiarkan mereka bercerita sesama mereka.. Sesekali mereka perasan kalau aku diam.. Tapi, aku hanya senyum saja.. Dahi dah berkerut.. Huhuhuhu...

Sampai di rumah Niza, semua diorang terus masuk, aku tak.. Stay for a while di luar.. Setelah beberapa lama di luar.. Baru aku masuk. Nyata mereka menunggu aku untuk makan.. Ok.. Lets start!! Semua orang memandang aku dengan rasa lain, sebab aku amik nasi sikit ja.. Huh!! Dari semalam tak makan.. Rasa sungguh tidak berselera. Tapi, demi menghormati mak Niza yang masak, aku makan lah.. Tapi aku makan buah lagi banyak.. Tembikai.. Sambil mata aku fokus tengok berita TV 9.. Diam2 sambil mulut terkomat kamit makan buah..

Sampai jam 1.15 tengahari kami di sana.. Lepas tuh balik opiz sebab jam 2.30 ada mesyuarat dengan Ketua Pengarah (Rancangan Radio).. Mesyuarat yang agak santai.. Bez saja.. Sebab Encik Razak membenarkan kami untuk menyuarakan semua yang kami rasa.. Mesyuarat berlangsung sehingga jam 4.15 petang.. Sebelum bersurai, ada jamuan ringan lagik.. Makan Makan Makan!!! Dan, aku masih lagi di opiz ni.. Huhuhu.. Ndak tau kesedihan apa yang datang tiba2 nih.. Huh!! Abaikannn.. Esok aku akan ke Sipitang untuk mengikuti rakaman raya oley Dj Hafrina dan Dj Roszlan.. Aku jadi pengacara.. Jam 7 akan gerak.. Bangun awal lagi lor.. Aiyarkk!!!

Dapat aku simpulkan, hari ini aku menerima TIGA kesedihan dan hanya SATU berita yang agak mengujakan aku.. Dan aku kena berani berhadapan dengan segalanya.. Aku dalam dilemma.. Satu keputusan yang agak besar perlu aku buat.. Melibatkan perkembangan kerjaya aku..AKu wajib membuat keputusan.. Cuba untuk Ikhlas.. TO BE OR NOT TO BE!! My Name Is SAAT

No comments: