MOOD PENAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Tidur yang agak lena terganggu sebaik aku terjaga kerana kegatalan yang amat sangat pada bahagian bawah lengan.. Garukkk~~~ Hahaha!! Ni lah akibatnya bila tidak mandi sebelum tido.. Jam dah menunjukkan waktu 6 pagi.. Tetiba aku risau memikirkan jadual di opiz. Aku mengambil keputusan untuk menghantar sms kepada si Jiran. Mesti dia dah sampai di opiz ketika ini... "Jiran, ko dah sampai opiz?? Tolong bah, tengok jadual aku apa hari ini?".. Mata masih rabak nak cukupkan tido.. Sebab lenguh badan masih terasa sangat. "Ko baca berita hari ini" Balas si Jiran.. Terbeliak mata seketika.. Aiyoo~~ Macam mana ni?? Sepantas yang boleh aku membalas "Tolong bah ganti.. Aku rasa macam ndak bermaya lagi ni.. Mau cukupkan tido" .. Ku hantar sms itu dengan harapan ada sesuatu yang menggembirakan.. "Ala.. Ndak dapat Jiran.. Jam 6.45 aku sama Zana mau jalan untuk buat rakaman khas untuk tv-i..Minta tolong lah dengan Kak Su atau Haji.. Dorang ok jugak tuh.." Adoi~~

Dengan langkah malas, aku kuatkan semangat untuk bersiap ke opiz.. Malas nak minta bantu sama orang lain melainkan kawan2 yang rapat.. Mata masih rabak.. Tulang masih sengal.. Memandu dalam keadaan letih ke pejabat.. Menambahkan lagi keletihan.. Huwahuwahuwa.. Jam 7.30 aku sampai dah di opiz.. Si Jiran sudah tiada.. Sebelum tuh, aku sempat lagi singgah di Kantin untuk menapau makanan.. Mee Goreng plus Teh O ja pagi ini.. Sampai di Opiz terus ku buka Laptop sambil menanti pukul 8 pagi.. Update status di FB dan terus ke Konti untuk membaca berita.. Penat!! Yang pasti, berita ku baca macam biasa.. Cuma energy kurang di luahkan.. Nampak sangat penat kan.. Huhuhu

Lepas baca berita, aku masuk ke opiz.. Diam2 terus seolah2 aku sungguh sibuk.. Padahal, masa tuh aku tengah on FB dan YM.. Macam mau ja ku hampas kepala ke meja supaya bertenaga.. Aku cuba senyum.. Nampak sangat hambar.. Ah.. Biarlah.. Teruskan ja dengan mood penat! Sehingga suatu ketika aku menerima sms daripada pemberi semangat.. Banyak gak nasihat. Thankz a lot untuk anda.. Tenaga saya sudah sedikit kembali.. Tapi yang pasti, aku masih sangat mengantuk..

Jam dah nak tengahari.. Kawan2 sume ajak aku pegi kantin.. AKu follow jer.. Diorang sume membeli makanan.. Aku nampak makanan tuh dengan sangat tidak berselera.. Jadi, aku amik buah betik, jemput-jemput pisang dan air Milo Ais ja.. Semua pun menapau.. Makan di opiz ja.. Belum sempat ku abiskan makanan, jam dah tunjuk 1.30 tengahari.. Baca berita lagi.. Kali ni energy itu semakin bertambah.. Walaupun kedengarannya agak senduuu di udara.. Ah! Biarlah.. Tiba2 sms masuk ajak pegi main badminton.. Aiyoo.. Aku balas "Sory geng, nda dapat bah.. Masih penat ni. Baru balik dari Konvoi" Kawan aku memahami.. Balasnya ringkas ja.. "Ok. Rehat lah kau"

Ingat hari ini mau balik awal, namun, tetiba aku teringat aku kene baca berita jam 4.30 petang. Ndak tau apa mau buat.. Jadi, aku cuba untuk merealisasikan sesuatu yang sudah lama aku fikirkan.. Aku buka **** baru.. Dan aku simpan semua *** aku dan dia di sana.. Rasa sedih sebab aku terpaksa memadam *** aku dan dia di HP. Sebab aku tau, punca HP aku jadi slow adalah di sebabkan *** ini.. Huh!! Aku ndak mau lupa walau sedetik pun tentang dia :)

Lepas baca berita aku sambung balik misi aku. Hampir jam 6.30, Niza minta teman ke pasar sebab mau mencari ketam.. I said Ok jer.. Setelah semuanya selesai, aku memulakan perjalanan pulang.. Hampir aku exident semalam.. Sebuah lori trailer cuba membuat pusingan U secara melulu mengakibatkan aku yang sedang membawa Enchek Chomel pada kelajuan 100 km/j membrek sedaya upaya.. Dapat ku dengar dengan jelas, bunyi tayar belakang terseret.. Argh!! Aku cuba relex.. Tiada sepatah kata terkeluar dari mulut aku.. Lori yang berada pada laluan sebelah dari arah yang sama dengan aku menunjukkan reaksi marah pada pemandu trailer dengan membunyikan honk.. Aku?? Terkedu.. Aku meneruskan pemanduan dalam keadaan terketar2 kaki.. Jam 7.30 lebih kurang, aku dah selamat sampai ke rumah.. HP aku charge sebab dah kong gara2 melancarkan misi aku tuh.. Sambil charge HP tuh, aku cuci baju sebab hari sabtu dan ahad hari tuh ndak sempat cuci.. Lepas tuh aku mandi dan sms lagik.. Sambil sms dan buka FB tuh aku menikmati Nestle Bliss Yougart Perisa Strawberi dan Kek Pisang.. Tetiba, aku rasa macam bodoh sangat.. My Name Is SAAT

No comments: