KONVOI MyVi LAGI BEST : EPISOD 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Hyee.. Hari ini masuk hari kedua aku berkonvoi bersama Produa MyVi Lagi Best 2011.. Hari ini merupakan hari terakhir dan kami akan meneruskan perjalanan berputar melalui Kundasang, Ranau, Tambunan dan Keningau sebelum balik semula ke Kota Kinabalu..

Jam 6.45 aku dikejutkan dengan kedinginan pagi yang sungguh menusuk tulang.. Melangkah longlai ke kamar mandi.. Uhuu.. Sejokk!! Mandi dengan penuh pantas!! Hahaha.. Gila sejuk woi.. Even ada water heater, tapi tetap juga rasa sejuk.. Uhukk..Lepas semuanya beres.. Aku dan Akho bergerak meninggalkan Lantana 6 (Chelet kitorang) menuju ke restauran utk menikmati juadah sarapan.. Dalam jam 8.30 pagi kami meninggalkan pekan Kundasang menuju ke Ranau.. Jalan yang agak berliku ditempuh dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.. Alhamdulillah..

Samapi di Ranau, terserempak ngan Ging Bubut yang memang ditugaskan ke Ranau sempena Pesta Nunuk Ragang di sana.. Hebat mereka.. Banyak tempat yang di pegi.. Tempat ikan makan kulit mati tuh pun diorang sampai.. Kalau dengar cerita diorang.. Memang enjoy sangat.. Yang aku ni duk dalam keta jadi co-pilot sampai pening2 lalat sebab tu jalan bengkang bengkok.. Uhuhuhu... Hampir 10 minit kami bersama di Ranau sebelum bergerak ke Keningau melalui jalan Tambunan.. Wah.. Lama ndak pegi pekan Tambunan ni.. Dulu2 masa study kami ada buat program kat rumah anak2 yatim kat sini.. Banyak dah perubahan pekan Tambunan.. Persinggahan tak lama.. Sekadar mengedarkan flyers dan memberikan hadiah sebelum meneruskan perjalanan ke Keningau..

Teruja dengan semua pemandu yang berselisih dengan kenderaan rasmi Ging Bubut.. Memainkan lampu, melambai dan membunyikan honk kenderaan mereka.. Senyum sambil memberikan lambaian balas dengan penuh ikhlas.. Hohohohoo.. Beberapa jam selepas itu kami tiba di Bandar Keningau.. Jam sudah menunjukkan waktu 1.15 tengahari.. Kami diarah untuk menuju ke Hotel Juta Keningau untuk menikmati juadah tengahari.. Terasa kekok sangat sebab makan bersama orang2 yang sudah biasa masuk ke hotel.. Aku?? Owh.. Jarang sangat masuk hotel.. Ndak suka dengan cara makan yang skema dan penuh adat.. Sekali lagi aku hanya diam seribu bahasa sambil tangan aku ligat bermain sms.. Sesekali aku menjeling dengan mereka yang duduk semeja dengan aku.. Tertib sungguh makan. Jadi, aku kene belajar makan dengan penuh sopan dan berhati2 agar lauk pauk tidak terpelanting kemana-mana melainkan ke Perut aku! Yeahh..

Selepas makan, perjalanan diteruskan mengelilingi bandar Keningau.. Sekali lagi aktiviti yang membuatkan aku teruja.. Mengibarkan bendera Produa MyVi Lagi sambil melambai2.. Akho sibuk memandu dan bermain dengan honk alza.. Agak bingit dan menggamit perhatian warga Keningau.. Aku rasa macam aku gila.. Hahaha.. Selepas mengedarkan flyers dan memberikan hadiah Ging Bubut, kami meneruskan perjalanan ke perhentian terakhir di 1Borneo Kota Kinabalu melalui jalan Kimanis - Papar. Pastinya pemandangan yang indah menggamit kami sehingga ke Kota Kinabalu.. Yang pasti, kereta Alza yang aku naiki di pandu pada kelajuan 150km/j.. Cuba bayangkan.. Adakah aku relax pada masa itu?? OMG!! Kene cepat kata marshall sebab Big Boss Produa kene sampai ke KKIA sebelum jam 3 petang. Aku sebagai co-Pilot agak sibuk kerana banyak kenderaan yang perlu di potong.. Huh!! Fokus aku hanya pada sms masa tu sambil menyaksikan pemandangan Banjaran Crocer yang menajkujbkan!! Subhanallah!! Sempat juga singgah untuk merakamkan gambar kenangan..

Dalam jam 3.30 kami sampai di 1Borneo.. Alhamdulillah selamat sampai.. Mata semakin bengkak rindukan bantal.. Tapi apa nak buat.. Kerja.. HP aku plak dah kong.. So, kene bergantung kepada HP Akho untuk membuat lintas lansung.. Sehingga jam 5.30 petang kami di sana.. Sebaik laporan cross-over yang terakhir selesai, kami bergerak pulang ke penginapan rasmi konvoi.. Bilik kami tiada.. Thank God!! Sekurang2nya aku boleh balik awal.. Huwahuwahuwa.. Belum puas aku merasai kegembiraan itu, kami dikhabarkan untuk menghadiri jamuan malam perpisahan.. Makan di sebelah hotel Promeade.. Sebuah restoran seafood yang exclusive dan pertama kali aku masuk juga.. Hahaha!! Kalau ndak di sponsor kompom sampai mati aku ndak masuk tempat tuh.. Kikikiki.. Mandi?? Aku blom mandi tapi dah cuci badan.. Lap2 manja sajaaa.. Baju?? Yeah.. Aku dah tukar kat opiz.. Wangi tak?? Dan tentu.. Aku sembur banyak2 minyak wangi.. Hahaha..

Setelah semuanya selesai, jam 10.30 aku bergerak pulang ke rumah.. Berehat2 di atas tilam sambil sms.. Dan akhirnya.. Aku tertidor sebelum sempat mandi..!!! My Name Is SAAT

No comments: