RAMADAN ITU MENGGAMIT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Malas mau serabutkan minda dengan melayan perasaan sedey.. Sambil dengar lagu "Beribu Sesalan" aku menaip entry ini.. Hurmmm.. Hari ini dah 25 Julai 2011.. Lebih kurang 5 ke 6 hari lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadan.. Malas aku mau memandang terlalu jauh ke depan.. Ndak pa.. Fokus Ramadan dulu.. 

Untuk ramadan kali ini, banyak sungguh perbezaannya.. Yang paling ketara, aku akan berpuasa di tempat yang sungguh jauh dengan keluarga aku.. AKu rasa, aku ndak pernah miss bersahur di hari pertama ramadan bersama keluarga.. Dan kalau ku ingat kembali, menu sahur pada hari pertama ramadan cukup meriah.. Hihihi.. Sampai aku yang sedang menulis ni pun terliur woo.. Bencik!! Aku sungguh merindui saat itu.. Masa aku tingkatan 1, bekalan letrik belom masuk ke kampung.. So, kene pakai lilin.. Tiada yang terkecuali.. Yang besar, yang kecil semua yang ada dalam rumah aku tu di kejutkan.. Mak aku suka buat lawak pagi.. Bangunkan kami dengan mengetuk kuali.. Hahaha.. Telampau jua mamak ni.. Owh.. rindunya saat itu..

Aku bukan jenis yang mudah bergaul.. Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang sombong. Tapi, kalau dah lama kenal, mungkin agak mustahil untuk mengaitkan aku dengan sifat 'malu' dan 'sombong' itu.. Sebab aku sungguh onar punya orang.. Hihihihi.. Jadi, aku ndak lah ikut budak2 kampung pergi bermain alat muzik membangunkan seantero kampung dengan hiruk pikuk mereka.. Terkadang aku tengok juga, siapakah mereka.. Ah! Dari suara ja pun dah boleh kenal.. Kazen aku ada sekali.. Sebab suara dia yang paling spoil keheningan pagi.. Hohohoho..

Kalau masa berbuka lax.. Memang air berperisa plus air batu menjadi pilihan utama.. Aku sangat suka minum bandung.. Dan kitorang sekeluarga memang akan makan berat terus.. Dah tak biasa makan ringan nih.. Tapi sejak aku terbiasa masa belajar dulu.. Aku akan mula dengan kurma dan air putih ja.. Lepas tarawih baru makan berat.. Kalau dulu.. Sebelum maghrib dan selepas tarawih confirm menjadi sungguh nafsu makan.. Hahaha.. Masa di Tawau dulu, aku suka betul dengan Nasi Ayam Berempah di Bazaar Sabindo.. Selalu juga singgah beli Ayam Panggang.. Kalau makcik aku pesan, aku beli lah.. Sebab dah dekat sangat dengan tempat kerja aku masa di Tawau.. Bazaar Fuji Mart.. Tapi untuk kali ini?? Hurmm.. Sederhana saja..

Cerita pasal sahur untuk kali ini, aku bakal bersahur bersendiri.. Yeah.. Yakin sendiri.. Aku sungguh tahu kerana aku tidak dibenar balik. Mau juga curi2 balik, tapi, hari ini aku di kasi tugas untuk menjadi pelapor bersama untuk mengumumkan tarikh bermulanya 1 Ramadan 1432 H.. Kalau ikutkan kebanyakan kalendar, 1 Ogos adalah tarikh itu.. Dan, bermula 2 hingga 15 Ramadan, aku akan berpuasa di jalan raya.. Di arah untuk bersama2 mengikuti Konvoi Merdeka Ramadan 2011 yang akan mengelilingi seluruh Negeri Sabah bermula dan berakhir di Kota Kinabalu.. Fuh~~ Aku dapat rasa kehebatan dugaan itu.. Tapi, aku yakin aku mampu lakukan..

Untuk 15 hari terakhir dalam bulan ramadan, aku akan bertungkus lumus di konti.. Sebab kengkawan aku sebahagian besar dah mula bercuti.. Fuh~~ Aku dah sebak ni.. Huhuhu.. Tapi inilah kehidupan kan.. Tiada cabaran tidak syok.. Kalau asyik gembira ja, tak best gak.. Kalau nagis terus pun lagi lah tak best kan.. Namun, aku ndak menyesal pilih jalan ini.. Aku tahu aku boleh.. Tapi, aku takut aku akan cengeng.. My Name Is SAAT

No comments: