SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hye pembaca sekalian.. Malam ni lewat sket aku update blog.. Sebab aku sungguh sibuk membuang masa.. Maklumlah, orang macam aku sekarang ni ndak boleh duduk diam.. Duduk diam ja mesti terkenang seseorang.. Jadi, inisiatif aku amik sendiri.. Even aku jalan sorang2, tapi, hati aku macam keriangan melihat orang2 di sekeliling aku semuanya gembira.. Ketawa bersama kawan2.. Bertepuk tampar, bergurau senda.. Wahh!! Mesti best tuh kan.. Walau aku berada jauh dari diorang, namun aku masih boleh merasai tempias kegembiraan mereka tuh.. Hurmm..

Berkenaan tajuk hari ini, Yupz!! Aku sangat sedey hari ini.. Pertama, aku asyik mengharapkan 'bulan untuk jatuh ke riba' umpama pungguk yang setia menanti sang bulan yang mempersona.. Salah aku juga sebab mengharapkan sesuatu yang semakin agak mustahil masa ini.. Jadi, aku belajar untuk menerima hakikat bahawa Lambaian itu Semakin Jelas meskipun semakin menjauh.. Sejujurnya, aku tidak mampu untuk melakukan apa2 kini.. Kerana, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.. Sangat frust dengan keadaan ini.. Namun, aku kembali memberi tumpuan kepada kerja aku yang tertangguh sejak semalam.. Maklum lah, hari ini aku kerja pagi.. Jam 10 pagi abez.. Ndak sempat nak buat apa2 di panggil lax untuk attend perbincangan mengenai rakaman Rancangan Raya esok.. Dekat jam 12 gitu baru selesai.. Lepas tuh bergegas pula ke Masjid untuk Solat Jumaat.. Rasa nak sangat tanya someone tapi, aku batalkan ja niat itu.. Biarkan dia melakukan sesuatu untuk hidupnya sendiri.. Sebab aku semakin mengerti kalau kewujudan aku sebelum ini telah menghalang proses dia untuk mengecapi kegembiraan yang diimpikan.. Nampak sangat aku pengongkong kan?? Huwaaa..

Lepas tuh, Abg Man ajak aku pegi menikmati cendol.. Rasa macam berat hati mo pegi.. Tapi, dia pujuk jugak.. Katanya "Ini minggu last sebelum berpuasa.. Jom lah.. Ko tu ndak balik Raya" berdekah2 diorang ketawa.. Aku mengiyakan saja.. "Bah, Ayokk".. Makan sambil berborak.. Tapi, minda aku ntah kemana perginya.. Dalam jam 1.30 semuanya selesai.. Sedap ja aku tengok dia membantai nasi dengan ayam kurma.. "Ndak lah Abg Man, Aku ndak selera.. Mood mau puasa bah ni" Kataku sebaik di pelawa.. Betul bah.. Ndak lapar punn..

Balik ja dari Masjid tuh, aku terus buka lappy.. Consentrate untuk menyambung kerja yang tergendalam semalam.. Sangat komitmen hingga kawan aku ndak berani mo kacau.. Ya la kan.. Mau di preview dengan bos dulu sebelum di upload dalam sistem.. Begitu aku komitmen sampai si Hani mau mintak tolong aku jadi pelakon dalam drama dia pun ku tolak.. Im sory Hani.. Nasib baik dia dapat orang lain :).. Dalam jam 4.30 siap!! Yeehuu.. Ada 3 tugasan lagi menunggu.. Sambil2 tuh, aku bagi tengok ngan bos aku.. Dia pra dengar.. Upsstt!! "Kenapa suara macam robot? Kenapa slow sangat tune? Bla Bla Bla.." Aku dah down gilaa.. Dah lah semua dah aku compile untuk siaran 30 x 2.. OMG!! Akhirnya, malas nak dengar bos membebel.. Aku iyakan ja dan willing to record the new one.. Fuh~~ Sungguh aku down.. Lepas bos aku blah, aku terus pergi ke hotspot aku.. Rasa nak berderai air mata.. Ingatkan bebanan dah ringan.. Rupanya, masih tetap berat!!

Sampai di hotspot, Ada sorang pompuan duduk situ.. Erm.. AKu berani dekat.. Sebab bukan perempuan muda pun.. Owh.. Puan Latifah.. Aku try panggil dia Puan, tapi dia membahaskan diri dia sebagai makcik.. Dari Unit Rakam Khannah.. Tapi, tak elok rasanya aku panggil dia makcik.. Aku try twist panggil dia Kakak.. So, kitorang bercerita lah.. Banyak juga yang dia kongsi dengan aku.. Tiba2 aku sungguh teringat dengan mak aku!! OMG!! Nasihat dia.. Hurmm.. Rupanya dia menanti anak dia di situ untuk mengambil dia.. Lepas dia pulang tuh, aku berabis cool kan diri.. Mo buat rakaman.. Suara mesti cool.. Mood mesti high.. Mencari mood sambil berasap!! Fuhh kanan Fuhh kiri.. Hurmm.. Lepas mood sedikit okay, aku mula masuk bilik editing.. Hilang punca sekejap.. Suara bergetar.. ARgh!! Try my best.. Dalam jam 6.30 siap!!

Balik opis, terus cucuk pendrive dalam lappy.. Mak aii.. Viruss!! Sambil aku memadam virus tuh, tetiba mood sedey datang.. Menerjah dan mencuit hati yang semakin luka.. Dia ruang tengah opiz ada Niza, Saitoh dan Esna sedang buat rakaman menggunakan Sony Recordable Equipt.. Diorang ketawa terbahak2.. Tapi, aku sedikit pun tidak merasa lucu.. Cuba untuk kuatkan semangat.. Menghembuskan nafas panjang.. Namun, aku kalah dengan keadaan.. Cepat2 aku ke belakang dan merebahkan diri di sofa.. Aku tekup muka menggunakan bantal kecik yang ada.. Aku sungguh tidak tahan!! Dan, si tinted yang cengeng sekali lagi menunjukkan aksi dia yang sungguh memalukan!! Aku cuba mengawal esakan agar tidak didegar.. Alhamdulillah.. AKu berjaya..

Agak lama juga aku di belakang tuh.. Sampai diorang semua pulang, aku masih di sana.. Sengaja ndak mau berganjak dari sofa.. Malu wei.. Mata merah.. Miakakaka... Jam 7.30 malam, aku merancang untuk pulang saja.. Berehat di rumah.. Rasa tensen dan down sangat2.. Tapi sebelum tuh, singgah di Terminat Bas Utara (Inanam) untu mengambil kiriman baju melayu yang dititipkan untukku oleh si Aziyan Gie.. Ndak sangka, dalam beg itu ada Baju, Songkok (Bukan milik ku -  SALAH Pack!!) samping, Patut, ***** dan Nota Kecil.. Owh.. Hati semakin meronta mau balik Tawau.. Setibanya aku di Kereta, si Chomel kelihatan lebih bergaya dari biasa.. Sebab ada surat cinta dari Abg Trafik untuk aku.. Owh.. Siyess!! Aku di saman sebab letak kereta di kawasan bukan parking.. Fuh.. RM 30 melayang.. Pheww.. Redho saja...

Sampai di rumah lebih kurang jam 8.30 malam.. Bosan duduk di rumah sensorang, aku jalan lagik.. Kali ni mau pergi pasar malam.. Mencari butang baju melayu.. Sebab baju yang di kirim dengan aku ni teda butang.. Setelah dapat butang baju, aku pergi lax menjelaskan hutang piutang aku yang bertimbun2 itu.. Keta, Insurans, Bil Hp dan Bil Berukbeng serta sang Astro.. Lepas semuanya selesai, barulah aku memandu balik.. Owh!! Dah jam 11.55 sampai rumah.. Dan sepanjang perjalanan balik tuh aku senyummm saja.. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk senyum. Tapi yang pasti, ianya di inspirsasikan oleh seseorang yang semakin aku rindu.. My Name Is SAAT

No comments: