KMR 2011 : EPISOD 1

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pheww!! Lama gila aku ndak update aku punya blog ni kan.. Uhuhu.. Ye lah.. Aku sungguh sibuk dari 1 Ramadan sehinggalah semalam.. Hari ini, jadual aku dah sedikit longgar.. Dan hari2 aku akan mula sibuk sekali lagi apabila mentari pagi memunculkan dirinya esok.. Sebenarnya, selama aku tidak mengupdate blog ni, aku telah mengikuti Konvoi Merdeka Ramadan 2011 (KMR) yang dianjurkan oley Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri. Macam biasa, aku sungguh tidak berminat dengan konvoi ini melainkan satu hal.. Aku akan ambil kesempatan balik Tawau bila geng konvoi sampai di Tawau. Dan itu lah yang telah aku lakukan..

Hari pertama melihatkan aku lambat samapi di Opiz sebab aku terkena jamp yang sungguh teruk. Kebetulan pagi itu hujan turun agak lebat. As usual, apabila hujan turun, maka akan berlaku sedikit kesesakan lalu lintas lah kan.. Sebab masing2 nak berhati2 pandu kereta.. Sedikit tersenggol, buruk akibatnya.. Uhuhuhu.. Last2 aku patah balik dan ikot jalan Tuaran By Pass.. Sebab masa tuh aku ikot Jalan Sepanggar.. Akhirnya, aku selamat sampai di opiz pada jam 9.15.. Masa yang sepatutnya adalah jam 9.00 pagi.. Winkk~~ Relax arr.. Yang pasti aku agak huru hara.. Lepas park si comel, aku terus berlari anak ke arah kenderaan yang siap menanti kedatangan ku.. Di hias penuh ceria dengan Jalur Gemilang.. Kereta kami no.4. Dan itulah kenderaan yang akan aku naik sehingga hari akhir pada 15 Ogos 2011..

Sampai di tempat pelepasan kedua setelah pelepasan pertama dilangsungkan di Masjid Negeri malam semalam oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri, YB Datuk Hj. Nasir Tun Sakaran.. Untuk pelepasan kali kedua kami berkumpul di Komples Sukan Likas.. Ahh!! Recorder aku tinggal!!! OMG~~ Aku call si Jiran mintak tolong sesiapa di opiz untuk hantar ASAP ke lokasi kami sekarang.. Alhamdulillah jam 9.45 si Jiran datang dengan si Niza.. Bawakan recorder aku.. Bukan apa bah.. Untuk merakam ucapan YB dan orang ramai berkenaan MERDEKA.. Selected lah kan.. Yang bertuah akan muncul secara exclusive di radio.. Dalam bentuk jingle..

Dekat2 jam 10pagi... Dengan diiringi oleh kenderaan polis, kami memulakan gerak.. Nampak sangat tiada briefing yang dilakukan keatas pihak polis yang bertugas.. Kecelaruan laluan jelas berlaku.. Satu lalu kiri, satu ikot kanan.. Tidakkan lain namanya tuh.. Hurmm.. Dalam hati aku, inikah cara mereka menguruskan program setelah beberapa kali bermesyuarat?? Aiyoo.. Sandi bah.. Ah.. Malas mau sibu.. Aku menyaksikan pemandangan di luar tingkap.. Ramai yang kelihatan bingung.. terpinga2.. Tidak kurang juga yang kesiukan melambai sakan.. Hihihi.. Aku tersenyum saja..

Jam hampir menunjukkan angka 11 pagi.. Masa tuh kami sudah di Kota Belud.. Tetiba, kami di fahamkan, lokasi yang akan dikunjungi seterusnya akan hanya menyambut kedatangan kami pada pukul 5 petang.. Jadi?? Lugai2 lah kami di Pejabat Daerah Kota Belud.. Aku?? Bodoh!! Dan sungguh bangang perasaan pada masa itu.. Dah ar aku teda kawan.. Broadband ada dalam keta... Itu pakcik driver jalan meninggalkan kami.. Katanya ikot kawan.. "Ok.. Its ok pakcik.. Biarlah" Jawap aku sebelum memutuskan talian telefon.. Redho jak ni.. Aku sungguh bingung ndak tau mo buat apa.. Aku berjalan2 lah mengelilingi bangunan yang bagi aku sungguh unik.. Ah!! Lupa amik gambar lor... Dan, sampai jam 1 tengahari.. Aku tengok kengkawan konvoi yang lain dah masing2 merebahkan diri di kaki lima.. Aiyoo.. Macam pengemis lor.. Nasib baik beramai2.. Aku sungguh ingin marah dengan pihak penganjur.. "What type of scedule yang u arrange nih??" Bentak aku dalam hati.. Nasib baik pose..

Sambil2 aku jalan.. Aku terjumpa sorang lagi pakcik ni.. Kawan pejabat aku.. Aku tanya dia kalau ada plug.. Mo charge lappy.. Dia kasi tunjuk lah aku.. Dan di di dalam bilik Maklumat, Pejabat Penerangan aku menyaksikan movie Big Momas "Like Father Like Son" Hahaha.. Ada aku kesah ketawa berdekah? Pada mulanya aku sungguh mengantuk.. Tapi, movie ni memang buat aku gelak sakan.. Locok!! Hahaha.. Movie tu abis sebelum jam 4.. So, masa yang aku ada aku guna untuk menyalin semua sms dari HP aku untuk dimasukkan ke dalam blog rahsia even pada masa itu aku sedang bersms dengan si dia.. Ngeee :)

Sekitar Majlis Pelancaran

Majlis Simbolik Penyampaian Jalur Gemilang
Antara Kereta Yang 'Menjunjung' Jalur Gemilang ^__^

Di Hadapan Majlis Daerah Kota Belud
Aku Yang Bosan
Dan Sekamik Bosan
Pemandangan Laut Dari Dalam Bilik Hotel Di Kudat

Jam 4.30 siren dibunyikan.. So, bergerak beramai2 ke kenderaan masing2.. Jam 5 terus gerak ke masjid yang dimaksudkan.. Sampai di Masjid tuh, dengar Speaker ADUN sabah berucap.. Lepas tuh sampaikan sumbangan.. Bagi Jalur Gemilang, Buka pose, Solat Maghrib, Moreh dan Solat Isya serta Tarawih.. Lepas tuh Flag Off dan terus kami ke Kudat.. Malam tu jugak.. Jam 11.30 malam kami sampai Kudat. Tempat pertama yang aku cari adalah toilet.. Aiyoo.. Keras pundi kencing.. Hohohoho.. Lepas tuh, Pakcik tuh pegi carik hotel.. Dapat hotel murah.. Sangat berbaloi.. RM 50 jer.. Ada juga hotel mahal.. Tapi aku setuju dengan pakcik tuh, bayar mahal2 pun objektif kita sama.. MAU TIDO.. All equipt pun boley tahan.. Tido lah pakcik dua orang tuh atas katil sementara aku tido without extra bed di lantai.. Tak kisah.. Dah biasa.. Sedap jer aku tido.. Sebelum tido tuh.. Kitorang sahur.. Dalam jam 1 lebey naik bilik.. Cepat jer pakcik tuh mengalunkan muzik Jazz.. Aku?? Layan FB baru tidoo~~ My Name Is SAAT

No comments: