KMR 2011 : EPISOD 2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari kedua kami bermula di Kudat.. Bandar yang pernah digazet sebagai bandar yang paaaaling bersih di Sabah.. Bandar yang terletak di Utara Negeri Sabah.. Bandar yang paling ramai penduduk suku kaum Rungus dan Bajau Pantai Barat.. Terkenal dengan Madu Lebah Asli dan pusat pembuatan Gong terbesar di Sabah..

Hari ni bagun awal.. Jam 6 dah bangun.. Mandi dan segalanya.. Pakcik2 tuh lagi awal bangun.. Dan semalam awal pasang muzik Jazz kan.. Hihihihi.. Diorang dah bersiap baru aku tersedar.. Aku bingkas bangun dan bersiap.. Lepas tuh berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim II.. Yang sangat lucu bagi aku ialah.. Kebanyakan ahli konvoi tidak tahu di mana letaknya sekolah tersebut.. Jadi, HP sangatpenting buat masa ini.. Aku?? Buat bodoh ja di belakang.. Harus tenang dalam apa jua keadaan.. Tengok bagaimana diorang menyelesaikan masalah,, Huhuhu.. Nasib baik, bandar kudat ni tidak lah sebesar mana.. Akhirnya sampai di sana dan disambut dengan paluan kompang dan barisan pelajar yang panjang..

Sesi ucapan sebelum Flag Off disampaikan oleh YB Datuk Bolkiah Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.. Lepas ja kami dilepaskan, kami terus bergerak ke Daerah Pitas.. Sampai di sana terus kami ke pejabat Daerah Pitas.. Flog Off lagi oley Penolong Pegawai Daerah.. Dan perjalanan diteruskan.. Hari ini hari Jumaat.. Langsung tidak singgah mana2 masjid untuk bersembahyang jumaat.. Takpe ar.. Ini kan kes Darurat dan kami dianggap sebagai Musafir.. So, sekali lagi, Islam itu Indah dan sangat mudah :)

Dari pitas kami terus ke Kota Marudu.. Sekali lagi Pejabat Daerah di serbu.. Aku ndak jejak kaki ke tanah.. Terus ja pelepasan.. Semuanya berlaku dengan pantas.. Sebab perjalanan yang panjang bakal kami lalui selepas ini terus ke Sandakan melalui laluan Pitas > Paitan > Nagoh > Sapi > Sandakan.. Dalam perjalanan ke sana.. Laluan sungguh mencabar pemanduan.. Aku kali pertama melalui kawasan ini.. Agak sunyi.. Tapi kabel TM masih ada di sana.. Bermaksud, terdapat kampung yang terperosok dari arus pembangunan di sana.. Sungguh hijau pemandangan.. Dan sesekali aku terlelap kerana terlalu letih duduk.. Daging punggung semakin menipis.. Hahaha.. Sandi wehhh...

Tersedar pada jam 12.45 tengahari.. Kedengaran suara Dj Mirna Ghani di Sandakan Fm.. Huhuhu.. Lagu2nya pun layan lentok gak.. Tetiba lagu opic kedengaran dan minda aku terbang kepada seseorang.. Opst!! Aku lupa untuk wish TGF pada beliau.. Huhuhu.. Dia semayang Jumaat tak?? Hurmm.. Dah penat nak tanya.. Sebab jawapannya sentiasa sama... Aku konsentrate dengar khutbah di radio yang di sabung siar dari Sabah.Fm.. Perjalanan di teruskan.. Terasa jauh pulak kalau ikut jalan Paitan > Nagoh > Sapi ke Sandakan ni yerk.. Sabar menanti.. Sesambil tuh aku mencuci mata dengan menyaksikan pemandangan gunung ganang yang cukup menakjubkan.. Terasa nak amik gambar.. Huhuhu.. Dan akhirnya dalam jam 2 lebey kami tiba di Sandakan.. Kami terus ke Kompleks Sukan Sandakan untuk mendaftar masuk.. Pakcik tuh yang urus.. Aku macam biasa... Ikot saja..

Kali ini dia amik bilik VVIP.. Dalam bilik ada 2 bilik air dan ada ruang tamu juga TV.. Lucu juga aku dengar bilik ni.. Tapi, ternaya pakcik tuh sungguh bijak.. Nak tahu?? Sebelum tuh dia nak amik dua bilik.. Bermaksud salah sorang antara kami harus berkongsi dengan harga semalam RM 50.80.. Bilik VVIP ni pulak baru berharga RM 80.00 semalam.. So?? Kalau bahagi tiga, naaa.. Murah kan!! Hihihi.. Pakcik ni memang bijak.. Tapi aku lagi bijak.. Sebab last2 pakcik tuh yang keluar duit sebab resit hanya boleh keluar sehelai ja.. So, pakcik tuh kluar duit dan dia claim lah nanti.. Hihihihi... Lepas tuh, pakcik tu lagi bijak, invite dua orang ahli konvoi dari Ko-Nelayan join venture tidor dengan kitorang.. Aku dah bingung!! Tapi last2, dua orang membe tu tido di ruang tamu, dan kami tido dalam bilik.. As usual, aku lagi tido di bawah.. Kali ni ada tilam TAPI takder selimut.. OMG!!! Bilik ni ada ekon!! Owh.. Sangat benci dengan kesejukan!! Ayarkk~~~

Hadapan Sekolah SMK Abd. Rahim II

Panjang Nyerrr ^__^

Macam Ralat Jak Ku Rasa.. Hahaha ^__^

Masa nak dekat berbuka, kami bergerak ke Masjid Daerah Sandakan.. Aku upade di FB.. So, kawan aku kat U call.. Dia nak sangat jumpa.. " Sini lah datang di Masjid.. Kita terawih sesama.. Lepas tuh ko bawa aku roonda rondi sekejap.. Then hantar la balik kann" kata aku.. lantas dia jawab "Alalala Ging.. Lambat pulak ku tau ko ada di sandakan bah.. Bapaku dah bawa keta.. Aku dah ndak bulih gerak ni.. Takkan ko mau aku bonceng ko naik moto.. Ko kan ndak mau peluk aku kuat2.. Hahaha" Kikikikiki.. "Sah2 aku ndak mau peluk ko sebab ko gatal..Buduh!!" Aku membalas... Memang bukan rezeki kot.. Nama dia Sabrey.. Kitorang duduk satu bilik masa kat U.. Dia tumpang bilik aku.. Ada sorang lagi yang tumpang bilik aku.. Nama dia Awang.. Hahaha.. Lucu la bah kan.. We olz sangat nakal.. Hahaha.. Wakakakaka!! Nah.. I dah tak boleh berhenti gelaxx.. For sure, diorang banyak ajar aku erti sabar sebab diorang ni suka bikin panas!! Hahaha..

Berhenti Kencing.. Hahaha ^__^

Kereta Rasmi Aku dan Pakcik iteww 

Dapat Kira Kah??

Besh Jer Jumpa Tilam.. Credit To Pakcik ^__^


Lambat juga aku tido malam tuh.. Dekat jam 2.. Main FB ja kerja.. Buhsan betol.. Malam ni pakcik tu tak pulak bunyi Jazz.. Tapi DANGDUT.. Hahahaha.. Malam ni aku main FB sambil makan Roti Keras dan minom Teh Bunga.. Lepas berus gigi.. Aku pun tido~~ My Name Is SAAT

No comments: