KMR 2011 : EPISOD 3

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hariku bermula agak hambar.. Sebab awal2 dah kene tinggal transport.. Bencik sungguh.. Ni semua sebab pertukaran jadual di saat2 akhir.. Macam hampeh jer semangat aku hari ini.. Sepatutnya bergerak jam 9 pagi.. Tapi jadual di tukar last minutes kepada jam 8 pagi.. Padahal aku bagon jam 7.45.. Dah lah aku tak sahor pagi ini.. Fuh!! Sabo je lah..

Pakcik2 tu sume dah siap mandi dan gerak jam 8.Yang aku ni masih terkinja2 bersiap.. Akhirnya, aku menumpang di kereta no.23.. Ko-Nelayan punya krew.. Nasib baek diorang berdua ja.. Abg2 ni baik gak.. Sibuk bercerita dengan aku.. Aku layan jea.. Hihihi.. Apapun, perjalanan diteruskan dari Bandar Sandakan menuju ke Lahad Datu. Abang2 ni pun lambat macam aku gak.. Tapi, diorang lagi lambat sebab aku terpaksa menunggu diorang di lobi Kompleks Sukan Sandakan.. Pelepasan di buat oleh seorang Datuk yang aku dah lupa nama dia.. Haha.. Yang pasti, kami tak dilepaskan pun.. Dengan kemahiran abg ko-nelayan tuh memandu, akhirnya kami berjaya mengejar barisan kenderaan konvoi.. Perjalanan ke Lahad Datu melalui jalan utama. Kami masuk ke kawasan Bukit Garam dan melilau di sana.. Membuat lambaian dan seperti biasa mengagih-agihkan Jalur Gemilang.. Tak lama.. So, tak dapat aku nak berpindah.. Kuat sangat ekon kereta ni.. Abg2 tuh tak perasan agaknya aku dah menggigil kat belakang..

Di Daerah Kinabatangan

Di Perkampungan Bukit Garam
Sampai di Daerah Kinabatangan, baru aku dapat berpindah masuk ke kenderaan rasmi kami.. Maka, aku buat muka monyok.. Malas nak bercakap.. Thankz to Abg2 ko-Nelayan.. Pakcik2 tuh minta maaf.. Katanya terdesak.. Aku mengiyakan saja meskipun sebelum ni diorang juga yang cakap "Walau apa pun yang terjadi, we are in group!" Hah!! Sungguh cakap tak serupa bikin.. Sampai di Pekan Paris, kenderaan konvoi berhenti lagi. Dan di situ aku bertemu dengan seorang budak kecil yang sungguh comel. Nampak sangat dia exited menyambut kedatangan kami. Sibuk dia merebut bendera yang aku kasi.. Dan yang pasti aku ada amik gambar dia.. Hihihi.. Teringin lax nak amik dia jadi adik angkat aku.. Huh!! tak soda diri tol saat, dia dah banyak dah adik kat umah.. Itu pun tak cukup tangan nak melayan.. Kali ni nak amik adik angkat lax.. Hohoho.. Gelojoh!!

Comelkan Adik Ni??
Samoai di Bandar Lahad Datu, benda pertama aku buat ialah membuat panggilan telefon kepada makcik aku yang sakit tuh.. Alhamdulillah, dia dah sihat.. Dah boleh ketawa beso dan dah boleh lari meskipun katanya sendi2nya masih lagi terasa ngilu.. Kesian dia.. Dia stay kat tengah2 bandar Lahad Datu.. Dia buka cawangan kedua kedai Gemilang 24 setelah cawangan pertama memperlihatkan kejayaan di Tawau. Dengar cerita diorang nak buka satu lagi cawangan di Sandakan.. Bertuah sungguh kan makcik aku.. Yea!! Bukan aku.. Hohoho.. Ada gak pasang cita2.. Wait and see lor.. Sebab Nabi dah bagitau, 90 pintu rezeki ada dalam bidang Perniagaan..

Sebelum aku pegi jumpa makcik aku tuh, aku ikot pakcik2 tuh pegi Chek-in kat Hotel Kingston. Bilik untuk 3 orang. Means, katil single ada 3 biji.. Lepas tuh baru aku jalan kaki ke kedai makcik aku yang terletak 500 meter dari hotel tuh.. Aku sangat terkejut!! Sebab makcik aku dah bersiap nak balik Tawau. Owh!! Nampaknya tak dapat ar aku nak bermalam kat umah dia.. So, stay back ngan pakcik2 tu lah.. Jam 4 petang, aku gerak balik ke hotel.. Masa tu makcik aku dah gerak pergi Tawau dah.. Dan kami akan bergerak ke Masjid Bandar Lahad Datu. Di sana, aku berjumpa dengan Kak Lang.. Rakan sekerja aku dulu masa di Tawau.. Wah!! Rindu gilaaa.. Rasa nak jer aku peluk kakak tuh.. Nak jer aku teriak betapa aku rindu dengan dia. Dan yang pasti, dia juga menunjukkan reakasi yang sama.. Fuh!! Sangat aku exited!! Hari tuh, kami tak berbuka di Masjid. Kakak tu ajak aku berbuka dengan krew dari Tawau di luar. "Aku ikut jak" kataku sambil diiringi dengan senyuman kangen..

Kak Lang > Me

Barisan Peserta Konvoi Bergambar Sebelum Meninggalkan Lahad Datu

Pemandangan Dari Bilik Hotel Kami ^__^
Aku, Kak Lang, Abg Francis dan si Cumang berbuka di Restoran Manis.. Lauk dah semakin sedikit sebab kami lambat sampai.. Tapi takper.. Tuntutan perut punya pasal, kami main bedal saja apa yang ada.. Lepas berbuka, kami berkumpul di Silam Hotel lax tempat krew RTM Tawau tido.. Duduk di lobi hotel sambil berborak2 gembira.. Masa tu Bos Baru di Tawau, Encik Ares Arapa ada bersama. Sempat gak kami berbincang untuk permohonan aku balik Tawau. Namun, hambar.. Katanya Pengarah tak nak lepaskan aku balik ke Tawau. "Ko kan Ikon SabahFm.. Mana boleh balik Tawau sudah..:" Uikss.. Menyesal aku terima tawaran ikon tuh.. Ciss!! Rupanya semua dah di atur.. ARghhh!! AKu tension sorang2.. Kami berborak sambil menanti kedatangan Ahli Parlimen Silan Tuan Hj. Salleh Kalbie dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.. Sampai ja beliau, kami makan dan minum2 lagi.. Punya kembung perot aku!!

Yang pasti, pertemuan bersama Yang Berbahagia Tan Sri membuka mata aku mengenai senario politik si Malaysia.. Nada percakapan beliau sungguh menunjukkan dia berusaha untuk melindungi Malaysia daripada musnah akibat rusuhan kaum.. Katanya dua benda yang perlu di jaga.. Iaitu hal2 Agama dan sensitiviti kaum.. Dua benda ini tidak boleh di bawa bermain.. Sedikit ja salah, maka negara akan kucar kacir.. Dan di situ juga aku semakin faham mengapa pelbagai kekangan dan sekatan dikenakan keatas media.. Aku dah semakin faham.. Unsur provokasi sangat berleluasa kini.. Dan, jika kita tidak mampu mempertahankan kemerdekaan negara, maka kita harus bersedia untuk hidup kucar kacir katanya.. Hurmm.. Thankz a lot Tan Sri.. Yang pasti, Puan Sri sungguh anggun!! Barangan kemas, jangan cakap.. Tan Sri biasa2 ja.. :)

Bersama Tan Sri Pandikar Amin
Lepas sesi dialog ringkas berlangsung, Tan Sri meminta diri untuk pulang. katanya akan terus bergerak balik ke Sandakan.. Wow!! Jauh tu.. Aku membiarkan saja.. Tuan Hj. Salleh Kalbie mengajak kami makan lagik.. Argh!! "Tak nak kak.. Tengok ni perut.." Huhuhu.. Dan akhirnya kami berjaya melepaskan diri.. Tapi, kena pulak keluar untuk bersama dengan pendengar di Lahad Datu.. Owh!! Penat yang tidak tertanggung.. Ikot saja lah.. Diorang pendengar membawa kami makan di salah sebuah gerai pendegar (Kak Cia) di Taman Aman 3.. Makan Nasi Lalap.. Fuh.. Aku makan sikit ja.. Ndak bulih sudah ni.. Huhuhu.. Alhamdulillah.. Dekat2 jam 12 baru balik.. Mandi dan mau tido.. Sms my BFF.. Mintak izin untuk tido.. Sebab mata aku sudah sangat rabak.. Dan dia suh tido lah.. Namun, aku boleh merasakan kalau dia tengah marah.. Aku membatalkan niat untuk tido.. Aku bersedia untuk menemani dia sebab katanya si Sahabat dan si Jipun tuh ignore dia.. Aiyarkk.. Aku nak teman lah ni.. Mana tau dia suh jugak aku tido.. Katanya, jangan sampai dia berbahasa Inggeris.. Owh!! Takutnyer.. So, aku balas ringkas.. "Ok" Dan mood aku sungguh lahanat sehinggalah aku tertidor sendiri.. My Name Is SAAT 

No comments: