KMR 2011 : EPISOD 4 & 5

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Yay!!! Hari yang aku nanti akhirnya tiba!! Fuh.. Tidak sabar untuk bertemu mereka yang aku rindui.. Yes!! Akhirnya.. Pagi ini jam 8 pagi kami bergerak meninggalkan Bandar Lahad Datu menuju ke daerah kelahiran ku.. Tawau!!! Dan aku telah membuat jadual pertemuan dengan semua orang yang aku rindu di sana!! Yezzaaa.. Wah.. Macam artis lax kan berjadual segala.. Hahhaa.. Sungguh exited!!! Sepanjang perjalanan hati aku berbunga dan bernyanyi riang!! Aku dapat membayangkan jiwa aku bersatu di sana nanti.. OMG!! So Exited!! Hahaha.. Sampai di pesisir bandar Tawau, kami singgah seketika di Rumah Anak Yatim Aroudhah.. Masa bersalam dengan mereka tuh, aku rasa sayu.. Ndak sabar jumpa adik2 bah..

Dalam jam 12 tengahari kami sampai di Perbandaran Tawau.. Pakcik2 tu turunkan aku di bawah flat rumah makcik aku.. Dan, makcik aku yang di Lahad Datu dah sampai semalam.. Dan, anak2 dia menyambut aku dengan teriakan.. "Asa"!!! Hahaha.. Yezza.. Itu nama aku yang di kasi oley keluarga2 aku.. Mak dan Bapak aku panggil aku lain lax.. Adik2 aku panggil aku pun lain jugak.. Hihihi.. AKu letak barang dan terus melepaskan rindu.. Ketawa.. Semua ada.. Ndak lama.. Kejap ja pun.. Belum sempat aku mintak diri untuk pulang, makcik aku mintak tolong dengan aku untuk baiki paip air dia yang pecah di tingkat dua.. So, aku pegilah buat.. Semua peralatan ku kumpul dan aku turun dengan anak kecil makcik aku.. Si Aymin Amyrul nama dia.. Agak tumpis budak ini.. So, aku ndak la kesunyian kan.. Hahaha.. Lucu jaa dia.. Banyak cerita dia.. Dalam jam 3, siap! Dan aku bersiap sedia balik kampung.. Ndak banyak barang ku bawa.. Yang paling penting wallet.. Hihihihii..

So, balik umah naik bas dan minta tolong bapak amik di jalan masuk.. Sampai umah, waktu berbuka belum masuk lagi.. Adik2 kelihatan sungguh gembira.. Aiyoo!! Mau menitik air mata aku menjejakkan kaki ke mahligai usang itu.. Ini kali lah!! Lama sungguh aku tinggalkan rumah.. Aku peluk adik2 aku yang kecik.. Yang beso?? Nak kene penampo!! Haha.. Aku usik2 ja adik2 aku.. Untuk adik lelaki aku "Wah!! E-One.. Rindunya abang sama kau ni.. Kurusnya ko dek.. Jangan jugak di paksa kerja bah.." Dia senyum2 ja.. Adik lelaki aku yang bongsu "Huii.. Malu2 lagi bah sama abgnya.. Ndak rindu abg kah?" soal ku "Rindu.. Pinjam henpon!!" Jawabnya.. Aku kasi ja.. Main game lah tu.. Hihihi.. Bahagia ja.. Mak Aku?? Owh.. Jangan cakap lah.. Peluk memang kuat2.. Hihihi.. TIDAK NAGIS PUN!! Bapak aku?? Salam cium tangan.. DIa sihat ja.. "Aik pak, macam besar suda tu perut" Dia ketawa.. Hahaha.. Yang pasti, respond mak bapak aku, Aku kelihatan Kurus dan Hitam!!" OMG!! Iya meh?? Mana ada.. Putihnya la bah anak mu ni.. Hahaha.. Sandi jua.." Keheningan malam berlangsung dengan begitu memberikan kebahagiaan kepada aku..

Masa mau balik, sekali lagi aku sedey.. Mak dan bapak aku salam.. Adik2 aku siap dah bagi duit raya.. Yang kecik2 jak.. Yang besar tak payah!! Pandai dah cari duit sendiri.. Anak buah aku?? Waa... Paling gembira ni sebab dia suka ngan kepala botak aku.. Katanya macam Eric Leong.. Iya meh?? Mak aku cakap, kalau dia nampak Eric di TV mesti dia cakap "Mamak, palanya botak macam Abg Taca" Hahaha.. DIa agak pemalu dengan aku. Mungkin sebab dia tidak membesar disekitar aku.. Tapi akhirnya, dia juga yang paling suka duduk di peha aku.. Comel plus becok!! Chess... Dan seperti yang dijanjikan, aku balik dengan deraian air mata.. Bukan depan mak aku.. Tapi dalam bas!! Haiyarkk!! Aku ndak bulih tahan nih.. Nasib baik ada speak murah.. Hohoho...

Sampai rumah makcik, aku relax saja.. "Jadi, hepi jugak?" soalnya.. "Eh, mestilah.. Lamanya kan aku ndak balik sini.. Banyak sudah berubah ni Tawau.. Banyak suda raksasa udang.. Hihihi" Balas ku sambil ketawa.. "Bah jadi, hari ini kamu di mana??" soalnya.. Aku menjelaskan kalau hari ini kami berbuka di Masjid Kampung Titingan bersama YB Datuk Hj. Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan. Macam biasa, aku berkumpul di pejabat lama aku.. Wah!!! Gila!! Rinduuu... Heboh seketika pejabat oley aku.. Hahaha.. Semuanya masih macam dulu.. Sebab aku ja yang paling rajin mengubah suai pejabat kami tuh.. Kak Zee.. OMG!! Rindu dengan hilaian tawa dia.. Gilaaa.. Suasana sungguh girang kerana aku.. Seketika kami melupakan "kes" aku yang tersebar di sana.. Sebab mereka memahami kedudukan aku.. Diorang cukup kenal siapa aku.. Aku juga tidak membuatkan "kes" itu sebagai alasan untuk aku jauhi mereka.. Yeah!! jom.. Bergilakkkk... Hahaha.. Hebatnya!!!

Buka puasa beramai2 di Gerai Gado2 berdekatan dengan Masjid.. Bos2 ja berbuka di Masjid.. Akibat terlalu gembira.. Aku mengeluarkan sedikit bajet untuk di kongsi bersama kawan2 di sana.. Marah juga diorang.. Sebab diorang tahu kalau aku memerlukan duit yang banyak sepanjang berkonvoi.. Iyelah.. Penginapan dan makan minum tidak disediakan especially sahur.. Takper.. Janji aku bahagia.. Jangan berkira sangat bab2 makan ni.. Kan?? Makan Gado-Gado Pedas dan Cendol.. Yummy!! Bahagia sungguh aku.. Dan malam itu juga, kengkawan t-vac aku ajak jumpa.. So, siap ja semua dalam jam 10 malam.. Kami berjumpa di tempat yang di janjikan.. Si Azizan datang ke rumah amik aku.. Dan, kami ketawa2 gila sampaiii jam 1 pagi.. Hahaha.. Bahagia sungguh!! Inilah kehidupan yang aku rindui selama ini.. DAN!!! Masa di Masjid tuh, aku terlihat kelibat si Mohd. Zafrin Nordin. Upsttt.. Ada anak ikan baru.. Dua ekor.. Hahaha.. Ada aku kesah?? Macam yang aku janjikan, aku adalah orang paling sombong di hadapan dia.. Nasib baik dia agak jauh.. Tak lama lepas tuh dia hilang.. Hahahaha.. Tau sangat dah kalau dia meluat tengok muka aku.. Hey!! Ada aku kisah??

Gado Gado dan Cendol ^__^

Kak Zee > Me > Aziyan Gie

Aku sangat manja sama ini orang.. Abg Tam!!

Kak Lang > Me > Kak Mas > Aziyan Gie

Kak Lang > Kak Mas > Cik Pit > Aziyan Gie > Kak Zee > Me

Aziyan Gie > Amin > Me > Kak Lang

Senyum Terusss ^__^

Sekitar Sambutan Konvoi

Sentiasa Bersedia Depan Kamera!

Ngeee ^__^
Yang pasti, dua hari berkampung di Tawau memberikan satu pengalaman yang cukup membahagiakan.. Aku tidak pernah lepas mengukirkan senyuman meskipun my BFF seakan2 menjauh.. Sebab katanya nak kasi peluang untuk aku bersama keluarga.. Heii.. Kebahagiaan aku takkan sempurna tanpa kamu!! Dan, dalam jam 1.30 pagi baru aku melelapkan mata.. Senyum terukir tidak putus2.. Fuh!! Aku puas.. My Name Is SAAT

No comments: