KENA MARAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Uhuk~~ Uhuk~~ Penat sungguh hari ini.. Sangat penat lor.. Tapi tak leh nak mengeloh.. Inilah sebahagian daripada rezeki aku hari ini.. Banyak yang di belajar dan semestinya berguna untuk panduan hidop.. Hari ini datang opiz awal daripada biasa.. Hari ini aku Ging Bubut dengan Niza, Kak Flo, Yati, Mak Hayy dan si Hani.. Kami ke City Mall.. Sesambil carik baju untuk Kemuncak Mencari Bintang yang akan berlangsung pada Ahad ini.. Tema Itam Merah.. Hadoi~~ Habis lah..

Oikzz..Asal tajuk entry aku macam tu laks?? Sape marah?? Huhuhuhu.. Yepz.. Hari ni aku kene marah ngan HMAM.. Sebab semalam aku ndak balas mesej dia. Begitu juga dengan hari ini. Bukan ndak balas sebenarnya.. Cuma lambat balas.. Im really sorry.. Tidak bermaksud pun untuk tidak melayan u.. First of all, semalam HP kat bawak seat kereta.. Hari ini pulak, kebetulan tyme dia sms tuh, aku tengah sampaikan rumusan kursus NLP yang aku terima semasa di kuching dulu.. Aku minta maaf sesangat.. Tapi, macam dia ndak bulih terima.. So, what should i do?? Takkan aku mau paksa dia.. Sedangkan aku tau, dia ndak suka kalau aku paksa-paksa dia.. Hurmm.. Just take ur tyme HMAM..


Satu yang kamurang mesti tau.. HP aku murah jerk.. HP CSL.. Bunyik dia sangat nyaring.. Dan aku beli HP ini dengan 1 motif ja.. Alarm.. Untuk kasi kejot aku bangun pagi.. Alhamdulillah.. Its usefull sesangat.. lepas tuh aku dapat tahu kalau HP ni boleh copy sms ke kad sim. And from kad sim bleh lax copy ke lappy.. And itu yang aku buat.. Sume sms dari si HMAM aku copy dan aku salin ke dalam blog.. Tapi sume tuh dah aku delete.. Ntah kenapa aku sanggup buat macam tuh.. Padahal sume bende dari dia aku sayang.. Kalau boleh aku ndak mau hilang sume bende tuh.. Sure aku menyesal.. Aku harap, Tuhan ndak amik nikmat ingatan yang dia anugerahkan pada semua hambanya.. Supaya aku boleh terus ingat setiap detik peristiwa aku dengan dia..

Dulu, HP ini sentiasa tersimpan dalam poket sluar aku.. Dan HP ini sentiasa berada dalam mod silent.. Jangan silap lax.. Walaupun dalam mode silent, Alarm dia tetap akan berdering nyaring pada waktu yang ditetapkan.. Aku adalah orang yang sangat sibuk melayan sms bermula jam 10 pagi sampailah malam.. Namun, bermula hujung tahun 2011 lalu, keadaan itu sudah semakin dingin.. Just place me on the positive side.. Dia sibuk.. Dan, kalau sudah begitu, HP aku memang tidak akan berbunyi melainkan sekali dua.. Dari bos atau dari kengkawan yang jauh.. Layan ndak layan ja pown.. Sebab mood aku kalau dia ndak sms memang sungguh sial.. Terapi 'Diam Kau Sana' akan mengambil tempat lor..

Ntah ar.. Aku sanggup buat apa sahaja untuk memastikan dia gembira.. Namun, kekadang aku menjadi keliru bila sesuatu yang aku buat itu mengundang rasa marah pada dia. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan meminta maaf?? Kekadang terfikir jugak aku, adakah dia sudah bosan dengan karenah aku yang selalu mendatangkan amarah pada dirinya?? Dan bila itu berlaku, aku mula membayangkan kaedah untuk menghdindarkan diri daripada dia.. Namun persoalan lain lax timbul.. Adakah aku boleh hidop tanpa dia?? Hidup tu memang lah.. Tapi, akan adakah kebahagiaan cinta dengan aku lagi?? Hurmm.. Tapi, kalau perpisahan adalah jawapan untuk kebahagiaan dia, aku sedia menggalas kesedihan.. Yang penting, aku mau dia berterus terang.. Cuma satu ja yang aku harapkan dari dia.. Semoga tidak ada rasa penyesalan selama berhubungan dengan aku..

Kalau dah kena marah begini, rasa sedih dalam hati tu memang akan cepat ja menyuntik gen untuk mengalirkan air mata.. Bilakah agaknya aku bisa menjadi seorang lelaki yang gagah tanpa air mata??

>>My Name Is SAAT

No comments: