MENUNGGU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Apa khabar korang ni ari?? harapan aku semoga semuanya sihat lah k.. Mood sangat tidak baik semalam.. Menunggu sms dibalas bermula jam 5 petang sampai lah jam 10.24 malam baru dapat balasan. Masa tu aku memang sudah tidor. Secara tidak tersengaja. Lepak di atas tilam dalam keadaan yang belom mandi. Tengok ja HP ada mizcall dan ada jugak text yang masuk. Makcik aku call.. Tapi, HP aku kan silent.. Huhuhuhu.. Dah lama kasi silent. Ndak aku kasi bunyik dia sebab bunyik dia sungguh mengejutkan dan sangat nyaring. Sms lax aku terima dari sang Arjuna. "Da tido ke.." Lebih kurang macam tu bunyik sms dia. Aku rasa mo balas. Tapi bila tengok jam, sure dia sudah tidor.. Ok.. Melangkah longlai menggapai towel dan masuk ke bilik mandi...

Dalam bilik mandi tuh aku terfikir.. Bagaimana agaknya perasaan dia kalau aku cakap ke dia yang aku terpaksa menunggu sms dari dia sehingga tertidur?? Ya ar.. Dia selalu memprsoalkan kalau aku lewat menghantar sms 30 minit, 1 jam atau mungkin langsung tidak membalas.. Bukan aku mau membalas dendam.. Tidk.. Langsung tiada niat begitu.. Aku sayang dia woii.. Tapi, seharusnya dia sedar, kalau sesuatu benda tu tidak suka dilakukan keatas dia, maka perkara itu seharusnya juga dia ndak buat pada orang lain.. Hurmm.. Sekadar mengambil hati, mungkin dia sibuk agaknya..
Kamurang mau tau ka, sebelum-sebelum ni, dia ndak begini tau.. Dia sentiasa tepat dengan sms nya. Sentiasa tepat menghantar sms dan tidak mengira masa.. Kekadang dari jam 10 pagi sampai jam 10 malam atau mungkin sampai jam 1 pagi kami bersms.. Yeah.. Tu masa dulu.. Masa sedang hangat dilambung ombak cinta.. Dan sekarang ni, aku ndak tau dimana silapnya.. Dan aku ndak tau bagaimana ini boleh terjadi. Aku ndak salahkan dia.. Sebab dalam hal ini kami dua-dua memainkan peranan.. Tapi, aku ndak kisah kalau aku di salahkan.. Sebab sebagai manusia biasa, aku selalu ndak sedar ila aku melakukan kesilapan. Dan demi untuk menyelamatkan cinta aku, maka kata maaf itu aku kirimkan..

Dalam pertemuan kami di FB lewat 2010 yang lalu, dia yang dulu menginginkan aku. Masa tuh aku sungguh kosong. Tiada pengalaman bercinta. Dan dialah orang yang telah memberikan pengalaman cinta yang sungguh hebat. Dan aku sungguh komitmen untuk menjaga cinta ini.. Namun, aku tidak boleh memaksa dia kalau sudah cinta itu hilang dari hati dia.. Atau mungkin cinta dia pada orang lain lebih kuat berbanding dengan aku.. Hurmm.. Menunggu.. Ya! Aku sanggup menunggu.. Kerana cinta aku dengan dia bukan main-main!!

>> My Name Is SAAT

No comments: