NO LONGGER KNOWiNG YOU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Hari ini kan sudah masuk 5 Januari 2011.. Semalam ndak sempat update apa2 entry pun.. Kenapa kah?? Huwahuwa.. Aku pergi makan ngan kengkawan di Karamunsing Capital then amik kawan di epot.. Lucu lah dia tuh.. ndakkan pernah lupa ni.. Huhuhuhu..

Hurmmm.. Hari ini aku buat kerja gila sket.. Setelah satu kerosakan pada hati dia lagi aku lakukan semalam. Aku tau kalau ada secebis rasa marah dalam hati dia. Cuma dia ndak mau luah ja. Entah kenapa.. Padahal itu yang aku mau sebenarnya.. Rasa exited untuk berhubung dengan dia semalam punah sebaik dia mengirimkan pesanan berbunyi "U paham tulisan bahasa Melayu kan..." Hurmm.. Ok, i tau kalau i tak suka nak paksa dia. Dan as what i promised last night, hari ini aku telah laksanakan. Menghantar beberapa sms kepada dia bermula jam 5 pagi sampailah dekat2 jam 5 petang. Semuanya sebagai tanda aku mengingati dia setiap minit. Hurmm.. Kalau ikotkan hati aku ni, banyak lagi sms yang akan aku hantar.. Cuma barangkali perasaan takut akan mengganggu dia yang telah menghalang semuanya. Thankz to it. Nyata, jam 5.40 lebih kurang, dia ada sms, dia cakap aku dah buat HP dia bunyik masa dia tengah meeting.. Dan dia minta aku untuk tidak mengulanginya lagi. So, what to do.. Just say YES BOS!


Aku ndak tau macam mana mo cakap. Sampai skung ni aku rasa macam aku sudah tidak mengenali siapakah sebenarnya dia. Bayangan itu semakin kabur. Aku cuba untuk mendekatinya, tapi, aku ndak tau kenapa hati aku ni rasa seperti dia edang menjauh. Kalau ikutkan hati, mau saja aku putuskan semua ini. Sebab aku sedang merasa bahawa dia terrrrpaksa untuk bersama aku. Terpaksa untuk melakukan semuanya kepada aku. Atau mungkin dia ada masalah lain yang dia ndak kasi tau aku?? Hurmm.. Sumpah!! Aku ndak kenal sudah sapa kau yang sebenarnya.. Tolonglah aku.. Macam banyak perlakuan ko yang dulu beza dengan sekarang ni.. Aku ndak kisah kalau ko sudah ndak suka sama aku.. Tapi, tolonglah CAKAP!! Aku boleh terima lah.. Yang aku sukar untuk terima adalah bila ia melibatkan hati yang terpaksa.. Pokok takkan goyang kalau teda orang yang menggoncang.. Tepuk sebelah tangan manakan berbunyi wahai sayangg..

Sangat banyak perbezaan. Paling ketara adalah sms.. Semua sms yang aku terima kini kosong.. Tiada feel aku membacanya. Adakah semata-mata aku yang terlalu mengambil berat dengan ko?? Atau adakah aku yang sedang memikirkan sesuatu secara berlebihan?? Dear.. Aku ndak salahkan ko pun.. Tapi, pliss.. Aku cuma mau ko jujur ja dengan aku.. Itu ja.. Kalau ada apa2 yang berlaku, cakap ja terus terang.. Kalau ko cakap "AKU SUDAH TIDAK CINTA SAMA KAU... AKU SUDAH TIDAK SAYANG SAMA KAU.. AKU SUDAH ADA ORANG LAIN.." Then what should i do?? Fine.. Just go with ur life lah.. Aku bersedia untuk berhenti dari menghampiri kamu.. Jangan risau lah pasal aku.. Sebulan dua tu memang lah aku sengsara.. Tapi, kalau sudah masuk bulan ketiga dan seterusnya, its gonna be fine.. Nothing to worry...

Sumpah!! Aku rasa macam aku sedang bersms dengan orang asing. Sepatah di tanya, sepatah di jawab.. Rasa mesra tu sudah hilang. Aku pun ndak tau kemana.. Aku sangat tau pasal diri aku. Tapi, aku ndak tau bagaimana dengan kau.. Yang jelas sekarang ni, aku rasa, aku lihat dan aku fikir.. Aku sudah tidak kenal dengan kamu.. Im sorry!!!

>>My Name Is SAAT

No comments: