RiSAU

Assalamualikum dan Salam Satu Malaysia..

Hye Fellaz!!
Sihat kah? Huhuhu.. Alhamdulillah.. Syukur di panjatkan sebab hari ni aku masih diberi peluang untuk mencatatkan sesuatu di blog terchenta aku ni.. Ye ar.. Teda tempat lain lagi untuk aku meluah semua permasalahan aku melainkan di sini.. Huhuhu..

Hari ini aku rajin banar deh~~ Bangon awal dalam jam 5.30 pagi.. Aku tidor depan tv.. Si Jan dan si Wan tidor dalam bilik aku.. Malas mau bersesak-sesak.. Kecik ja pun bilik kan.. So, amik inisiatif angkat tilam dan tidor sana.. Selesa jak.. Hihihi.. Sebelom g kerja aku goreng nasik goreng untuk diorang.. Alangkah hampa hati bila nengok tu nasik diorang ndak makan.. Ah, biarlah.. Yang penting aku dah sedia.. Sure, besok pagi aku ndak sedia apa-apa sudah.. Hihihi~~


Again, pagi tadi kahak berdarah itu keluar lagik.. Kuantitinya masih lagi sama.. Begitu jugak.. Then, aku pasang niat untuk cari tahu kenapa dan apa itu sebenarnya.. Sampai ja di opiz.. Aku tengok si Jiran sudah stay di depan komputer.. Menengok Ombak Rindu dia.. Aku pa lagi, terus ganggu dia dan nyatakan masalah aku.. Uhuhu.. Amik kesempatan search kat Internet.. Ouch!! Terkejutnya aku.. Semua pun penyakit yang ganass.. Jangkitan pada paru-paru.. Tekak luka, Kanser dan Batuk Kering.. Homagadd!! Risau itu terus menyusup masuk ke jiwa..

Mood terus berubah.. Aku rasa macam hidop aku ni sudah tidak lama.. hurmm.. Adakah cita-cita aku untuk mati lebih awal dari kedua orang tua aku akan tercapai?? Tapi.. Aku belum bersedia untuk itu!! Ya Allah!!.. Mood sendu terus melanda.. Tapi, dek keributan kawan-kawan yang agak sibuk dengan Majlis Hari Keluarga sedikit merubah mood aku.. Tetiba aku lupa dengan perkara itu.. Eh! Hari ini hari jumaat kan.. Huhuhu.. Sendu lagik.. Yea.. Teringat dengan T.G.I.F itu.. Diorang yang ajar aku menggunakan perkataan itu.. Sebelum ni aku ndak tau pun apa bendanya tuh.. Hurmmm.. Biarkan saja ia berlalu begitu..

Hari ini, aku berGing Bubut dengan si jiran.. Kami dua jak. Sebab yang lain sibuk mengurus Famlily Day.. Kami ber GB pun terlibat jugak.. Terpaksa pergi ke Papar untuk mengambil hadiah yang disumbangkan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Sirlin.. Lepas amik hadiah tu kami balik. Aku ndak sembahyang pun!! Si jiran marah.. Tapi dalam hati jak tu.. Huhuhu.. Yea.. Rasa bersalah ni.. Sure, banyak yang kami cerita sepanjang jalan.. Aku kasi tau dia semua pasal kehidupan aku yang sudah jauh menyimpang.. Pasal hubungan aku yang sudah putus.. Dan pasal kebodohan aku yang telah melakukan sesuatu yang lagi buruk dari meminum kencing syaitan itu.. Kami berdua bersetuju kalau cinta boleh membuatkan kita jadi bodoh! Hurmm.. Sayang.. Semuanya kerana sayang.. Dan aku langsung tidak menyesal..

Lepas tuh, singgah makan Nasi Kuning di sebuah restoran yang pernah diketengahkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di tv3!! Tiga kali berpusing-pusing di sekitar kepayan, baru kami berjumpa dengan tempat yang dimaksudkan. Superbb!! Sedap..  Lepas tuh, kami panggil Mak Hayy untuk joint sekali.. Bercerita lah kami sana.. Lepas semuanya selesai, kami pun balik ke opiz.. Mak Hayy terus balik umah lor.. Sebab rumah dia sudah ndak jauh.. Plus, dia mau tidor sebab malam ni dia mau tengok pertandingan Mr Gorges peringkat Separuh Akhir.. Mau jugak ikot, tapi, aku teda duit dan aku kerja awal pagi esok.. So, Padamkan saja niat itu..

Lepas tuh, dalam jam 6 petang, aku buat rakaman carta dengan si Niza.. Lepas buat rakaman tuh aku clean sound lax.. Buat Jingle untuk Bakat i- Akustik 2012 dan kasi repair sigtune berita ringkas seperti yang diminta dalam mesyuarat. Semuanya selesai dalam jam 9.30 malam.. Si Jan sudah menunggu aku di luar pagar RTM. Katanya mau p cari si Kodek.. Okeyzz.. Then, kami jumpa si Kodek di Pasar Malam sebelah Pasar Besar KK.. Sibuk diorang berbincang. Aku laks sibuk dengan HP aku. Tengah mesej dengan sorang kawan baharu yang ku jumpa di Tagged.. Mesej guna watsapp.. Dia sangat amik berat pasal aku. Sah-sah aku risau.. Huhuhuhu.. Kalau orang terlalu baik dengan kita, susah kita nak jaga dia.. Entah kenapa aku begitu jujur dengan dia. Semua pun aku cakap tanpa selindung.. Thankz Mie sebab memahami.. Aku cuma ndak mau kisah lama berulang.. Yes!! Aku sangat perlukan kawan.. Seseorang untuk menemani aku.. Macam aku ngan si Abg Beso.. Skung kami dah ignoring each other.. Biarlah dulu kan.. Memasing ada hidop sendiri.. Nanti lelama, pandailah dia cari aku tuh.. Aku?? Insya-Allah.. Aku cuma takut dia ndak selesa ja..

Dalam jam 10.45 aku gtau si Jan supaya balik.. Sebab esok kan mau kerja pagi.. Dia akur dan kami pun balik lah.. AKu dah mandi pun.. Dan sepatutnya aku dah tidor.. Tapi, mata blom mengantuk. Plus, aku teringat kalau aku belum update cerita dekat blog ini.. Then.. Inilah ceritanya.. Rindu sangat dengan dia.. Tapi, aku masih bisa bertahan.. Lagu 'Sebagai Teman' dari Datuk Siti dan Krisdayanti aku ulang dengar dari pejabat sampailah di rumah dan sebaliknya.. Hurmm.. Yeah!! Semua salah aku..

>>My Name Is SAAT

No comments: