TIGA PERKARA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Huhuhuhuhu.. Sengsara!! Itu ja yang boleh aku ungkapkan dengan kehidupan aku skung ni.. Ndak tau mana satu jalan yang perlu aku jalan dulu.. Tapi memang sengsara.. Semua masalah datang serentak dengan aku.. Dan aku sendirian melaluinya.. Aku tau aku boleh.. Aku yakin kalau aku bisa melaluinya.. Tapi, aku ndak da semangat untuk mencabar diri sendiri..

Kuasa minda! Ya.. Tapi, minda aku sepenuhnya di kuasai oleh masalah.. Dan masalah yang paling sadis adalah peninggalan si Sang Arjuna ke atas diri aku.. Huhuhuhu.. Betul cakap si Lenka.. Trouble is a Friends.. Dan sesungguhnya ujian ini diturunkan pada aku mengajar agar menjadi seorang insan yang lebih tabah dalam menghadapi liku-liku hidup di dunia..


Bapak aku.. Hari terakhir aku di Tawau dia di timpa kecederaan di dahi.. Dahi dia rabak sebab ditimpa kepala lori.. Susah nak terangkan sebab masa tu aku tidak berada di tempat kejadian.. Aku hanya mampu membuat panggilan kepada mak aku.. Dia cakap, luka itu tidak dalam tapi menampakkan daging kepala dia. Tengkorak tak pulak dia sebut. Panjang luka lebih kurang jari telunjuk.. Aku harap bapak aku sihat saja.. Aku tanya kalau sudah pegi hospital ke tidak? Mak aku cakap, bakap aku ndak mau pigi hospital.. Aku ndak tau kenapa dia ndak mau pigi walaupun sudah dipaksa oleh adik-adik aku yang lain.. Mak aku hanya mampu mengiyakan saja kehendak dia. Di letakkan dengan sarang telur labah-labah yang selalu terdapat di dinding, juga di letakkan dengan minyak paku.. Sejenis minyak yang dicampur dengan sejenis kumbang terbang yang telah mati.. Memang sangat tradisional.. Kejadian tu berlaku petang.. Tapi aku dikhabarkan perkara itu pada keesokan harinya.. Hari yang aku mesti balik Kota Kinabalu.. Arghhh~~ Aku cuma berdoa dan mengharapkan yang tebaik untuk bapak aku..

Tidak sekadar itu, aku menghubungi bapak aku setelah mengetahui perkhabaran itu.. Adik aku si Ewan yang sms. Dia cakap, walaupun luka, bapak tetap mau pigi kerja.. Menurut mak aku, bapak aku berkeras jugak mo pergi kerja sebab buah sawit yang dia angkut belom mencecah 100 tan.. Oh!! Ada apa dengan wang ringgit bapakku?? Masa aku call, dia sedang memandu menuju ke lokasi angkutan buah sawit.. Dia cakap dia dah ok.. Langsung ndak rasa sakit.. Dia cakap, mak aku dah pesan jugak untuk singgah kat klinik di Balung tuh.. Hurmm.. Aku cakap ke dia, bukan sebab sakit sekarang.. Risau kalau ada gegaran pada otak, terkena jangkitan kuman, dan kesan sampingan masa depan.. Bapak aku diam jak.. Aku suh dia hati-hati bawak lori.. Jangan lupa pergi ke Klinik nanti.. Dia mengiyakan saja..

Itu cerita pasal bapak aku.. Adik aku lax.. Tragedi dia kena tampar oleh nenek aku di rumah makcik aku di Lahad Datu membuatkan dia lari menghilang diri entah kemana.. Kejadian sudah berlaku beberapa minggu.. Tapi aku hanya dikhabarkan mengenai cerita ini bila aku sampai di Tawau.. Argh~~ Aku sudah menduga mengenai perkara ini. Aku kenal sangat dengan adik aku yang suka memberontak.. Kalau dulu, aku ndak mau dia pergi ke Lahad Datu.. Kerja di sana dengan makcik aku.. Tapi, semua orang yakin.. Dia akan berubah disana.. Dia tiada kawan.. Dia hanya ada makcik ku di sana.. Jadi, dia tidak akan melilau sesuka hatinya.. Mak aku hanya mengiyakan saja.. Hurmm.. Aku sendiri pun rasa macam berbelah bahagi.. Macam mana tu ar?? Hurmm.. Akhirnya aku hanya menurut.. Dia kerja di sana sudah masuk tahun yang ke-2.. Dan perangai dia sudah menjadik-jadik.. Mak aku dah puas nasihat dia. Aunty aku pun begitu juga.. Aku?? Aku cuma berdiam saja.. Sebab aku ndak mau dia tertekan dengan kehendak semua orang sehingga dia terpaksa bergerak bukan mengikut kehendak hatinya.. 

Nenek aku yang tinggal di Tongod datang melawat cucu dia di Lahad Datu.. Dan kejadian itu bermula.. Arghh~~ Sekali lagi aku lemah.. Aku ndak tau macam mana mau selesaikan perkara ini.. Secara tidak sengaja ayat ini keluar dari mulut aku "Dia sudah pandai cari makan, Dia sudah ada orang yang dia sayang.. Biarkan lah dia dengan kehidupan dia.. Aku ndak ada adik macam begitu".. Membuatkan semua orang dalam kereta pada ketika itu diam.. Aku memandang jauh keluar.. Menyesal pun sudah tidak guna.. Dn sekarang ini, perkara itu yang merunsingkan seisi keluarga aku.. Sebab, tidak mahu perkara yang terjadi keatas adik aku yang nombor dua berulang kembali kepada adik aku yang nombor 4 ni.. Mak.. Bapak.. Aku minta maaf!!

Petang itu, aku berbaring di dalam bilik.. Selesai rehasel tv-i, kepala aku rasa sangat berat. Migrain, demam dan selsema semuanya datang serentak menyerang.. Tertidur saja kerja aku hari itu.. Sehinggakan Sang Arjuna aku langsung tidak terpeduli.. Walaupun sesekali aku cuba melihat HP aku.. Aku sedar kalau kedatangan aku dalam hidup dia seolah-olah mengganggu dia.. Terganggu dengan kata Maaf aku yang tidak sudah-sudah.. Aku dimaklumkan oleh dia.. supaya tidak mengganggu masa tidur dia.. Ouch!! Tertampar rasanya diri aku seketika.. Sumpah aku terasa.. Demi untuk menjaga hati, aku iyakan saja.. "Ngeeeee" pun dia tidak suka.. Hurmm.. Tetiba aku rasa macam aku sudah tidak berada bersama dia.. Dan sebab itu aku tidak menghantar satu pun sms kepada dia sepanjang hari.. Aku takut akan mengganggu keberadaan dia di sana.. Hurmm.. Aku sudah merasa kelainan ini sejak akhir tahun 2011 yang lepas.. Mungkin semuanya berlaku di sebabkan aku jugak.. Bukan salah dia.. Bukan salah Abg Beso.. Yepz.. Salah aku!!

Esok ada siaran langsung tv-i bersama Zee di Tawau.. Dan malam itu aku sangat sengsara dengan sakit aku walaupun hampir sepapan panadol aku telan.. thankz to makcik aku yang tolong urutkan kepala aku.. Huhuhuhu.. Tetiba aku terima satu sms.. Tersenyum melihat nama yang terpapar.. "Bunga Tulip" Yeaa.. Sebab dia suka sangat dengan bunga tulip.. Tapi, isi sms tu sangat ringkas.. "Thankz.." Aku bingung.. Tapi aku boleh teka.. Dan tekaan aku itu tidak meleset.. Entah ar.. Malam tu aku rasa macam malas nak minta maaf.. Sebab aku tau dia dah muak dengan kata maaf aku.. Dan aku tau kalau dia sudah kurang rasa percaya dengan aku.. Sekali lagi aku melafazkan kata maaf itu di dalam hati.. Dan disitulah kemuncak segalanya berlaku.. Dia melepaskan aku.. Dan aku terima dengan cara yang baik.. Kalau itu adalah yang terbaik untuk u dan i, insya-Allah.. Ia satu perpisahan yang diredhoi.. Aku hanya pandai membuat silap saja.. tidak tahu menghargai ko.. Ko adalah kekasih yang sangat sempurna untuk aku.. Kalau betul ko ada jodoh dengan aku, kita akan bersatu kembali.. Dan aku mesti belajar untuk jadi kuat untuk melangkah sendiri.. Janji yang tidak pernah akan aku lupa, Aku tidak akan meletakkan sesiapa pun di hati aku selain kau HMAM.. Sampai Mati.. Insya-Alla..

>>My Name Is SAAT

No comments: