TiTiK AKHiR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Aku sangat tiada mood mau menusli sebenarnya.. Tapi aku mesti jugak tulis.. Sebab aku rasa, ini adalah tityik nokhtah untuk semua.. Aku ndak tau sudah apa mau cakap.. Dalam hati aku meraung kerana ditinggalkan kekasih.. Dalam sudut yang lain pulak, aku kasihan dengan dia yang sering disakiti oleh aku.. Kekadang aku rasa macam kejam.. Ya!! Aku memang kejam.. Tapi, aku harap keputusan yang di ambil ini akan memberi kebebasan kepada dia untuk mencari ruang bahagia yang dia impikan.

Selama lebih setahun aku berhubungan dengan dia, banyak kenangan manis yang aku cipta.. Ndak tau kenapa tetiba aku menjadi begitu jujur dengan dia.. Semua benda aku kongsi.. Aku ndak pernah simpan satu bijik pun.. Cuma kekadang, aku terpaksa rahsiakan sesuatu pada kadar sementara sebelum aku beritahu kepada dia.. Monolog jiwa memberitahu "Inilah yang terbaik.."


Semalam, segalanya terungkai dengan beberapa sms sahaja.. Kami putus.. Abg Besar pun sejak awal tahun sudah tidak dapat di hubungi.. Sms yang aku hantar sering kali gagal dihantra oleh sistem.. Aku ndak mau melatah.. Mungkin dia tau apa yang terbaik untuk diri dia.. Walaupun aku tau, aku sudah kehilangan seorang kawan yang cukup baik.. Tapi, mo buat apa kan?? Biarkan saja lah..

Migrain di kepala masih tetap menyerang.. Aku ndak tau.. Adakah disebabkan oleh dia.. Tapi yang pasti kesakitan ini berlaku semenjak aku sampai di Tawau.. Masa landing tuh, rasa macam ada something mencucuk telinga dan mata.. Rasanya mau saja aku berteriak kepada pilot supaya tangguhkan pendaratan.. Tapi, aku tidak pentingkan diri.. Rasanya bagai biji mata mau tersembol keluar.. Saraf mau meletup.. Aku gunakan kuasa minda untuk mengawal.. Huh!! Dan ketakutan yang sama mula menyerang.. Bagaimana aku akan berhadapan dengan situasi ini untuk balik ke KK??

Hurmm.. Berkecamuk sungguh fikiran ini.. Jam ini aku terasa mau sangat sms dia.. Tapi, aku terpaksa menahan diri untuk melakukannya.. Ndak tau sampai bila aku boleh menahan begini.. Hurmm.. No tel dia sudah aku delet.. Begitu juga dengan no tepon si Abg Besar.. Aku ndak mau ada apa-apa hubungan sudah dengan diorang.. Aku akan usahakan supaya aku kuat.. Ndak sabar mau balik kk dan menagis dalam bilik sendirian.. Mau nangis kuat-kuat.. Biar semua ini keluar.. Derita bah.. Huhuhuhu

Dear..
Aku mohon maaf kalau selama ini aku tidak membahagiakan ko seperti mana kehendak hati ko.. Aku dah cuba sedaya upa.. Tapi aku gagal jugak.. Sering kali aku memohon maaf.. Tapi aku tau, kalau maaf aku itu sudah tidak berguna.. Aku sendiri muak.. Asyik memohon maaf.. Mengucapkan benda yang sama.. Aku sudah serik menyakitkan hati ko.. Jadi, biarlah aku tinggalkan ko begini.. Bukan atas pinta aku.. Tapi aku redho.. Aku bersama dengan ko bukan sebab aku mau mencari kesilapan ko.. Aku cuma mencari pasangan kepada hati aku yang sering sunyi.. Sehingga aku mati, aku tidak akan mencari orang lain.. Kerana hati aku sepenuhnya MILIK MU..

>>My Name Is SAAT

No comments: