14 FEBRUARi 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz..
Mata beom mengantuk untuk di tutup.. Seketika mau menikmati keindahan malam di rumah yang sungguh sunyi.. 14 februari.. Maaf! Aku tidak menyambut hari Valentine.. Sebenarnya aku saja mention tarikh itu sebab dalam tahun 2011, hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu sebagai Penjawat Awam.. Hari pertama aku melapor diri sebagai petugas media. Dan hari pertama aku berpisah jauh dari keluarga...

Cepat ja di rasa.. Sedar ndak sedar sudah setahun aku melalui hidop sebagai 'pengembara'.. Thankz pada kawan-kawan yang sudi bersama.. Especially pada someone yang banyak menemani aku di HP.. Juga pada someone yang banyak kasi semangat dan motivasi.. Hurmm.. Sungguh aku merindui detik itu..


Alhamdulillah.. Hari ini aku sudah semakin dewasa dengan keadaan persekitaran KK yang dulunya agak asing bagi aku. Walaupun dulu aku pernah belajar di sini, namun aku bukan seorang yang kaki jalan. Semua tempat pun mau di teroka.. Plus, aku memang tidak memiliki kawan yang ramai masa tu.. Batasam kewangan pula yang sering menghalang aku untuk berjalan kesana kemari berseronok dan bergembira dengan kawan-kawan aku khusunya setelah melepasi tahun ketiga.. Sebab, final year adalah kehidup seorang pelajar yang sangat bermakna bagi aku.. Aku tidak akan melupakan semuanya.. Awang, Shidee, Badar, Nizam, Wan, Sabree, Ronnie, Damai, Mat, Rosdee, semualah.. Kawan-kawan aku bergila.. Langgap peraturan sama-sama.. Menjadi penyelamat pun sama-sama.. Skung ni semua dah ada kehidupan sendiri..

Kehidupan berseorangan memang sungguh mengajar aku bagaimana hendak berdikari.. Sampai sekarang ni, aku masih belum berjumpa dengan kawan yang betol-betol memahami aku di KK ni.. Selalu membawa diri menjelajah tempat orang secara solo.. Ni semua sebab sifat yang aku sangat pemalu tidak bertempat.. Ntah.. Kalau yang lama kenal aku, memang akan cakap aku sangat tiada perasaan malu.. Tapi, aku menganalisis diri aku sendiri sebagai seorang yang pemalu.. Huhuhuh.. Tapi, orang cakap, kalau mau tau sapa diri kita, jangan tengok cermin, tapi cuba tanya dengan orang yang rapat dengan kita..

Hari ini, mood sendu yang sungguh dahsyat sedang bermaharaja lela di benak.. Cuba untuk menakluk seluruh tubuh aku agar bertindak melakukan segala yang pelik.. Menerusi facebook seorang kawan, aku terbaca status dia.. Sedang menyerang secara terang kepada aku.. Padahal, tajuk aku dan si Jiran yang kami post pegi FB rancangan langsung tiada kaitan dengan dia.. Dan hari ini, aku memulakan tahun kedua perhidmatan aku dengan serangan psikologi yang sungguh dahsyat.. Dan pada ketika ini, jam ini 11.00 aku sedang berusaha melawan semuanya.. Aku rasa mau lari.. Tapi aku ndak tau mau lari kemana.. Aku bukan pengecut.. Aku cuma sedang belajar untuk tidak memberikan alasan.. Sebab itu adalah nasihat terbaharu yang cuba aku terapkan dalam kehidupan aku.. Arghh~~ Sumpah!! Air mata si 'kacang hangus' ini sudah kering untuk menagis pasal semua itu.. Aku akan cuba kuat!! HMAM mengharapkan aku supaya tabah dan berskap positif.. Ikhlas dalam kerja.. Dan ayat dia langsung tidak mematahkan semangat aku.. Walaupun aku sudah semakin kalah dengan serangan itu.. Makian jangan di balas dengan cacian.. Aduh~~ Sangat sakit!!


>>My Name Is SAAT

No comments: