BENGKEL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hye Fellaz!!
Dushhh~~ Ni hari sungguh penat dan mengantuk.. Namun, aku tetap bersemangat meniti hari sebagai seorang yang belajar untuk menjadi tabah dan berani.. Awal pagi hari ini hujan turun renyai saja.. Sedikit membuatkan kepala aku berat untuk bangun. Jika tidak memikirkan kepentingan diri untuk menuntut ilmu baru, sudah tentu aku akan meneruskan mimpi indah itu.. Tepat 6.45 aku bergerak meninggalkan rumah.. Dek kerana hujan, jalan senang ja kena jamp.. Kesabaran aku pagi ini diuji lagi bila terpaksa memandu pada barisan yang cukup panjang.. 

Tidak seperti biasa, lokasi tujuan aku hari ini sedikit berbeza.. Melalui jalan lama menuju ke Bukit Padang.. Singgah sebenatar di Country Heights untuk menjemput si Hani.. Sebab kami berdua akan ke Kompleks Penyiaran Bersepadu KPKK di Jalan Kepayan.. Kami akan menghadiri kursus di sana selama dua hari.. Ndak ramai orang pun.. Semua staff aku kenal serta seorang dari Labuan.. Perjalanan Bengkel Ulasan Sukan kali ini sungguh siuk.. Berabis katawa ja kerja.. Ada ja yang lucu.. For sure, aku yang paling sandi ketawa.. Ada aku kesah?? Kali ni no sopan-sopan punya.. Seolah aku sedang melepaskan sesuatu yang terbuku..


Bengkel berlangsung sehingga pukul 4.30 petang. Lepas tuh terus drive pulang dan singgahkan si Hani di tempat bengkel laki dia.. Lepas tuh, aku meredah jamp lagi untuk sampai ke rumah.. Tu pasal aku bencikkk balik awal.. Dushh~~ Sampai rumah, aku rehat-rehat seketika sambil melayan sms dari someone i need.. Dia cakap, hari ni kawan kami dah semakin sembuh.. Semalam stay di wad.. Hospital Swasta.. Dan ayat-ayat yang dilayangkan ke aku seolah-olah dia jelous dengan segala 'imbukan' yang diterima oleh orang yang sakit.. Mungee.. Buah tangan.. Dan kasih sayang orang sekeliling dia.. Semua pun dapat.. AKu rasa, dia jelous.. Tapi dia tak nak cakap.. Ni andaian aku ja...

Malam ni pun dia pegi melawat jugak. Tapi, kali ni dia bawak si kawan ni reronda ECM dan makan kat kedai ikan bakar.. Boleh je mintak izin keluar janji doktor benarkan.. Howh.. Baru lakz tahu.. Uhuhuhu~~ Memudahan semuanya akan berjalan dengan baik. Untuk u, jaga ar jugak diri tuh.. Kang sakit nanti susah.. Jangan banyak sangat fikir.. Same goes to my kawan.. Kerja fokus tu bagus.. Tapi, jangan sampai terabai kesihatan.. So.. Hebat tak idop kat wad?? :P

Petang tadi call mak.. Cakap banyak perkara.. Adik aku yang buat perangai tuh dah balik ke rumah setelah adik aku yang no.2 membuat operasi memujuk dan membawa pulang.. Kalau aku!! Biar ja sana.. Malas mau fikir..

Skung dah jam 11.26.. Bisuk bengkel yang last.. Sibuk juga.. Secara kasar, esok ada lawatan dari badan media Indonesi ke opiz kami.. Malam tu lax ada rakaman carta dengan Azharina Azhar.. Huh~~ Semoga semuanya berlangsung dengan jayanya.. Amin~~

>>My Name Is SAAT

No comments: