BiCARA SEORANG iBU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Sepatotnya aku balik awal hari ni. Tapi tetiba kengkawan aku buat lawak-lawak gila lax di opiz.. So, aku joint diorang lah daripada terus melayan perasaan ni kan.. Gelak macam ndak gelak ja ku rasa.. Yeah.. Aku sedang menipu.. Dan hari ni aku amalkan satu lagi sifat setan yang sudah lama aku kasi tinggal.. Lamaaaaa betul.. Ntah kenapa aku buat lagi benda tuh.. Hurmm.. Ok.. let it be.. Aku boleh handle!!

Skung aku duduk di meja Abg Akhiey.. Dan aku terpandang sesuatu di document dia ni.. Aku menjumpai sesuatu yang sangat berkait rapat dengan aku. Tapi, aku sedang menjejaki sesuatu menerusi mesej-mesej yang tercatat di situ.. Ada sesuatu yang sedang berlaku di belakang aku.. Tapi, aku masih blur.. Apakah itu?? 


15 minit sebelum aku tulis entry ini, aku sudah selesai menjalani terapi bersama kawan aku.. Hani. Sepatutnya dengan si Jiran.. Tapi, dia balik awal hari ni. banyak sungguh urusan dia.. Hurmm.. Dan hari ini, aku baru tau kalau Hani sudah perhatikan aku lama.. Dan dia perasan banyak benda yang bercanggah sejak aku muncul di sini. Yeah.. Hani ada amik psykologi masa belajar dulu.. Dan dia boleh membaca sesuatu yang tersirat lebih daripada yang tersurat. Dan aku akui.. Sebelum ni aku ada mencatat sesuatu entry dalam blog ini mengenai cerita aku dan Hani dalam kereta.. 60 - 40.. Tapi skung ni dia percaya kalau graf itu sudah berubah ke 90 - 10.. Ya.. Aku akui.. mau menitik air mata ni dengan pengakuan itu.. "Jangan kau nangis sini, nanti aku pun nangis jugak".. Statement itu menghalang semuanya dari berlaku..

Aku, Hani dan Sofea.. Tiada rahsia antara kami. Semalam dia berbincang dengan husband dia pasal aku.. Aik?? Kenapa? Dia cakap, dia mesti kasi tau aku. Dia bukan mau menjadi seorang penasihat tetapi sekadar ingin menjadi sebuah penggera yang mengingatkan adiknya.. Sumpah!! Koyak rasanya hati mendengar statement itu.. Dia boleh baca semua.. Tapi dia ndak yakin kebenaran pada setiap bacaan dia. Dalam hati aku iyakan, tapi tidak secara berhadapan..

AKU: Susah bah kan kita mau aplikasi semua benda yang positif kalau kita di timpa masalah.. Tapi, kalau orang lain yang ada masalah, lancarrrr ja kita kasi dia nasihat.. berapi-api pulak tuh.. kenapa ya?? Susahhh betul kita mau apply semua nasihat pada diri bila kita berhadapan dengan masalah ni..

DIA: Biasalah tu.. Selalunya kita kasi nasihat pada orang atas dasar perkara yang dia lalui sekarang ni sudah pernah kita lalui satu masa dulu. Jadi kita sudah boleh agak kemungkinan dan kaedah untuk mengatasi kemungkinan tu.. Proses nasihat ni macam proses berkongsi jak bah..

AKU: Hurmmm.. Susah betul..

DIA: Tiada yang mudah di dunia ni.. Semua pun susah bah.. Yang penting keikhlasan diri ko untuk melalui rintangan yang di kasi sama ko.. Pandang sama ibu bapa ko.. Pandang pada masa depan ko..

AKU: Ko pernah rasa macam mana hidup sendiri? Sampai ke tahap ibu bapa ko pun sudah ndak peduli sama ko? Aku rasa itu sekarang.. Sebab tu aku rasa lupa, macam mana mau sayang dengan diri aku..

DIA: Kasi peluang.. Buka mata dan buka hati ko.. Sekarang ni, ko sedang menutup semuanya.. Aku faham situasi ko.. Aku cakap macam mana pun ndak da guna.. Ko ja yang boleh lakukan. Semalam aku cakap benda ni sama laki ku. Sorry lah.. Tapi, ndak la aku kasi tau semuanya.. Dia kasi tau aku, bilangnya jangan lah kau macam menasihat.. Just kasi tau ja dia.. Nanti tertekan pulak dia..

AKU: Aiyoo~~ Malunya akuuuuu

DIA: Sory lah.. Tapi aku ndak tau kenapa aku begitu care dengan kau.. Aku anggap, ko lebih dari kawan.. Aku dan Sofea sudah anggap ko macam adik.. Ko jangan mau sembunyi apa-apa.. Sebab kalau stakat kita tiga, nih.. (sambil melukis segi tiga) macam gini jak kita ni.. yang penting, ko jaga lah diri ko.. Jangan pigi jauh-jauh..

AKU: Glup~~~

Sejenak itu, datang satu imaginasi baharu.. Situasi masa aku kecik.. Bapak aku marah ngan mak aku.. Aku ndak tau apa sebabnya.. Mamak aku masuk bilik sambil tarik aku.. lepas tuh mamak aku nagis semahunya.. Terhenti disitu.. Bayangan yang lain pula menyusup.. Masa tu atas katil.. Masa kecik, kami semua tidor atas katil dengan mak dan bapak.. Posisi aku di hujung sekali.. Tapi, sebelum tidor, mak aku ajar aku siapkan kerja rumah.. Jelas.. Buku sumbangan Yayasan Sabah berwarna krim, cahaya lampu pelita yang samar dan pensil dengan getah sayur di atasnya.. Owh~~ Aku rindu mamak!!

>>My Name Is SAAT

No comments: