SEMALAM YANG PANJANG

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Hye Fellaz!!
Hari ni mo cerita dulu pasal semalam.. Yeahh~~ Semalam kan, banyak sms yang di hantar tapi satu pun ndak di balas.. Kachiwa kio~~ Tapi, as peraturan yang di tetapkan, dia berhak untuk ignore sms aku dan aku tiada hak untuk paksa dia membalas semuanya.. Maklum! Kalau diri ni dah buat banyak salah dengan diorang. ingatkan, dah boleh tahan diri dari melakukan kesialapn demi kesilapan.. Ndak sangka, aku berada di landasan yang salah.. Semuanya pun bercanggah.. Apapun, bersabarlah~~

Semalam, lepas aku update entry aku terus pegi masuk konti. Tengok balik siaran ulangan dekat tv.. Cekap ja aku bagitau ngan semua famly aku.. Yoo~~ Soalan paling femess.. Sejak bila ko pakai kaca mata ni budak!? Hahaha.. Saja jak bha tu.. Mau 'magengke'.. Thankz to my aunty-aunty yang sibuk bersms semalam.. Sekejap ja tuh.. Abis ja tu siaran.. Semua balik kepada kedudukan asal.. Aku balik semula ke opiz.. Bukak YouTube dan nengok lawak si Johan.. Ada satu tuh, dia buat aksi main piano sambil nyanyi.. Lawak gak ar.. tapi, ntah kenapa aku rasa susah mau ketawa.. Aku pokos dengan bunyik petikan piano itu.. berdetik.. berdetik dan berdetik.. setiap detikan membawa irama pilu.. Walaupun si Johan berjaya buat seisi dewan itu ketawa.. Tetapi tidak aku.. Senyom ja kot..


Jam 8.30 malam.. Sunyi ja terasa ni opiz.. Hanya kedengaran bunyi radio yang sentiasa on.. Aku mengemas semua barang dan bergerak.. Kali ni aku memulas pedati si Chomel ke Pantai Teluk Likas.. Di sana lebih selamat.. Ramai orang dan lampu terang benderang.. RELA pun selalu gak melawat kawasan... Singgah kat petrol station beli Coke, Biskot Roti Keras dan Nescafe Latte.. Lama jer rasa ndak menjamah tiga benda ini.. Oleh kerana stok 'foging' aku dah kurengg.. Jadi, ku top-up.. Beli tepi jalan jerk.. Yang murah tu.. Dah terasa sedap di lidah.. Ahakzz~~

Dengan kelajuan biasa.. 80km sejam, aku memandu di lorong kiri.. Sempat menoleh ke sisi jalan itu.. Banyak ja kereta berparkingan.. Kail di sauhkan ke laut dengan harapan akan ada ikan besar menjamah umpan mereka.. Ah!! Bosan ja memancing.. Tapi, ndak salah kalau aku mau jadikan dia hobi baru kan.. Senyum sendiri lagi~~ si Chomel aku park di tempat biasa.. Dan aku juga duduk di tempat selalu.. Macam semua orang dah tau.. Itu adalah tempat aku.. Sebab, tiap kali aku sampai sana, memang tempat itu akan kosong.. Seolah sudah tertulis nama aku di situ.. Huwahahaha~~ Perasan sungguh.. Kebetulan saja bah..

Memandang kerdipan cahaya nun jauh di tengah laut.. Limpahan cahaya lampu limpah merebak ke serata cecair lautan.. Paling meriah, Pelabuhan Sepanggar dan Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia.. Terasa mau berlari untuk merasai kenikmatan itu.. Bayu bertiup sepoi saja.. Bulan terang menyuluh.. ALahai~~ Sejuk la pulakk.. Ah.. Biarkan saja.. Pandang ke laut, ke langit dan sesekali cuba untuk menumpang kegembiraan melihat pasangan kekasih sedang berjalan berpimpinan di tepian pantai.. Ombak menderu.. Seolah sedang menyampaikan ceritanya kepada aku.. Tapi, aku tetap disitu.. terus membisu..

Jam semakin hampir ke detik 10malam.. Huh~~ Rindunya tidak tertahan.. Cuba untuk menghantar pesanan.. Menandakan aku masih menunggu.. Buat masa ini aku buangkan jauh-jauh rasa tidak putus asa.. Dan letakkan semangat keras kepala dan tidak tahu malu.. Ringkas ja sms.. Tunggu dan terus menunggu.. 30minit selepas itu, aku menghantarkan lagi pesanan.. Kali ini ucapan maaf sekaligus menutup perbicaraan untuk hari itu.. gud Nitez.. Baru nak mengangkat punggung, tetiba sms dia muncul..

Hati kembali berbunga.. Tapi, tidak mekar.. Langit kembali bercahaya.. namun tidak begitu cerah.. Alhamdulillah.. Bersms sehingga hampir jam 11 malam.. Terdetik di hati.. "Adakah aku menganggu masa tidor dia?" Namun, aku tidak berani bertanya.. Nanti di bilang cuba mengelakkan diri lagi.. Aku layan saja smsnya sehingga satu masa, sms itu terhenti tanpa sebarang tanda.. Oh.. Dia tertidur agaknya.. Biarlah~~

Aku terus duduk di situ sehinggalah jam 11.30 malam.. Terasa kulit sudah semakin beku.. Pelik.. Semua yang aku beli tadi habis aku jamah~~ hahaha.. Rakuskah aku?? Sempat lagi mengutuk diri sendiri seketika.. Masuk ke kenderaan dengan keadaan tertawa keseorangan.. Dan terus memandu pulang ke rumah.. Gelap! Sunyi dan Sugul.. Bingkas mandi dan termenung.. Proses fogging berjalan lancar dengan segelas susu.. Ndak tau apa motif minom susu.. Hahahaha~~ Menikmati keindahan malam dari rumah sendiri.. Jam 2 pagi lebih kurang.. Mata ini masih belom bisa di lelapkan sehinggalah beberapa minit kemudian.. Segalanya menjadi gelita..

>>My Name Is SAAT

No comments: