DEAR PET

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye babe..
First of all harap ko sihat.. Aku minta maaf sangat kalau aku menyebabkan ko ngan kazen ko bermasam muka beberapa hari.. Dan semua tu pun ada kaitan dengan aku. Aku tak leh nak duduk diam.. Sebab aku turut merasa bersalah disini..

Semasa ko datang sini, aku dah boleh agak kalau ko ndak mau jumpa dengan aku. Apa aku mau buat? Aku diamkan sahaja walaupun dalam hati sungguh meluap-luap perasaan mau jumpa dengan ko.. Ye ar.. 5 tahun di tunggu kan.. Ntah bila lagi peluang ni datang. Aku tau kalau middle of this year ko akan datang sini.. Dan harap-harap masa tuh aku punyai masa terluang untuk kita duduk sembang.. .. Dan memudahan aku masih bernyawa lagik tyme tuh.. Kita ndak tau kan.. Kuasa Tuhan semuanya tuh..


Thankz sebab masih anggap aku sahabat ko walaupun aku sudah tidak merasa layak untuk gelaran itu setelah semua yang berlaku belakangan ini. Aku tau kalau semuanya berlaku akibat kekhilafan aku.. Dan kekadang aku ndak tau macam mana lagi mo hukum diri sendiri supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.. Sebab sepanjang aku berhubungan dengan ko, kesialapan aku terus menghukum ko.. Dan paling menyedihkan, kesialapan itu adalah kesilapan yang berulang..

Aku terus dihambat rindu dengan 'pet keriz' yang aku kenal masa di Tagged dulu.. Dan aku cuba untuk menjernihkan keadaan.. Cuba untuk menyembah ko demi untuk mempertahankan sebuah ikatan yang dipanggil sebagai 'persahabatan' jarak jauh yang cukup istimewa.. Aku mula dengan membuat panggilan telefon.. Ndak sangka kalau aku terima herdikan.. Alasannya, aku sedang mengganggu ko yang sibuk dengan kerja ko sehingga menyebabkan ko bermalam di pejabat ko.. Apa aku rasa sebagai kawan?? Aku tidak merasa kecewa kene herdik.. Tapi aku kecewa pada diri kerana telah menyebabkan ko stay back di opiz semalaman.. Ko rasa apa yang aku buat lepas itu??

Kedua.. Aku berada di bawah pokok. Hari itu hari Jumaat. Aku tidak menunaikan sembahyang jumaat sebab aku terlalu kusut dengan pelbagai masalah. Aku cuba untuk meleraikan segala kekusutan ini berseorangan.. Walau sudah di herdik, aku kuatkan semangat untuk menghantar sms.. Thankz sebab membalas.. Dan bila ayat aku hantar berbunyik 'i miss him so much' muncul di skrin ko.. tetiba perkataan 'mempergunakan' muncul.. Argh~~ Aku yakin kalau kamu sudah membincangkan perkara ini.. Sebab hari sebelumnya juga dia sudah menyatakan benda yang sama.. Aku menghantar tulisan huruf besar kepada dia. Begitu juga dengan ko hari itu sebagai penegasan, bahawa aku bukanlah orang seperti itu. Dan tingkah aku yang sedang menyesal dengan semua tanggapan kamu itu mendatangkan marah pada ko.. Sekali lagi aku rasa, aku menekan ko dengan perkataan caption itu.. Apa aku rasa masa tuh? Aku rasa bodoh sangat sebab tidak mampu menahan kemarahan aku.. Aku rasa biadap sangat dengan someone yang selalu aku agung-agungkan sebagai kawan yang baik.. Ko rasa apa aku buat lepas kejadian itu??

Aku masih belum berputus asa.. Kepiluan hidup bersendiri semakin hilang. Aku sudah tahu mebiasakan diri.. Walaupun kekadang hati meronta untuk mencari teman berbicara.. Percubaan ketiga bermula pada hari Isnin. Masa tu cuti gantian Maulidur Rasul.. Saat itu aku berada di dalam perut GSC 1B untuk menonton filem AZURA.. Yezz.. Filem yang ko cakap kampang tuh.. Masa aku tengok filem tuh, ndak ramai orang pun. Aku duduk di kerus paling belakang.. Aku sorang ja di sepanjang deretan kerusi paling last.. Rasanya macam 10 orang saja yang ada dalam panggung itu.. Dari situ aku dah boleh agak.. Memang filem ni ndak mendapat tempat di hati penonton. Aku cuba untuk menyaksikan dari mula sampai akhir sebab aku sedia tahu kalau filem arahan Aziz M.Osman ni ada sentuhan cinematic.. Ndak kan dapat kalau tengok dengan mata.. Tapi kena tengok dengan hati.. Dan keadaan itu betul berlaku pada aku..

Dalam hati aku memang ada ramai orang yang aku sayang. Tapi, hari itu, kamu berdua mendominasi carta hati aku.. Mula tengok wayang tu, muke ko muncul.. Arghh~~ Asal muka mamat pelakon ni ade iras muka kawan aku?? Takper.. tengok jer.. Lantas, kelibat pelakon utama, hero dan heroin muncul.. Saat bahagia menyusup.. Aku pun ndak tau macam mana aku boleh letakkan diri aku dan dia dalam situasi lakonan mereka.. Tapi yang pasti, aku terasa sangat bahagia masa itu.. Kegembiraan aku mendorong untuk menghantar sms kepada kau dan dia.. Bermula dengan "Jom temankan i lunch.." Sampailah tiba masa "Jom minom petang.." Aku menerima sms balas dari ko.. Sexited sungguh membaca.. Senyuman yang terukir mula suram.. Apa aku rasa masa tuh?? Aku rasa aku dah cukup menyiksa ko dengan sms aku.. Aku sumpah ndak tau ko sedang berkerja dimasa orang lain cuti.. Dan sekali lagi aku terasa bodoh sebab lupa dengan pesanan kawan baru aku yang kamu akan berkerja pada hari itu.. Huh! Semua ini sangat membingungkan aku.. Aku ndak salahkan sesiapa pun melainkan diri aku yang tidak sempurna.. Ko tau apa yang aku buat selepas itu??

Beberapa hari yang lepas, hati aku rasa lain macam. Sebab beberapa kali pertanyaan aku menerusi sms kepada kawan baik aku tidak dijawab. Masa tu ko dah gerak pergi outstation. Dia tetap tidak mau bagi tau kemana haluan ko.. Terpanggil untuk membuka blog ko.. Dan akhirnya aku tau.. Masa tu jugak aku beranikan diri untuk menghantarkan sms.. Pending seketika sms itu. Seketika aku diamkan diri dalam opiz yang sunyi.. Dan timbul rasa penyesalan dalam hati.. Kenapa aku sms kau? Kenapa aku ajukan keinginan aku untuk bertemu ko sedangkan pada masa itu aku tau, ko tidak sudi untuk berjumpa dengan aku pun.. Ko tidak bersedia untuk menerima aku.. Itu berdasarkan pemahaman aku di blog ko lah.. Aku rasa aku sewajarnya berpatah balik. Tidak! Aku tidak akan berani menyakiti hati ko babe.. Dan aku bersyukur sebab ko ndak balas pun sms aku tuh. Aku redho jer Pet. Macam jiran aku nasihat ke aku, biar masa membuktikan keajabian dia.. Dan aku rela.. Dan itu adalah sms aku yang terakhir menempel di HP ko.. Sehinggalah hari ini 14 feb 2012.. Sebab aku sangat takut, kalau sms aku datang menganggu ketenangan ko..

Malam Ahad yang lalu.. Aku keliru bila aku menerima sms menyatakan aku telah berjumpa dengan kau. Hurmm.. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa motif untuk semua ini? Aku tidak meletakkan lama persoalan itu dijiwa aku. Sebab, HMAM aku sudah mengajar aku untuk bersikap lebih positif dalam segala hal.. Ko bukan menipu.. Tapi ko sedang membuat muslihat agar tidak mengecewakan hati orang yang kau sayang.. Dan aku cuba untuk bertindak rasional dengan mengajak kawan baru aku supaya berfikiran lebih positif.. Bagi aku, tidak adil untuk kita melihat kesilapan yang baru dan melupakan kebaikan menggunung yang sudah lama dilakukan.. Dan adalah tidak adil untuk meruntuhkan menara kebaikan dan kebahagiaan yang dicipta bertahun lama hanya kerana sebutir kekhilafan yang belum setahun jagung.. 

Semalam, aku sungguh tiada mood memikirkan perkara ini. Seharian aku menunggu sms dari kawan baik aku.. Tapi, tiada.. Akhirnya aku meneka kalau celcom memang bermasalah pada hari itu.. Malam barulah aku dapat bersms dengan dia.. Aku risau dengan dia.. Sebab kebahagiaan dia ada pada ko.. begitu juga dengan kebahagiaan ko.. Kamurang memang ndak bulih berpisah pun. Masa ko p KK hari tuh, dia adalah orang yang paling kecewa sebab nama dia tidak tersenarai.. Petang hari tu dia amik jugak half day.. Pegi bayar segala bill.. Lepas tu dia balik umah.. Malam tu dia menghabiskan masa di rumah menengok citer di tv.. Mohabbatein dan Raja lawak.. Dia cakap selalunya malam begitu u olz akan lepak dan ceciter kat garaj.. Tyme solat selalu je berebut nak gune bilik solat.. Siyes aku rasa macam kehidupan korang sungguh 'comel'.. Ko plak, hari pertama sudah mula mengupdate tiga entry sekali gus.. Dan aku cakap ke dia kalau kamu sudah dilanda syndrom sunyi.. Sebab aku sudah dulu melaluinya.. Seharian bila dah balik umah, mengingat semua benda yang dilakukan bersama dengan kawan-kawan pada jam sekian-sekian-sekian dan dimatchkan pada keadaan semasa.. Dan, aku akan update entry sampai empat berturut-turut dalam satu masa.. Itupun kalau semangat aku kuat.. Kalau mood aku baik.. Kalau mood aku sendu.. Maka, rokok dan susu akan menjadi teman aku.. Beranda atau tepi laot adalah port yang paling baek sekali.. "Mat Sendu" adalah gelaran yang kini menggantikan "Sang Tinted" yang sudah mati..

Sebelum tidor semalam, aku buka blog ko.. Ndak sangka betul-betul ada new entry.. Dan aku sungguh sedih kalau ko menyimpan rasa dendam dengan aku.. Aku sedih kalau ko benci dengan aku.. Aku sedih sebab aku terasa sungguh hina dan kejam terhadap diri ko.. Sumpah!! Semangat luluh memikirkan semua.. Aku ndak pernah menganggap ko penipu.. Kata-kata aku hari tu just persoalan.. Kenapa sembunyikan semua dari aku? AKu dah boleh agak sebenarnya.. Tapi aku tak tanya lagi sehinggalah hari itu.. Sebab aku lagi suka kalau ko dan dia mengaku sendiri.. Itu barulah Jujur dan Ikhlas namanya.. Sampai hari ini rigtone Lady Gaga Bad romance, dan ringtone sms Doraemon tidak akan pernah hilang dari ingatan aku melainkan Allah mengambil nikmat itu.. Jangan risau lah.. Hurmmmmmm... Aku sudah minta maaf pun dengan ko.. Ingatkan semuanya sudah settle.. Rupanya.. Dendm itu masih sangat membara.. Anyhow, Thankz ar.. Dan keadaan itu membuatkan diri ini tidak layak untuk dipanggil sahabat.. Sebab definisi sahabat itu sahaja sudah melucutkan hak dan kelayakan aku..

Masa ko datang sini, aku rasa mau saja aku jengah kau dengan membuat siasatan dimana lokasi ko berkursus.. Mau saja aku serang Airport untuk mencari tahu.. Tapi, atas inisiatif aku untuk berhenti membebankan ko.. Aku diamkan saja semuanya.. Sebab, itu sahaja yang boleh aku buat selaku kawan yang baik untuk ko.. Berdiam Diri.. Ermmm.. berdiam diri.. bermula 'saat' kau menerima sms terakhir dari aku..

>>My Name Is SAAT

No comments: