LELAKi iNi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Awal ja hari ni aku update entry.. Huhuhuhu.. Sebenarnya aku ndak tau apa aku mau tulis pown.. Saja mau update entry.. Cerita pasal semalam sudah selesai disana.. Malas mau bawak fikir sampai hari ini.. Walau bagaimanapun, mood semalam masih terbawa sehingga hari ini..

Aku masih ndak boleh terima post lelaki itu di FB.. Ntah ar.. Sangat terbayang-bayang dengan muka dia... Masa masuk sini dulu, dia adalah antara orang yang aku hormat sebab kata-kata dia.. Memberangsangkan dan sentiasa menegakkan hak.. Seolah apa yang dia ucapkan umpama satu dasar yang boleh dibangunkan sebagai transformasi kepada perubahan organisasi aku.. tapi sayangnya, dia hanya berjawatan rendah.. Dan aku meyakinkan, kalau itu bukanlah satu penghalang untuk melakukan transformasi..


Hari demi hari aku mula mengenali beliau.. Dan dia juga antara yang sibuk memuji performance aku semasa bertugas.. Terima kasih kepada kengkawan aku di Tawau yang banyak memberi tunjuk ajar.. Semakin lama aku bersosial di pejabat, semakin banyak cerita yang aku dengar.. Bagi aku, tidak layak untuk kita melabel seseorang berdasarkan pandangan mata orang lain dan cerita dari mulut ke mulut. Seperti nasihat dia, kalau jumpa orang di pejabat ni, senyum.. Sekurang-kurangnya tegur dan tanya khabar.. Supaya tidak dikategorikan sebagai orang sombong.. Dan itulah apa yang aku praktikkan sehingga kini..

Semasa konvoi Jalur Gemilang.. Pakcik itu banyak bercerita kepada aku tentang lelaki ini.. Dulu dia merupakan seorang yang alim.. Datang pejabat dengan serban dikepala. Celak dimata dan kekadang mengenakan jubah sebagai uniform ke pejabat. Orang lain sudah faham dengan tingkah dia.. Setiap kali ditegur, maka hadis akan dibalas.. Al-Arqam punya pengikut masa tuh.. Hari demi hari.. Dia semakin galak.. Perubahan demi perubahan berlaku. Pada mulanya aku rasa was-was jugak.. Sebab penampilan dia kini sangat berbeza dengan watak yang diceritakan oleh pakcik itu.. Maka aku iyakan sahaja dengan tidak mengambil port sangat.. Biarkanlah.. Kehidupan dia..

Masa berlalu terus.. Bukan satu, bukan dua tapi berpuluh orang semakin bercerita.. Tengok! Bagaimana Allah nak tunjuk.. Bos kami kini dicemuh.. Ketua Penolong Pengarah kami di caci.. Sungguh dahsyat caciannya itu.. Ada unsur-unsur perkauman jugak.. Tapi yang bagusnya, tiada siapa yang perdulikan cacian dan makian dia itu.. Dan kini, entah bagaimana dia boleh dilantik menjadi pengerusi MBJ.. Semua orang pun dia mau heret ke muka pengadilan.. Dan semua orang masih kelihatan relax..

Dan semalam, menerusi FB kawan, dia memperlihatkan aku status terbaharu dia yang sungguh bikin panas.. Kali ni, aku pula yang kena.. Ya! Aku.. Hari Isnin lepas aku dan si Jiran buat tajuk "Perasan Hebat" dan kami minta pendapat umum di Facebook. Ntah macam mana, dia terlihat akan post itu dan terus melenting.. Sehingga pelbagai kata cacian dan makian dia tujah kepada kami.. ekspecially AKU.. Owh.. Sumpah! Aku rasa sungguh down.. Nasihat dan kata-kata kawan aku langsung tidak membantu untuk memulihkan semangat ini.. Terasa diri ingin meninggalkan tempat ini.. Tapi, bagaimana mungkin aku bisa lari dari semua ini?

Hurmm.. Ya! Kau memang hebat! Aku sungguh akui itu.. Tapi, aku bukan tujukan tajuk itu pada ko.. Aku sedar usia setahun jagung tidak bisa membubut kejayaan yang telah kau lakar berpuluh tahun.. Aku tunduk dihadapan ko.. Bukan sebab kau tua atau ko berpangkat lebih tinggi daripada aku.. melainkan kerana pengalaman yang telah kau dukung selama kau berada di jabatan ini.. Tahniah la untuk ko.. Tapi, jangan lah kerana pengalaman dan ilmu yang kau ada tu membuatkan ko terlalu bangga sehingga semahunya kau maki aku begitu.. Manusi ini hamba Allah.. Sama macam kau.. Dan keadaan itu menunjukkan ko sungguh tidak profesional.. Aku tegaskan disini, Siapa makan cili, maka dia akan terasa pedasnya.. Huh~~ Sumpah! Aku ndak pernah doakan kematian untuk seseorang.. Dan untuk lelaki ini, aku rasa biar saja lah.. Mulut kau, badan kau.. Kau memang berhak dan aku terima seadanya.. Thankz a lots.. 

>>My Name Is SAAT

No comments: