FATWA PUJANGGA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepp Fellaz!!
Semoga semuanya sihat arr.. Itu doaku tiap hari untuk kamurang semua.. Besa ah.. Cuaca skung ni ndak begitu baik kan.. Kekadang hujan, kekadang cerah.. Kekadang dalam cerah tu pun bisa ujan jugak.. Huhuhuhu.. Sejak dua menjak ni, beberapa lagu telah menjadi kegemaran aku tatkala sendirian melepak di bilik..


Ntah tak tahu apa mau buat.. Jadi, layan perasaan sambil menyaksikan kebesaran tuhan.. Malam.. Banyak yang boleh terungkap dengan perkataan itu.. Gelap.. Sunyi.. Sepi dan Kelam boleh dikaitan dengan 'malam'.. Hurmm.. Tetiba aku rasa ndak bosan melayan indahnya kata dalam lagu ini.. Owh!! Siyes.. Menusuk jiwa bah.. :((


Telah ku terima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan dan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan ku simpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cinta mu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua 


Mengikut sejarah penyanyi dan pencipta lagu ini, S.Affendy.. Dia telah menerima surat dari seseorang yang dia langsung tidak kenali.. Maka, lagu ini tercipta khusus untuk seorang yang tidak di kenalinya itu.. For sure, lagu ini menjadi sangat popular dalam kalangan mereka yang kecewa.. Memeranjatkan, kerana lagu ini turut di nyanyikan oleh artis dari tanah besar Indonesia.. Aku paling suka versi Aishah!!


Tiada apa yang bersembunyi.. Semoga aku mampu terus berjalan dalam gelapnya malam..

>>My Name Is SAAT

No comments: