AGAiN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepzz..
Baru saja selesai menugaskan diri sambil berlari-lari di udara.. Thankz pada yang sudi bersama pagi ini.. Dan kembali pada rutin asal.. Semalam agak sibuk dengan acara pembukaan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012.. Awal pagi dah kena kerah untuk bertugas di sana.. Perghh~~ Punya ramai makhluk tuhan.. Pelbagai jenis, pelbagai telatah, pelbagai warna dan sudah tentu pelbagai bau.. Owh~~ Ndak tahan dengan keadaan yang begitu ramai.. Aku balik awal.. Minta izin dengan pengelola.. Siyes aku pening!

Jam 11 aku dah gerak balik ke opiz.. Get ready untuk siaran langsung solat Jumaat lax.. Fuh~~ Lama gila ndak pegi semayang jumaat.. Kalau bukan aku bertugas ni hari, sure lepak di port biasa.. Bawah pokok sambil baca novel yang ndak pandai abis tuh! Hahaha.. Bila semuanya sudah selesai aku drive balik opiz. Di opiz lagi aku rasa ndak selesa dengan baju yang tebal.. Plus panas sungguh aku rasa.. Jam 2 aku amik keputusan untuk balik rumah.. As usual hujan lagik di pertengahan jalan.. Drive carefully sambil memandang meter kereta..

Sampai ja terus masuk bilik dan mula menghabiskan masa dengan berulang alik ke toilet.. Bohsan memandang novel aku kasi on komputer free tuh dan mula menengok cerita korea.. Huwahuwa~~ Lawak sial.. Bongek tol cerita tuh.. Pasal couple yang ndak tau bercouple.. Lurus bendul dan balik-balik minta maaf pasal ndak sedar bikin salah terus.. Ada-ada jak ni.. Hahaha.. ndak sedar ketawa sampai mengalir air mata.. Penat ketawa, dalam jam 7, mata sudah mula redup.. Di luar sejuk.. Macam masih hujan.. Ah! Malas mau amik tahu.. Kasi pause komputer dan tarik selimut.. Maka tidurlah aku begitu..
 
Dalam jam 10 lebey aku tersedar.. Bangun-bangun terus aku di terpa dengan satu perasaan yang sangat luar biasa besarnya.. Rindu.. Yeah! Sangat-sangat.. Aku ndak tau aku mimpi apa sampai perasaan ini sangat tulus menguasai aku sepanjang ketika itu.. Aku capai HP yang sejak semalam kekal di situ.. Dan mula mencari nama gelaran untuk seseorang.. Type sms dan dengan yakin menekan butang send.. Huhuhuhu.. Lepas tuh, aku menunggu balasan sms.. Macam begitulah selalu.. Menunggu dan menunggu.. Sehingga aku rasa sakit dan perit sendiri.. Limpar tu HP jauh-jauh dan tekup muka pakai bantal.. Tidor lagik..

Jam 4 lebey aku tersedar dan melepak sendiri di balkoni dengan di temani segelas coke dan bekotak rokok yang semakin kurang.. Mata meliar seolah mencari sesuatu.. Tapi ndak tau apa yang di cari.. Hurmm.. Ramai pulak kenderaan berpakingan di bawah tu.. Selalunya ada beberapa bijik ja.. Untuk kali ni macam mau penuh parkir kereta yang terletak betul-betul di bawah aku.. Kicauan burung sudah mula kedengaran.. Langit mula jingga menandakan waktu semakin siang.. Bersiaplah aku untuk bertugas pagi ini..

Lantai bumi basah disirami hujan semalam.. Menanti mentari menyedut semua kelembapan bumi.. Dan aku masih termangu di sini.. Ntah apa lagi mau di lakukan hari ini.. Hurmm

>> My Name Is BUDAK ITAM
 

No comments: