BELAJAR DARi DRAMA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyep Fellaz!!

Huh! penat mengupdate dua blog sekali gus.. Ehehehe.. Ni lah kan dek kerana tiada kerja mau buat.. Awal pagi dah duty.. So, jap lagi dah bulih pulang.. Ngeee~~

Semalam, aku banyak buang masa lagik.. Macam biasa lah kan.. berfikir tentang sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.. Hujan menemani aku sepanjang malam.. Dan bicara aku bersama malam terus kabut dan kelam.. Tidak menemui jawapan pada tiap persoalan.. Entah mengapa semalam juga terasa bohsan yang teramat.. Hurmm.. Sudah dua hari aku tidak meng-deactive-kan HP aku.. Dan keadaan itu semakin menekan aku.. Pelbagai persoalan terpaksa aku jawab sendiri untuk memberi peluang hati merasai ketenangan walau sementara..


Sebelum beremosi dengan perasaan, aku melayan sebuah soap opera korea. Heart String.. Ceritanya sangat simple.. Bagaimana seorang lelaki mencintai orang lain, sementara seseorang pula sedang menaruh harapan cinta yang cukup mendalam kepada lelaki itu sehingga dia sanggup bergelar hamba pada lelaki itu. Dia berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati lelaki itu. Berkorban untuk melakukan apa sahaja sehingga dia mengguris hati sendiri melihat betapa lelaki itu menyakiti hatinya dengan merayu cinta seseorang yang bergelar professor.. Tapi, hakikatnya professor itu langsung tidak melayan cinta budak lelaki itu kerana dia masih sayang dengan seorang lelaki lain yang merupakan director untuk satu pementasan drama musical yang bakal mereka langsungkan..

Kisah cinta yang cukup mudah.. Perempuan itu sanggup mengorbankan masa dia demi untuk menemani lelaki itu dikala dia sedih kerana terpaksa menerima hakikat dia tidak layak dengan perempuan yang bergelar professor disebabkan perbezaan usia. Plus, Professor itu menganggap perasaan yang dia alami sekarang itu bukan cinta.. Tetapi perasaan simpati yang melampau.. Kehadiran perempuan itu sedikit menjengkelkan lelaki tersebut sehingga terpacul dari bibirnya.. "Kalau kau rasa apa yang kau buat ini akan menyebabkan aku berputus asa untuk menakluk hati professor, baik kau beralah sekarang.. Kerana aku tidak akan putus asa untuk mencintainya.. Apalagi untuk menerima kau sebagai pengganti dia" Terlopong perempuan itu.. Dan aku rasa lelaki itu sungguh melampau!!

Sehingga satu tahap, lelaki itu sedar betapa perempuan itu sudah banyak berkorban dengan dia. Dia juga sudah mula menerima hakikat kalau cinta dia selayaknya bukan untuk professor itu.. Dan bermulalah langkah dia untuk merebut kembali cinta yang pernah di hamparkan oleh seorang gadis yang pernah menjadi hambanya.. Tapi, pada ketika itu, si gadis sudah tawar hati.. Dia cakap "Saya.. tidak akan lagi mengambil tahu akan semua yang terjadi pada kamu bermula hari ini.. Melupakan kamu bukan sesuatu hal yang mudah.. Tapi, saya akan berusaha bersungguh-sungguh.." Gosh!! Semangat apakah itu.. Siyess.. Merah mata aku.. Touching gilakk!!

Dan aku berhajat untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Jadi, novel aku letak tepi kejap.. Hiihihihi.. Memandangkan lelaki itu ego.. Perempuan itu pun sudah nekad.. Aku boleh bayangkan lebih banyak adegan tragis akan berlaku.. Plus, lelaki itu sudah menjadi jiran kepada perempuan itu sekarang.. Kesimpulan awal.. Ego dan Malu mengakui cinta.. Sighh!!




No comments: