ANTENA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyep Folks!!
Hau-R-u? Semoga semuanya ok lah.. Hari ni mood tak berapa nak baek sangat lah.. Sebab semalam adaperkara yang terlanjur aku lakukan secara tidak sengaja..

Hurmm.. Kata kunci adalah 'perah susu'.. Dan benda tu aku keluarkan dari mulut aku yang memang agak tumpis pada kawan aku yang cukup baek.. Lepas ja aku cakap bende tuh, terus dia buat muka.. Walaupun dia cuba untuk mengawal emosinya, namun antena aku cekap mengesan.. Hurmm..


Ntah ar.. Aku serba salah sebenarnya.. Memang aku terkenal dengan mulut yang cukup bising di opiz.. Opiz aku tu dah jadi macam pasar borong kalu aku ada.. Relax jer berteriak dari belakang untuk memanggil orang di bahagian depan pejabat.. Kalau bercerita pun kekadang aku sengaja meninggikan nada suara aku.. Saja jak.. Untuk kasi gempak.. Konon! Dan bila ada perkara berlaku pada aku.. Aku akan membisu seribu bahasa. Biar apa yang berlaku.. Ejekan kawan-kawan.. Aku diamkan sahaja.. Aku ndak amik port pun..

Dan bila itu terjadi, maka diorang akan datang siasat aku.. Tanya apa sebenarnya yang terjadi.. Dan aku lax, jenis yang ndak suka berkongsi masalah dengan orang lain.. Aku cuma cakap 'teda apa-apa lah'.. Tapi, diorang punya antena pun kuat jugak.. Cuma ndak mampu untuk mengesan isi yang tersirat dalam hati aku lol..

Aku mampu berdiam dari mula masa aku di pejabat sehinggalah aku balik.. Dan kalau itu terjadi, orang semua sibuk bertanya.. Namun aku? Diamkan saja.. Itulah senang di tahu kalau musim sendu aku menyerang.. Langkah aku, balik awal.. Malas mau berada lama di opiz..

Kalau aku bising lax, aku akan cakap semahu aku.. Sebab prinsip aku, ko cakap ar depan-depan.. Ko cakap sial ngan aku, ko redho ja ah dengan balasan ayat sial dari aku gak.. Aku ndak kisah pun.. Sebab kalau ko bulih buat aku macam anjing, aku pun seharusnya boleh buat macam tu jugak kan.. Daripada aku cakap belakang, ada baiknya kalau aku cakap depan.. Kau kisah? So, kena lah tahan kan.. TAPI.. Bukan semua orang aku buat macam tuh.. Hanya kawan baek aku.. Hanya mereka yang mengerti aku.. DAN sehingga kini, hanya beberapa orang ja yang paham sifat aku nih.. TAPI, diorang pun kekadang buat muka jugak depan aku.. Hurmm..

Memang susah nak dapat kawan kat dunia ni kan.. Kawan yang betol-betol memahami.. AKu ndak mengharapkan lebih.. Cukup ko jujur dan percaya dengan aku.. Jahat-jahat mulut aku, insya-Allah, hati aku baek woo.. Kejam-kejam bahasa aku.. Hati aku ni tidak meletakkan niat yang hina macam hinanya ayat aku.. Syarat aku simple.. APa jua benda yang ko buat kat aku.. Maka bersedia untuk menghadapi benda yang sama...

Pada kawan aku tuh, maaf lah atas keterlanjuran aku berkata-kata dengan ko. Ternyata ko belum layak untuk ku angkat sebagai kawan yang memahami aku.. So, biar aku ja yang memahami ko k.. Jangan risau apa-apa lah.. Cuma, aku tidak mau ko mengharap lebih daripada aku.. Sebab aku boleh jamin, kalau beginilah perangai ko.. Kita tidak akan lebih daripada kawan biasa.. Yupz!! Sekadar kawan sekerja..

Ingatkan aku, ko sudah masak dengan perangai aku. Rupanya... Telaan aku sungguh jauh tersasar.. Begitu payah kah untuk kau mengerti aku?? Begitu payah kah?!

No comments: