PENJELASAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ndak tahu apa mau cakap.. Aku keliru.. Base on tajuk entry.. Hurmm.. Aku ndak tau bah! Please kasi tau aku.. Tahu tak, setiap kali aku menahan untuk mengucapkan kata rindu aku pada mu, aku akan terasa sakit yang teramat sangat.. Setiap kali aku meluahkan rasa rindu aku pun terasa sakit yang amat.. Dan persoalan lain timbul.. Kenapa ko yang menjadi dambaan hati aku?? Dan aku rasa ko cukup tahu jawapan itu kan..

Dude, aku ndak pernah rasa hina begini.. Merayu seseorang untuk menerima cinta aku.. Semua aku buat sebab rasa sayang aku.. Aku sayang ko sangat-sangat.. Bak kata ko.. Deep deep!! Semahunya aku melarikan diri.. Tapi aku sudah tidak sanggup dan tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan hati aku.. Semakin aku sembunyiakn, semakin aku menyakiti diri sendiri.. Dan semalam, kamu juga tersakiti akibat aku yang terlalu mengikutkan emosi..

Aku dah cuba sedaya upada untuk menerima kamu sebagai kawan aku.. Tapi, aku rasa seolah aku sedang menipu diri sendiri.. Aku tak boleh! Aku tidak boleh dengan mudah menukar perasaan sayang pada seorang kekasih kepada sayang seorang kawan.. AKu tidak sugagah kamu.. Aku tidak sekuat kamu.. Dan aku sangat kelihatan dungu menipu diri sendiri.. 

Hari ini, sepanjang hari aku mengenang kejadian semalam. Langsung tiada apa yang aku lakukan hari ini. Hanya termenung mengenang nasib diri yang terlalu bergantung pada cinta orang lain.. Melihat diri yang asyik memuja seseorang yang belum pernah terlihat secara hakikat depan mata.. Inikah yang dipanggil sebagai butanya cinta? Dan seharusnya kamu tahu MENGAPA aku sebegitu.. 

Dude.. Kau sedang bermain tarik tali dengan aku.. Dan aku rasa sudah tiba masanya untuk menjadi matang.. Seperti yang kau sarankan pada aku.. Aku cuma inginkan penjelasan.. Penjelasan yang akan memastikan semua ini akan bagaimana pada esok hari..

Sejujurnya, aku sudah tidak mahu memberi apa-apa harapan untuk hati aku.. Aku sangat INGINKAN penjelasan daripada dirimu.. Aku akan MENERIMA semuanya.. Kali ini, aku berjanji.. Betul-betul berjanji.. Apa jua keputusan yang akan kau putuskan, aku akan patuh dengan sepenuh hati.. Walau apa jua rintangan yang datang pada aku, aku akan berusaha untuk menghadapi..

Babe.. Kalau benar sayang itu masih ada, akuilah sejujurnya dengan aku.. Kerana aku masih sangat menyayangi dirimu.. TAPI, aku tidak boleh berjanji untuk menjaga hatimu.. Kerana aku manusia biasa yang baru setahun mengenal cinta antara manusia.. Aku kurang banyak benda.. Tapi, aku yakin, kalau benar cinta itu ada, ianya mampu diatasi walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun.. Aku ikhlas.. Aku hanya mampu berjanji, akan ku jaga cinta mu sehingga akhir usia ku..

Namun, andai cinta itu mula luntur atau beralih pada orang lain.. Nyatakan pada aku kalau kau sudah tiada keinginan untuk menyayangi aku seperti dulu.. Jangan risau pasal aku.. PLEASE! Jangan risau.. Aku akan handle diri dengan bijak selepas itu.. Dan aku akan belajar untuk menjadi kawan kamu.. Maka, layanlah aku seperti seorang kawan.. DAN aku juga akan melayan kamu seperti aku melayan kawan-kawan aku yang lain.. SEPERTI aku melayan kawan-kawan aku yang lain.. SEPERTI bermaksud SAMA. Tidak akan ada lebih, jauh sekali kurang..

Aku sedia menunggu sehingga keputusan dibuat oleh kamu.. Aku harap kau fikir semasak-masaknya dengan mengambil beberapa perkara yang melibatkan sifat aku.. Cinta kita jarak jauh.. AKu kuat cemburu.. Kuat merajuk.. Tak reti nak pujuk.. Kekadang ego.. Manja tak bertempat.. Cengeng.. Tak comel.. Jauh sekali jambu.. Selalu bersedia dengan seribu alasan.. Tiada apa-apa.. Dalam kata lain, aku miskin.. Tidak matang dan kekadang childish.. Dan banyak lagi sifat negatif yang kamu sangat tahu.. Dan PALING PENTING! Adakah kamu bersedia untuk tidak bahagia bersama aku?? Hurmm..  Tapi, setakat yang aku kenal.. Insya-Allah, aku ada hati dan cinta yang senantiasa jujur dan ikhlas menyayangi kamu..

Last but not least.. Jangan sayang aku sebab kamu kasihan atau simpati dengan keadaan aku.. Sebab itu yang akan memusnahkan semuanya.. Please.. SMS aku! Aku sedang menunggu.. 


Aku pernah cakap, kalau aku dah kata YA untuk cinta kamu.. Maka aku akan Comitted.. Mengambil pendekatan kamu yang memulakan cinta.. Maka kamu juga yang harus membuat keputusannya kini.. Aku bersedia menerima apa sahaja.. Aku akan bersedia..

<3 <3 <3 With Lots Of Luurve <3 <3 <3

No comments: