PASCA MAC 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellazz!!

Pa khabar kamurang.. Memudahan kamu semua sihat la yeaa.. Aku as usual alhamdulillah.. Sihat jak nih.. Cuma tu ar kalau bercerita bab kehidupan, banyak yang perlu aku 'tampal' sana sini.. Memulihkan kehidupan setelah semua yang berlaku pada aku bermula oktober 2011 sehingga mac 2012 ni bukannya mudah.. Banyak yang aku lalui.. Banyak yang aku buat.. Banyak yang aku pelajari dan paling penting.. Banyak yang aku korbankan.. Semuanya kerana terlalu mengikut perasaan.. Huh! Menyesal pun tidak berguna.. Anggap ia sebagai satu pengalaman yang berharga dan berguna untuk penghidupan masa hadapan..

Weii.. Aku dah 'ON' kan FB aku lor.. Tu yang jarang sikit mengupdate blog tuh.. Hihihihi.. Aku akui kalau blog ni banyak menyimpan kenangan yang suram, gumbira dan 'sandi' untuk aku.. Tu yang aku jarang bukak tuh.. Sebab kalau aku bukak, terasa macam ada sesuatu aura yang menyusup dan memaksa aku untuk meratapi kesedihan atas semua yang terjadi.. Dan hal itu akan merebahkan semangat aku..


Tapi, kali ini berbeza lax.. Entah ar.. Aku pun ndak tau apa yang aku lakukan untuk hati aku sendiri.. Tapi yang pasti, aku semakin memahami satu ungkapan yang pernah seseorang berikan pada aku.. "Hargai orang lain sebelum menghargai diri sendiri" dan sebab itu aku rasa aku bahagia sekarang.. Bahagia?? Huh!! Yea.. Ini jalan yang kami pilih.. Dan aku harap penyesalan, keperitan dan kesengsaraan melalui jalan ini akan terhapus dengan kehendak masa dan penciptanya..

Hari ini sudah 4 April 2012.. Sudah 4 hari aku istiharkan diri aku 'Janda'.. Huhuhu.. Sapa cakap bahagia menjadi 'Janda'?? Naa.. Kamu try lah.. Dan aku rasa keJandaan aku ni akan berlarutan lama.. Sebab dalamnya cinta itu masih tetap bersemi meski penghuninya sudah tiada.. Seolah ndak boleh menerima kenyataan lax aku kan.. Huhuhuhu.. Yeahh.. Itulah yang berlaku pada aku.. Merindu dan terus menunggu.. Siapa?? Aku sendiri pun ndak tau..

Kawan.. Aku ndak sangka kalau aku masih ada ramai kawan.. tengki bangat pada mereka yang sudah memberikan kata semangat dan perangsang.. Di FB, di HP.. Tengkiu sangat.. Sory lah kalau ndak terbalas.. Sebab aku sangat jiwang melayan karenah hati.. Sehingga semua terIgnore.. Huh!

HP aku pun sudah tidak serancak dulu.. Malam mesti kasi off HP.. Sebab kalau endak, tangan mesti rasa nakal mau menghantar sms.. Aku mesti halang diri aku sebelum sesuatu yang aku ndak mau terjadi.. Oh!! Sangat terguris.. Namun.. Itu adaah sebahagian usaha aku namanya.. Ndak bulih sangat ikutkan kehendak nafsu nih kan.. Tidor pun ndak tentu sudah.. Asyik terganggu jak aku rasanya.. Semua benda yang ada dalam bilik aku seolah sedang berteriak kepada aku.. Sampai terfikir untuk berpindah rumah dan tinggal menyewa dengan kawan aku di Country Heights.. Tapi, kena fikir masak-masak dulu lah sebelum melakukan sesuatu kan.. Sabar adalah ubat pada segala kegelisahan ini..

Aku meletakkan kuasa masa menentukan segalanya.. Aku harus berundur dari mencetuskan sesuatu yang boleh menhancurkan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.. Sesuai dengan makna disebalik kata "Hargai orang lain sebelum menghargai diri sendiri.." Sesungguhnya.. Aku hanya mengikut gerak langkah kaki ku.. Berjalan tanpa alas dan tanpa fikir.. Dan sehingga kini, aku masih tidak tahu, kemana kaki ini akan membawa aku..

>>My Name Is SAAT

No comments: