TAPI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepp Fellaz!!
Tolong ah.. Rindu hati aku ni sudah tidak tertanggung.. Macam mana mau buat ni ah?? Huh!.. Mesti dia sudah bagaia di sana.. Tidak mustahil kalau sudah ada yang punya.. Dan aku di sini masih tetap begini.. Kesedihan ni masih tetap ada dan tidak mungkin hilang begitu saja.. Aku pun sudah lupa bila kali last kami sms.. Tapi aku masih ingat bila kami last call.. Dia yang call dulu.. Tapi, sekarang, aku sudah lupa bagaimana bunyi suara dia.. Tapi, aku ndak lupa cara dia ketawa.. Comel dan manja.. Siyes!! Hehehe..

Kalau di imbas balik, tahun lepas dalam bulan 4 ni terjadi satu konflik yang cukup besar antara aku dan dia serta dia dan si kazennya tu.. Aku sudah cuba ni ndak mau ingat apa-apa.. Tapi ingatan tu akan tetap datang kalau sudah aku sendirian.. Kamurang ada petua ka?? Plz.. Tolong aku bah.. Sengsara betul..


Kalau at the first dulu aku ndak terima cinta dia kan bagus.. Sebab aku sudah rasa kegagalan dan kesakitan yang teramat sangat sekarang ni.. Tapi, kenyataan aku tu bukan bermaksud aku menyesal kenal dia. Malah aku berterima kasih sebab dia banyak ajar dan bahagiakan aku.. Huh! Kalau di cerita memang ndak muat sini nih.. Oh!! Hati ini terus di ketuk bicara rindu.. Plz.. Help me bah!

Aku ndak pernah rasa lost, rasa angau dan rasa sayang begini.. Huh!! Aku ndak mampu untuk melupakan semuanya.. Sebab apa saja yang aku tengok, mesti aku ingat dengan dia.. Apa ja yang aku dengar, ada saja yang mengingatkan aku dengan dia.. Ya Tuhan.. Dugaan ini sungguh berat.. Sudah habis air mata ini berlinang kerana cinta dan sayang aku dengan dia.. Sudah hilang suara ini memanggil dan menyeru nama dia.. Namun, rasa sayang dan cinta ini tidak berganjak.. Rasa rindu itu tidak berputus asa.. Malah semakin membuak dan semakin merobek dan melukakan hati ini.. Soalan yang sering aku lontarkan.. Sampai bila semua ini akan berlangsung?

Senyum di pipi semakin tidak seiring dengan senyum di hati.. Sirnanya senyuman langsung tidak menggambarkan hati yang kusam dan lesu.. Lesu memikirkan kamu yang sudah tidak macam dulu.. Oh!! Kemana menghilang kamu yang dulu? Yang katanya tidak boleh hidup tanpa cinta aku? Kemana pergi kasih sayang kamu? Yang sering mengambil berat makan tidur ku? Kemana kamu yang dulu? Yang sering muncul dalam mimpi indah aku? Kemana kamu yang dulu? Yang melarang aku menyayangi orang lain selain dari kamu?

Rindu ini semakin mencengkam.. Aku tidak mampu menghantar sebarang pesan pada kamu.. Aku malu.. Malu untuk memulakan semua setelah aku meruntuhkan apa yang telah kamu mulakan dulu.. Aku malu untuk menyatakan isi hati aku setelah aku tahu, aku bukan yang terbaik untuk kamu.. Aku malu untuk menyatakan rindu kerana aku takut, kebahagiaan itu tidak akan bersama kamu.. Arghhhhhhhhhhhh!!

Tolong ajar aku bagaimana untuk memulakan hidup yang baru.. :((

>>My Name Is SAAT :((

No comments: