1 MEI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepp Peoplezz!!
Selamat Hari Pekerja!! Yayy.. Even hari ni aku berkerja tapi aku gembira jugak sebab aku masih ada kerja. Nothing to do with the cuti.. Kalu orang yang ada kehidupan, ada memmber, ada famly yang dekat.. Ada planning yang menyeronokkan, sure hari ini merupakan hari yang di tunggu-tunggu. Hari cuti bah ni.. Masa untuk berzumba bergumbira bermaharajalela menepis semua rasa stress kerja.. Tapi aku, masa kerja adalah masa yang paling menggembirakan aku.. At least ada sesuatu yang akan aku buat berhubung masa depan aku.. Kalau cuti.. Hurmm.. Its Nothing and im gonna died to face it all day long at my sweet badroom..

Subuh dah ada letrik.. Tetiba bilik jadi sejok yang teramat. Hoh! Tingkap tak tutup plus volume kipas yang terlupa untuk aku 'relax' kan.. Maka terkumat kumat aku bangon merelaxkan semua.. Jam 3 subuh.. Memandang ke luar dengan penuh pengharapan. Entah mengapa sayu sungguh perasaan di subuh hari ini.. Membuang pandangan jauh mencari sesuatu.. Berharap agar semua yang ada di hati dapat di luah dari pandangan.. Sebagaimana aku bersemangat mengeluarkan air mata di subuh hari yang sejuk banget.. Terlalu penat dan perit rasanya.. Hurmm..

Mengambil langkah jam 4.45 menuju ke bilik air.. Ada tubuh yang sedang bergelimpangan di ruang tamu rumah.. Usin dan kawan-kawannya.. Mandi dan mengenakan cardigan berwarna merah sebagai tanda semangat untuk meneruskan kehidupan yang semakin buat aku gelabah.. Bisikan semangat semakin lemah.. Tapi, itu tidak membuat aku tersungkur di jalan yang penuh ranjau dan lurah..

Awal bebenor sampai ohpiz.. Malas mau masuk konti awal.. Bau busuk tuh masih tetap menyengat idong.. Dekat jam 6 baru bergegas.. Tak sangka pasangan duet aku dah sampai terlebih dahulu.. Dia dah awal-awal susun lagu. Untuk tidak mengecewakan dia, maka semua lagu yang dia susun itu aku mainkan. Walaupun jiwa ndak rela sebenarnya.. Huwahuwa.. Sebab selalunya, aku yang susun lagu.. Tiba pada satu tajuk lagu.. Nirwana Band.. Aku mintak supaya lagu ini di tukar.. Dan dia hanya mengangguk. Sebenarnya dia ndak kisah pun kalu aku tukar. Tapi, macam ndak sopan pulak kan.. Orang sudah penat-penat susun, then aku plak ndak kasi main.. So, berlangsung tugas aku dan dia sampai jam 9 pagi.. Lepas tuh live tv-i.. 

Masa live tv-i aku menerima panggilan telefon dari aunty aku. Ada 5 missed call sebelumnya. Sebab HP aku kan dalam mode silent.. Plus, dalam bag dan aku tidak menghiraukan sangat HP tuh.. Sudah tidak berkepentingan lagi ku rasa.. Saja menyelongkar bag untuk mencari sesuatu dan aku terpandang HP tuh berkelip-kelip..

Ada perkhabaran terbaharu yang diberitahu oleh makcik aku.. Hurmm.. Dan ada bait hiba yang sedang menjalar di hati aku. Ntah lah.. Aku sebagai abang rasanya belum layak memikul sebarang tanggung jawab.. Belum layak pun di gelar abang. Mungkin sebab aku ni yang sangat tidak matang dalam membuat sesuatu perkara. Then aku cakap dengan makcik aku, let it be.. Or, its depends on ur decision. Aku pun ndak tau mau cakap apa sudah.. Kalau dah takdir, then we should face it.. Makcik aku yang paling aku rapat dan paling memahami aku.. Terkilan jugak sebab bukan parents aku yang cakap sendiri dengan aku.. Apa pentingnya aku?? Kecewa?? Tidak lah.. Mak dan Bapak aku tahu yang terbaik untuk anak-anak dia..

Hari ini 1 Mei 2012.. Hari ini hari lahir adik aku yang no.4.. Dan hari ini adalah hari bahagia untuk dia.. Sedikit gusar menyelimuti hati seorang abang.. Hurmm.. Esok pula hari lahir adik aku yang no.8 .. Keletah dia masih bermain segar di kepala aku. Hampir semua adik aku sebenarnya aku jaga sendiri.. Masa mak aku pegi kerja subuh, aku yang menjaga rumah dan mengasuh adik aku sambil menunggu masa untuk ke sekolah di sebelah petang. Jadi, semua perangai pun aku dah tahu.. Cuma sekarang ni, abang dia yang semakin jauh membataskan aku untuk mengetahui perkhabaran secara langsung adik-adik aku.. Semalam diorang tak sihat, hope hari ini semuanya dah ok.. 

Tadi, aku mandikan si Chomel.. Jam 12.20 tengahari di bawah terik mentari. Tapi, sedikit pun aku tak rasa panasnya owh.. Peloh pun kluar sikit ja nih.. Ndak sama macam aku kemas bilik ari tuh.. Huhuhuhu.. Dan skung, aku dah sampai di rumah. SI Chomel ada parking di bawah.. Dan jap lagi mau turun sat untuk polish tayar dan dashboard dia.. Biar mengkilat.. Itu jak kot aktiviti aku untuk hari ini.. Mengisi masa terluang.. Malam ini?? Hurmm.. 

>> My Name Is BUDAK iTAM

No comments: