21 HARI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Masih lagi berada di ohpiz.. Menyelam sekejap ke dalam dunia blog aku sesambil sibuk menguruskan semua.. Hoh! Penat tapi aku suka.. At least aku ndak berapa fikir pasal masa silam aku.. maklumlah.. hari ini kan hari jumaat.. Ingatan itu akan jadi lebih hebat pada hari jumaat.. TGIF punya pasal.. Uhuhuhu...

Yeaa.. Aku rindu dia.. Tapi aku ndak boleh buat apa-apa.. Sebab  rindu aku sudah tidak berguna.. Salahkan diri sendiri sebab 'begini'.. Redho dengan semua ketentuan yang terjadi.. Sehingga terleka untuk bersiaran langsung tengahari tadik.. Ntah apa aku mau jawab dengan bos nanti.. huhuhu.. Bos aku yang buat ulasan hokey.. Matailahh aku lepas ni.. Tapi, aku masih relax.. Aku boleh kawal semuanya.. Tetapi tidak rindu aku dengan orang itu..


Hari ini genap 21 Hari mengikut perkiraan aku seperti yang tercatat pada calendar.. Last sms pasal 'cermin' yang banyak membuka mata aku.. Sejujurnya, dari dulu lagi aku sudah tau aku tidak layak dengan dia.. Tapi tetap juga menyimpan hasrat untuk menakluki hati dia.. Meskipun hakikatnya dia yang membuka laluan cinta.. Ndak sangka, kepedihan yang aku rasa begitu perit.. Rindu? jangan cakap lah.. Susah mau di gambarkan dengan kata-kata..

Banyak benda yang aku lihat dan aku buat mengingatkan aku kepada kisah silam aku.. Sehingga terkadang hati menjadi sayu menahan kepiluan yang mencengkam sanubari.. Dan ini juga yang menyebabkan mood aku boleh bertukar sekelip mata.. Aku bersyukur sebab aku semakin belajar tentang kesakitan.. Dia tidak akan datang kalau tidak di cari.. Dan dia tidak akan muncul kalu tiada penyebab..

Macam macik aku cakap.. Mau jadi miskin, senang jak.. Duduk diam-diam di rumah.. Tapi, amat susah untuk menjadi kaya.. Sebab semua perlukan pengorbanan dan kerja keras.. Begitu juga untuk jatuh cinta.. Tapi bila sudah jatuh kecewa.. Dan mau mencari semangat untuk bangkit.. Fuhhhhh~~ Kenak-kenak lagi masa tuh hati terpaksa melepaskan.. Adeii~~ Terus keluar kenyataan.. Apa kau rasa?? Oren?? Kicap?? Atau cuka?? Huhuhuhu...

Jap lagi mau dinner ngan bekas lecture bersama beberapa bekas kawan aku di U dulu.. Celebrating Teacher's Day.. Sehingga kami di sini, di takat ini.. Guru juga tidak kurang melimpahkan jasa.. Terima Kasih Cikgu.. Dan.. Terima Kasih Awak.. Hebat sungguh cinta ini.. Kan? Kan? Kan? :((


No comments: