KENANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz..
Tetiba aku diterpa dengan kenangan yang sungguh memilukan.. Semua benda itu datang serentak.. Cinta, kawan, dunia aku.. Kehidupan aku.. Keluarga aku.. Hurmm.. Banyak yang sudah aku ubah.. Dan banyak juga yang telah berubah.. Dan aku semakin risau dengan semua perubahan itu.. Sedih teruss.. Macam garis bahagia itu semakin malap.. Aku tidak melihat kebahagiaan yang berpanjangan melainkan kesedihann yang semakin menyerlah..

Jiran aku hari ini pergi berjumpa dengan Doktor untuk membuat pemeriksaan mengenai kandungan dia.. Due date sepatutnya tanggal 23 Jun.. Tapi aku suh awalkan pegi 22 Jun.. Tapi hari ini aku mengetahui kalau aku akan kehilangan jiran aku selama 3bulan.. Memang aku boleh melawat ke rumah dia.. Tapi, ndak sama suasananya kalau di ohpiz bah.. Sedihh.. Dengan siapa lagi aku mau mengadu selepas ini?? Hurmm


Kehidupan aku lax.. Seorang kawan dengan penuh jujur dan ikhlas telah menyenaraikan antara perubahan yang paling ketara berlaku pada aku.. Dan aku mengiyakan semua.. Betul!! Semua perubahan itu berlaku.. Tapi, aku selesa dan aku ndak mau menyusahkan sesiapa.. Biarkan jak.. Anyhow, thankz sebab mengambil berat.. Susah untuk menjadi seperti dulu.. Aku takut aku ndak ikhlas.. Dunia aku skung ni aman.. Walaupun asyik melihat di dalam gelap..

Tahun 2012 adalah tahun yang aku ishtiharkan sebagai tahun sedih buat aku.. Hurmm.. Bermula awal tahun, pelbagai dugaan dan ujian yang datang menimpa aku.. Alhamdulillah, sebab aku masih ada di sini.. Masih mampu melihat dan merasa macam orang lain.. Mendengar dan menilai sama macam orang lain.. Cuma yang agak berbeza bila kita bercerita mengenai bisikkan hati.. Gagah bergerak bukan bermaksud aku kuat.. Longlai melangkah tidak bermakna aku lemah.. Cuma, barangkali sekadar memberi kesempatan untuk diri lebih menghayati kesedihan agar ketibaan bahagia itu nanti di sambut dengan cita-cita untuk menghargainya dan mendakapnya sehingga hujung usia..

Sesungguhnya, nilai sebuah kenangan itu sangat mahal, sehingga tidak mampu dibeli atau di ulang kembali.. Walau dengan apa cara sekalipun.. Sambil memujuk hati, hargailah dan laluilah semua ini dengan tenang wahai Sang iTam yang tinted :((


.:: Sekadar Cinta Diam Diam ::.

No comments: