SEMALAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ting Tong~~!!
Laju jak mandi.. Siap sudah segelas susu untuk dinikmati while update new entry on my beloved blog nih.. Masa mandi tadik, aku diruntun lagi dengan satu perasaan yang sungguh berkehendak untuk di layan.. Sengaja meletakkan buih sabun pada mata supaya fokus minda beralih pada kepedihan mata.. Tapi, lain pulak yang jadi.. Hurmm..

Semalam yang sudah pergi meninggalkan aku.. Namun aku seolah masih mengharapkan satu keajaiban yang mustahil akan berlaku.. Walaupun perit membohongi diri sendiri.. Namun aku semakin rela untuk terus begini daripada menongkah arus percintaan yang bukan selayaknya untuk aku.. Menyesal? Tidak sekali.. Biar apa jua dia menganggap aku.. AKu rasa puas.. Kerana sedikit pun aku tidak pernah berselindung daripada dia.. Really transparent sehingga dikatakan lurus dan bendul.. Walau akhirnya kini, kebahagiaan itu tidak berpihak pada sesiapa..


Peristiwa semalam sangat memberi kesan pada kehidupan aku hari ini. Semua seolah sibuk ingin mengupdate tentang perasaan aku semalam. Bagi aku, ianya cukup mudah.. Apa yang berlaku hari ini, habiskan hari ini.. Means, what was happend last, will never being brought to the next day.. Ada banyak benda lagi aku nak fikir..

Dan merendah diri itu bukan menunjukkan ko kalah.. Adalah lebih baik berkorban demi kepentingan bersama.. Tidak akan cacat seseorang kalau memaafkan.. Waima tidak akan mati seseorang jika tidak dimaafkan pun.. Seperti yang aku cakap, aku cuba menguji tahap profesional dia.. Dan terbukti ada sedikit kecatatan di situ.. Aku pula buat-buat bodoh.. Seperti tiada apa yang terjadi semalam.. 

Dan akhirnya, dia menundukkan dirinya sedikit menghubungi aku tadik.. Walaupun bukan secara bersemuka.. Tapi, aku hargai keikhlasan dia memohon maaf.. Aku banyak belajar dari situasi semalam.. Dan aku akan menggunakan semuanya pada masa depan.. Memaafkan bukan bermaksud melupakan.. Ramai yang amalkan prinsip ini.. Sehingga satu masa kehadapan, bila kesilapan lalu di ulang tayang, maka sorotan kesilapan demi kesilapan masa lalu akan dirungkai satu persatu.. Tapi aku tidak begitu.. Lets by gone be by gone!

Hani.. Perempuan itu sungguh kasihan. Oh!! Sebak seketika memikirkan betapa aku begitu bersalah dengan dia.. Ndak pasal-pasal dia juga terbabit dalam pertengkaran ini.. Ndak sangka pihak lawan menggelarkan dia si Batu Api.. Meskipun sebenarnya dia langsung teda kaitan dengan tindakan aku semalam.. Berabis aku mohon maaf dan menjelaskan.. Maaf Hani.. Hanya itu yang mampu aku buat.. Bila aku secara tidak sengaja mengheret dia masuk ke kancah ini.. Alhamdulillah.. Dia tidak menyalahkan aku.. Mereka yang salah mentafsir.. Ya! Memang itu sebenarnya..

Dia cakap, kalau dia mengadu dengan suami dia tentang semua ini. AKu memang sudah agak.. As usual suami dia adalah pakar motivasi yang cukup baik untuk meredakan perasaan dia.. Tapi, bagaimana dengan aku? Ah.. Di sebalik kekalutan yang melanda kamu.. Ada seribu keberuntungan menanti.. Namun, bahagiaku belum jua muncul sehingga kini.. Dimanakah bersembunyi??

>> My Name Is BUDAK iTAM

No comments: