1 RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Setelah dua hari tidak mengupdate status.. Hari ini aku muncul kembali.. Dengan segumpal kesedihan dalam hati.. Sunyi.. Sendiri.. Sepi.. Aku sendiri tidak tahu kesedihan apa yang sedang melanda hati aku ketika ini.. Sejak semalam.. Air mata ini mengalir bagai loji yang pecah.. Tidak mengira masa dan ketika.. Tapi, lebih rancak bila aku berada dalam kereta dan di rumah ini..

1 Ramadhan 1433 telah memunculkan dirinya.. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat yang Maha Kuasa kerana aku masih diberi kesempatan untuk melalui bulan mulia penuh barokah ini.. Walaupun terasa hati sendirian begini.. Ah! Kemana hilang kekuatan aku? Kemana pergi semangat aku?? Tuhan!! Kuatkan semangat hambamu ini.. Hurmm.. Pagi ini insya-Allah aku akan bersahur sendiri.. Langsung tidak mempersiapkan apa-apa pun.. Hanya sekotak kurma yang sempat aku beli semalam.. Mungkin makan kurma dan minom air putih sahaja.. Itu lebih memadai ketika ini..


Teringat lax zaman dekat kampung dulu.. Kalau sahur kali pertama, sure semua ahli keluarga aku akan bangun di waktu pagi.. Keadaan kampung juga sedikit meriah dengan paluan gendang 'tin biskot' oleh segerombolan anak muda yang bergadang.. Pernah satu ketika terdetik untuk menyertai korum.. Tapi, nampaknya aku tidak berkesempatan.. Lauk? Hehehe.. Agak mewah untuk hari pertama berpuasa.. Dan semakin menghampiri penghujung, maka semakin 'miskin' lauk yang tersedia.. Hahaha.. Sangat kenangan manis.. Oh! Rindu aku dengan suasana itu..

Nak sangat aku bercakap dengan Mak dan bapak aku.. Tapi, ntah kenapa semua no phone yang aku hubungi tidak dapat disambungkan.. Mungkin ada masalah talian.. Si Ewan saja yang boleh aku call.. Tapi, as usual dia akan balik kerja lewat malam.. Hurmm.. Bukan rezeki untuk aku melepaskan rindu pada ibu yang ku sayang.. :((

AKu percaya, kalau ramai antara kita pun balik kampung untuk menyambut ramadhan pertama bersama keluarga.. Ramai yang ingin bersahur bersama keluarga.. Siok bha tuh.. Bila memikirkan keadaan itu, hati semakin sayu.. Oh! Aku perlukan kekuatan.. Ndaktau harus dimana aku menculik kekuatan itu.. Kerana sekarang ini aku sungguh merasakan lonely yang teramat sangat!! Tiada seiapa.. Semua pergi bergembira menyambut kehadiran Ramadhan bersama keluarga.. Dan aku? Sendiri.. Ndak kan lah mau menganggu kebahagiaan kawan-kawan kan??

Ku harap di sebalik kesedihan yang sedang menyelubungi, ada hikmah yang besar sedang menanti... Semua ini ujian sebagai anak perantau macam aku.. Walaupun kini, rasa ku macam mau bunuh diri.. Nitez :((

No comments: