BOSAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Puas menghambakan diri di beranda tuh.. Sejuk dan sekali lagi sunyi.. Hanya seketika kedengaran sorakan katak yang cukup meriah.. Seolah sedang melakukan pesta.. Biasalah kan, keadaan lepas hujan memang begitu.. Katak yang paling gumbira.. Mungkin kerana hajat dia memanggil hujan termakbul..

Semakin bosan rasanya kehidupan.. Setelah lebih seminggu membuat 'u turn' dan melalui saat ini sendirian.. Mencoba untuk menjejaki semula langkah yang kian terhapus.. Kerana hidup aku terasa semakin kosong.. Semakin tidak mengenali dunia yang aku lalui kini.. Dan aku mula merasa akan ada satu penyesalan yang besar akan melalui kehidupan aku kelak.. Namun kini, bayangan itu masih suram..


Baru sahaja membaca diari lama yang mencatat kejadian 21 Julai 2011.. Terasa seperti di awangan seketika.. Bila membaca coretan lalu yang memperlihatkan aku di balai polis atas urusan menolong kawan.. Sehingga di gelar YB.. Lantas bercerita mengenai pro dan kontra.. Hurmm.. Manis sungguh kenagan itu.. Malangnya, masa tidak mempunyai fungi mengundur.. Malah semakin laju bergerak ke hadapan tanpa belas dan kasihan kepada mereka yang merintih agar diundurkan semula kejadian lalu..

Sahur? Memulakan hari pertama ini, ku rasa agak kenyang sedikit.. Tiada makan apa-apa pun sebenarnya.. Cuma kebanyakan minom air agaknya.. Tetap bersyukur kerana itulah rezeki aku untuk hari ini.. Yang barangkali kelihatan lebih sedikit dari mereka yang mewah.. Tapi cukup banyak bagi mereka yang kais mengais..

Seketika juga aku merasa bosan untuk menangis.. Kerana aku semakin mengerti kalau ia hanya sekadar satu ekspresi dan satu luahan bahasa hati.. Tapi, jangan diperlekeh perlakuan itu kerana ianya mampu menimbulkan banyak jenis perasaan yang bercampur baur.. Kalau semalam dan awal hari ini, tangis aku lebih kepada tangis sendu.. Dan aku harus berusaha untuk menciptakan sejenis tangis syukur atas nikmat yang diberikan pada aku.. Ralat aku bukan bermaksud aku tidak redho.. Cuma aku tidak kuat.. Perlu banyak belajar dari mereka yang pakar..

Hurmmm... Mengeluh panjang.. Tapi, keluhan itu berisi madah rindu.. Yang diterbangkan khusus untuk mereka yang jauh.. Dan yang semakin jauh daripada aku.. Jom tido!! :((

No comments: