MENGIMBAU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Ni kali lah.. Seharian menghabiskan masa di rumah.. Tengok tv dan mengelamun.. Paling tidak, Tv itu menengok aku.. Alhamdulillah, ni hari selesai puasa pertama.. Tidak jugak meragam apa-apa.. Mungkin sebab di rumah saja kan.. For sure next monday lain pulak suasananya.. Hopefully semuanya di rahmati sehingga hujung Ramadhan ini..

Bersahur dengan beberapa biji kurma dan air putih sahaja.. Sambil makan sambil berfikir.. Entah ar.. Sedari minggu lepas, ku rasa hari aku lebih banyak ku tumpukan untuk memikirkan keseronokan masa lalu.. Sehingga mendatangkan perasaan rindu dan sedih di hari ini.. Banyak yang membuatkan aku rindu.. Terpandang apa pun.. Terdengar apa pun.. Malah termimpi apa pun.. Semuanya itu buat hati aku kacau..


Kalaulah kamu bisa melalui kehidupan sebagai seorang 'aku' di sini.. Kamu akan mengerti bagaimana sakit dan pedihnya kehidupan untuk dilalui bersendiri.. Kalalulah kamu bisa mendengar dengan telinga sendiri tapi bukan menerusi bisik hati dan mulut orang lain.. maka kamu akan sedikit lebih memahami.. Misi aku masih samar dan jauh sehingga aku tidak tahu apa fungsi aku hidop di dunia ini.. Setakat ini, ku hanya tau aku makan untuk hidup, tetap bernafas untuk hidup, tidor untuk rehat dan terus melangkah mengikut kebisaannya mereka.. Motifnya? Masi dalam pencarian.. Bila akhirnya? Ntah!!

Cuti sangat jarang aku peroleh di hari Sabtu dan Ahad insya-Allah akan ku manfaatkan sepenuhnya.. Hari ini dan esok.. Sedikit persekitaran rumah sudah di bersihkan dari habuk yang semak menebal.. Cuma barangkali esok, baru memulai mengosongkan bakul baju kotor untuk dibasuh.. Selalunya weekdays ku buat semua ni.. Sebab memang teda masa weekend puwn.. Hurmmm..

Hari ini, seorang kawan yang kira baru jugak aku kenal mengasingkan diri dengan aku.. Entah arr.. Yeapzz.. Bukan salah dia.. Sure salah aku! Sebab terlalu mengada-ngada menjawab soalan ringkas yang dia maukan jawapan daripada aku.. As usual, aku hanya suka berkawan dengan mereka yang tidak keberatan untuk menjadikan aku kawan.. Supaya nilai keihklasan dan kejujuran itu lebih menyerlah.. Ndak payah mau paksa-paksa.. Kalau kau rasa cara aku ndak sesuai dengan ko.. Maka, carilah mereka yang lebih sesuai.. Bukan berniat egois atau apa.. Tapi, aku lebih rela hidup sendirian begini daripada menyusahkan mereka yang tidak sanggup.. Thankz even a while.. Aku rasa seronok dengan ko Cikgu!! Bukan salah ko :((

Sedang asyik memandang tv, tetiba muncul wajah seseorang yang sangat familiar.. Dia yang pernah mengoffer untuk menjadikan aku adik angkat dia.. Masa tu dekat U... Masa tuh aku masih terasa malu.. Dan kini dia sudah berjaya dengan cara dia.. Tahniah dari kejauhan.. Semoga kejayaan terus bersama dengan kamu Mohd Zhafran Zainuldin..

Asyik menyebut Zaf.. Zaf.. dan Zaf.. Tersenyum sendirian memikirkan seorang lagi rakan yang juga melantik diri dia sebagai abg.. Aku iyakan sahaja memandangkan dia memang selayaknya dipanggil abang.. Zafrin Nordin.. Banyak kisah suka duka aku dengan dia.. Pahit manis semua bercampur baur.. Sebelum aku ke KK, hubungan kami ok.. Bila aku di KK, banyak pulak cerita yang tidak baik aku dengar.. Ni semua akibat mulut durjana yang katanya dia kawan baek aku.. Hurmm.. Prince Ferdy.. Kekejaman yang kamu lakukan pada aku amat banyak! Tapi biarlah.. Aku bukan siapa-siapa untuk menghukum.. Segala salah silap ku mohon maaf.. Dan usah risau kesilapan dan kekhilafan mu pada aku.. Lama dah aku lupa.. Cuma, untuk mengenali 'aku' seperti dulu.. Maaf! Pengalaman lalu sudah banyak mengajar aku..

Dan.. Alhamdulillah, aku dan Abg Zaf sudah ok macam dulu.. Tapi, pengajaran lalu juga mengajar aku untuk lebih berhati-hati.. Sebab, tidak mustahil kesilapan lalu bisa terulang kembali.. Dan kini, Aziyan, Alex dan Pida yang merasai sedikit kelainan di sana.. Nasib baek aku di KK.. Huhuhuhu~~

Glup!! Sangat banyak sebenarnya perkara yang membuat aku kebali seketika ke masa silam.. Macam hari ini.. 22 Julai 2012.. Kembali aku memikirkan kehidupan aku pada 22 Jun 2012 yang lalu.. Hurmm.. Hari yang amat membuatkan aku sedih!! Sehingga hampir mati.. :((

No comments: