KEHILANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Baru sampai rumah setelah seharian berkampung di kereta.. Semalam ndak balik.. Lepas shooting, terus lepak tepi laot.. Tersadai seketika sehingga ndak sedar aku terlelap dalam heningnya malam dan syahdunya deruan ombak.. Sedar-sedar ja sudah pukul 5 pagi.. Maka bergerak terus ke pejabat untuk memulakan hari.. Nasib baek dah belajar menyimpan benda-benda penting dalam kereta.. Huhuhuhu~~

Shooting berlangsung dengan jayanya semalam.. Terlalu lewat selesainya.. Walaupun mood aku sungguh gampang semalam.. Tugas harus jua dilakukan dengan penuh semangat.. Walaupun harus berlakon.. Oh! Tuhan sahaja tahu bagaimana hati ini terasa kehilangan sesuatu..


Entah lah.. Mengapa semalam dan hari ini aku terlalu memikirkan tentang diri sendiri yang semakin jauh 'menghilang'.. Berubah? Yeaa.. Aku memang sudah jauh berubah.. Sudah tidak seperti dulu.. Semuanya terasa seperti palsu.. Senyum ku.. Tawa ku.. Dan kekadang aku harus melakukan semua itu bagi mengelakkan semua mereka yang berada di sekitar ku tidak risau.. Oh! Apa perlu kamu risaukan tentang diri ku sedangkan aku sendiri tidak!

Aku cuma merasakan semua ini berlaku di sebabkan satu rasa yang semakin hilang.. Dan aku semakin merasa hidup ini tidak berguna tanpa rasa itu.. Sehingga terfikir untuk merajuk jauh.. Namun apa gunanya merajuk?? Perlukah merajuk kepada kedua mereka yang paling aku kasihi di dunia ni?? Haruskah aku membelakangkan mereka demi kerana aku tidak mendapat rasa itu dari mereka?

Yeaa.. Aku memang telah kehilangan rasa kasih dan sayang dari kedua orang tua aku.. Langsung tidak meletakkan kesalahan kepada mereka.. Kerana aku tidak mahu menjadi anak derhaka.. Pernah sekali aku bermimpi menjadi 'batu'.. hanya mampu memerhati dengan aliran air mata yang berderai melihat kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan ketika aku melalui kehidupan 'batu' itu.. Oh! ku harap dejavu itu tidak berlaku.. Ya Allah.. Lindungilah kedua ibubapaku, adik-adik aku, sahabat aku, kengkawan aku, seluruh kaum muslimin dan muslimat.. dan diriku..

Dan hari ini aku banyak memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan Ramadhan yang akan membuka tirainya pada lusa (sabtu - 21 Julai 2012).. Bagaimana aku melaluinya sendiri? Ya! Memang aku pernah melalui keadaan ini tahun sebelumnya.. Namun, masihkah aku kuat untuk melaluinya sendiri?? Sedangkan semua orang sibuk mengambil cuti untuk bersama keluarga tercinta di desa mereka? Ya Tuhan.. Dugaan ini amat berat untuk hambamu..

Bukan niat untuk berkira.. Cuma.. Aku sebagai anak juga perlu kasih sayang mereka.. Walau aku sudah dewasa begini.. Selama ku di KK ni, hidop sendiri.. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hati ini terasa semakin jauh dengan mereka.. Entah lah.. Syaitan mana menghasut aku untuk merajuk dengan kedua mereka.. Sehingga aku semakin nekad untuk tidak mengambil cuti raya pada tahun ini.. Waktu semakin singkat, tapi diri tetap juga keras untuk membuat permohonan cuti.. Meskipun aku berkelayakan untu cuti pada tahun ini.. Oh! Mak.. Bapak.. Aku rindu semua itu.. :((

Hurmmm.. Kena jugak aku belajar mengalah.. Sebab aku ndak mau jadi anak derhaka.. Meskipun begitu.. Kepala masih belum dapat memutuskan sama ada aku akan balik beraya atau tidak tahun ini.. Oh! Air mata ini mengalir kerana hati merasakan kehilangan kasih sayang!! Nitezz :((

No comments: